Advertisement - Contact Us

[POLITIK] PANAS!!! Fadzil Mangsa Pertama Lim Guan Eng... Lepas Ini Siapa Pula??? #suaramelayubaru

Dipecat!!! Maka secara rasminya boleh dikatakan bermulalah operasi pembersihan di dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang... kerajaan yang dimonopoli oleh parti DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng...

Pembersihan daripada apa???


Satu surat notis pemberhentian perkhidmatan bertarikh 12 Jun 2015 telah didedahkan... surat yang ber'letter head' Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini ditandatangani oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Farizan Bin Darus...

Encik Fadzil Bin Kemi telah ditamatkan perkhidmatan serta merta bermula tarikh surat dikeluarkan sebagai Pegawai Penerangan Gres S41 di Pejabat Ketua Menteri... untuk makluman, Beliau telah dilantik secara kontrak bermula bulan Disember 2014...

Encik Fadzil Bin Kemi

Encik Fadzil merupakan Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat Pulau Pinang...

Tindakan Ketua Menteri ini diambil susulan daripada kenyataan yang dibuat olehnya semalam yang mahu semua ahli PAS yang memegang jawatan di peringkat kerajaan negeri agar meletak jawatan... Guan Eng juga memuji tindakan Mohamad Sabu, Mujahid dan Ustaz Rosidi yang mengumumkan perletakan jawatan baru-baru ini...

Kemelut bermula selepas Muktamar Pas baru-baru ini yang mana kepimpinan baru Pas pimpinan golongan ulama telah meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan Dap dan ia diluluskan tanpa bahas...


Baru-baru ini, Lim Guan Eng memaklumkan terdapat sekitar 1100 jawatan di pelbagai peringkat dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang disandang oleh ahli-ahli Pas... ini sekaligus menafikan dakwaan pelbagai pihak selama ini yang kononnya mendakwa bahawa Pas dinafikan hak dan ruang untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri... jawatan-jawatan ini merangkumi dari peringkat qariah masjid, JKKKN, ahli majlis, GLC dan lain-lain...

Ini secara tak langsung menimbulkan persoalan akan keupayaan, kebolehan dan kebertanggungjawaban pemimpin2 dari kerajaan negeri khususnya dari Pas selama ini dalam memberi khidmat kepada rakyat jika jumlah jawatan seperti yg diumumkan oleh Lim Guan Eng diambil kira... rasanya, bukan soal tidak diberi ruang yang lebih dari kerajaan negeri tetapi sebenarnya ahli-ahli Pas yang diberi jawatan itu yang perlu dipertikaikan samada dirinya layak, mampu, berkebolehan atau ada kepentingan lain yang menjadi fokus hinggakan tanggunjawab sebenar diabaikan...

Senarai pemimpin dari PAS di Pulau Pinang yang perlu berundur atau terpaksa berdepan tindakan ditamatkan perkhidmatan... (Klik Sini)

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama