Advertisement - Contact Us

[POLITIK] LAGI HOT!!! 'Cai' Ini Mesti Dipastikan Menang... Jika Tidak, PAS Akan Kekal Sebagai Pencacai... #suaramelayubaru

Haa... ni barulah listing atau 'cai' yang betul... kalau macam ni lah senarai kepimpinan Pas yang akan dipilih, aku yakin Pas akan kembali kukuh dan kuat dalam memperjuangkan syiar Islam sepertimana yang di laung-laungkan selama ini...

Aku yakin, ramai macai-macai yang digelar (oleh geng Pas sendiri) jebon, parasit, anai-anai dan banyak lagi akan rasa tidak puas hati melihat senarai ini... maklumlah, habis malaun-malaun jebon yang bercita-cita nak menjahanamkan Pas dicantas dan tidak diberi ruang untuk mengisi senarai kepimpinan, walaupun hanya di dalam 'cai'...

Sumber : Azmyklanajaya.com

Sedikit info... pemilihan kali ini memperlihatkan pertembungan 2 kumpulan iaitu kumpulan penyandang Presiden yang dianggap sebagai pro ulama dan dicabar oleh kumpulan yang dilabel pro perubahan pimpinan Ustaz Ahmad Awang... kumpulan pro ulama juga berjaya menguasai barisan kepimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang selesai mengadakan pemilihan semalam...


Selain itu, dalam perkembangan lain, beberapa banner dan bunting yang dipercayai dinaikkan oleh UMNO dapat dilihat di beberapa kawasan sekitar Kuala Selangor, lokasi Muktamar Pas diadakan...

Pastinya, macai-macai parasit jebon tidak senang duduk melihat banner-banner seperti ini... tidak ada bahasa kesat atau kata-kata provokasi ditulis pada banner tersebut, cuma sekadar ucapan biasa dari saudara seikhwan Islam kepada saudara Islam yang lain...






Aku tak pasti samada banner-banner memang datang dari Umno atau tidak... kalau pun benar, rasanya tidak ada masalah pada banner tersebut... ini menunjukkan seluruh rakyat Malaysia sedang memberi tumpuan kepada perkembangan politik yang sedang berlakh dalam PAS...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama