Advertisement - Contact Us

[POLITIK] HOT!!! List Apa Ni??? List Yang Patut Dipilih Atau Patut Ditendang? #suaramelayubaru

Menjelang pemilihan pucuk pimpinan PAS bagi penggal yang baru, pelbagai perkara di luar jangkaan telah berlaku... ini benar-benar menggambarkan kehangatan pemilihan kali ini lebih dirasai dan lebih hebat berbanding sebelum ini...

Dewan Pemuda Pas secara rasminya telah memilih barisan kepimpinan yang baru, begitu juga dengan Dewan Muslimat Pas... selepas ini, kemuncaknya, pemilihan jawatankuasa tertinggi Pas yang memperlihatkan pertembungan 2 pemimpin mewakili 2 kumpulan di dalam Pas... 1 dari kumpulan penyandang Presiden yang dianggap sebagai pro ulama manakala 1 lagi dari kumpulan yang lebih mesra Pakatan Rakyat dan Dap yang digelar pro perubahan...


Semakin menghampiri tempoh pemilihan maka sebanyak lah senarai, list atau lebih dikenali 'cai' yang keluar dan diedarkan khususnya kepada perwakilan yang akan membuang undi...

Lebih menarik lagi, 'cai' yang diedar bukan senarai yang patut dipilih oleh perwakilan tetapi senarai yang patut ditendang keluar dari team kepimpinan baru... pelbagai gelaran diberi termasuklah parasit, jebon dan tidak kurang juga gelaran yang lebih teruk dari itu


Sementara itu, semalam juga berlangsung pemilihan kepimpinan Dewan Muslimat Pas Malaysia... seperti pemuda, Dewan Muslimat juga telah berlaku perubahan di dalam pucuk pimpinan...

Penyandang ketua, Siti Zailah Mohd Yusoff telah ditewaskan pencabarnya, Nuridah Mohd Salleh yang membuat comeback setelah tewas dalam pemilihan 4 tahun lepas...

Kerusi timbalan ketua dan naib ketua Muslimat Pas juga melihat berlaku perubahan apabila penyandang ditewaskan oleh pencabar... ini jelas menunjukkan Dewan Muslimat juga mahukan perubahan dalam kepimpinan yang dianggap kurang taringnya sebelum ini...


Apapun... aku ucapkan selamat membuat pilihan kepada semua perwakilan yang akan membuang undi dalam pemilihan jawatankuasa Pas pusat nanti... pilihlah pemimpin yang terbaik, yang mampu memperjuangkan dan mempertahankan apa yang telah menjadi dasar parti... bukan pemimpin yang hanya menjadi kuda tunggangan pihak lain apalagi menjadi tunggangan puak kafir...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama