Kini masuk fasa akhir tempoh berkempen. Segalanya boleh berlaku dalam tempoh fasa akhir ini. Sokongan boleh berubah, keyakinan boleh berubah malah undi juga boleh berubah jika tidak kena pada caranya. Sewajarnya fasa akhir ini digunakan semaksimum mungkin oleh semua calon yang bertanding bagi memperoleh kemenangan. Fasa akhir ini juga akan digunakan oleh rakyat untuk menilai komitmen setiap calon samada mereka benar-benar layak untuk diberi mandat atau tidak berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tempoh berkempen dan sebelumnya.
Begitu jugalah senarionya di Parlimen Tasek Gelugor. Segala yang sebelum ini kita tak jangka boleh berlaku kini melanda Tasek Gelugor. Dari sebuah parlimen yang dianggap kubu kuat dan kawasan selamat menjadi caca marba. Malah tidak melampau jika saya rumuskan berdasarkan apa yang berlaku kepada jentera BN Tasek Gelugor adalah :
Dari kaca mata SMB, kelemahan yang berlaku datangnya dari jentera BN itu sendiri. Mungkin wujud faktor DSSO tapi asal punca kelemahan adalah dari jentera BN.
1. Jentera BN seolah olah dilihat terlalu selesa dengan status kubu kuat dan kawasan selamat. Mereka terlalu angkuh dengan status itu sehingga mengenepikan suara akar umbi serta menafikan dan memandang remeh faktor DSSO. Mereka terlalu yakin bahawa BN pasti menang walau siapa pun calon yang diletakkan. Mereka lupa siapa yang telah membentuk doktrin pemikiran rakyat agar taat kepada parti selama hampir 30 tahun ini. Hari ini mereka cuba menuai hasil doktrin ini dan meminta agar rakyat Tasek Gelugor terus taat kepada pemimpin yang dipilih.

- BN Parlimen Tasek Gelugor sudah tewas sebelum sempat turun gelanggang.
- Tsunami kepimpinan sedang melanda UMNO Tasek Gelugor
Dari kaca mata SMB, kelemahan yang berlaku datangnya dari jentera BN itu sendiri. Mungkin wujud faktor DSSO tapi asal punca kelemahan adalah dari jentera BN.
1. Jentera BN seolah olah dilihat terlalu selesa dengan status kubu kuat dan kawasan selamat. Mereka terlalu angkuh dengan status itu sehingga mengenepikan suara akar umbi serta menafikan dan memandang remeh faktor DSSO. Mereka terlalu yakin bahawa BN pasti menang walau siapa pun calon yang diletakkan. Mereka lupa siapa yang telah membentuk doktrin pemikiran rakyat agar taat kepada parti selama hampir 30 tahun ini. Hari ini mereka cuba menuai hasil doktrin ini dan meminta agar rakyat Tasek Gelugor terus taat kepada pemimpin yang dipilih.
2. Sambil jalan mendabik dada, kepimpinan UMNO Bahagian Tasek Gelugor meletakkan diri mereka seolah-olah mereka golongan elit di kalangan rakyat Tasek Gelugor. Mereka memandang sepi cawangan yang dilihat tidak pro mereka dan tidak menguntungkan mereka. Mereka hanya mengutamakan cawangan di kalangan kroni mereka sahaja. Muka mereka hanya dapat dilihat sewaktu musim pemilihan untuk merayu undi dari perwakilan cawangan. Ini meyebabkan akar umbi muak dan meluat. Penangguhan pemilihan kepimpinan parti membuatkan akar umbi tidak ada ruang untuk menunjukkan protes mereka dan malangnya akar umbi akhirnya terpaksa memilih PRU untuk menzahirkan protes mereka.
3. Kita boleh melihat berapa banyak cawangan di dalam Tasek Gelugor yang seolah olah tidak menyumbang usaha membantu kempen calon BN. Di Pekan Tasek Gelugor sendiri kita boleh lihat betapa lemahnya jentera BN dalam mendepani perang poster. Perkara sama turut boleh dilihat di sepanjang jalan dari Sungai Dua ke Pokok Sena, Maklom ke Permatang Binjai, Pokok Sena ke Kampung Selamat dan beberapa tempat lagi. Malah sepanjang jalan di Permatang Kerai, ia diambil alih oleh poster PAS. Ini menunjukkan berlaku perpecahan kronik di dalam kem BN terutama UMNO. Tidak seperti dulu, jentera BN yang begitu bersatu menenggelamkan calon dari pihak pembangkang.
4. Disebabkan rasa terlalu selesa, jentera BN dilihat telah meninggalkan terus kempen media baru. Perjalanan kempen calon BN Tasek Gelugor tidak dapat diikuti melalu media baru, blog, FB, twitter dan lain-lain kerana tidak ada usaha-usaha dari kem BN untuk membangunkannya. Media baru kali ini dikuasai sepenuhnya oleh jentera PAS dan dari kem DSSO. Kita lihat berapa ramai yang LIKE page kelolaan PAS yang melebihi 5000 orang dan DSSO yang hampir 2000 berbanding BN yang sukar diakses. Mungkin ada dari BN tapi nama yang digunakan tidak sesuai dan sukar ditemui oleh pengguna media baru jika di'search'. Malah dari segi keaktifannya juga sangat mengecewakan.
5. Tindakan mereka yang meninggalkan faktor media baru ini seolah-olah mereka menjauhi golongan atas pagar. Kebanyakan golongan atas pagar adalah terdiri daripada pelajar IPT, golongan profesional, kakitangan kerajaan seperti guru, golongan belia dan remaja dan mereka yang tidak berminat dengan politik tetapi berhak mengundi. Hampir 95% dari golongan ini adalah merupakan pengguna tegar media baru. Mereka bukan dari golongan yang gemar berkumpul di Bilik Gerakan. Namun untuk mendapatkan maklumat, mereka lebih cenderung menggunakan media baru. Mereka ini mewakili 40% dari jumlah pemilih di Tasek Gelugor. Meninggalkan media baru beerti BN sudah rugi undi 40% golongan atas pagar. Manakala 60% lagi terbahagi kepada 3 iaitu BN, PAS dan Bebas.
Ada beberapa lagi faktor yang akan SMB bangkitkan kemudian. Namun apa yang SMB sebutkan di atas adalah mrupakan antara faktor utama kenapa BN Parlimen Tasek Gelugor dilihat sukat untuk mengekalkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor di dalam tangan. Bukanlah berniat untuk menjatuhkan kredibiliti parti keramat UMNO yang sebenarnya sudah menjadi darah daging SMB. Tapi atas rasa kecewa kerana ketaatan dan kepatuhan tidak berbelah bahagi selama ini seumpama dipergunakan oleh mereka-mereka yang tidak layak dan dipenuhi hati yang busuk.
Tsunami politik 2008 sepatutnya dijadikan ikhtibar. Banyak kawasan seperti di Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan dan lain-lain yang kini telah berubah dan melakukan transformasi setelah dikejutkan dengan tsunami politik 2008. Sayangnya di Tasek Gelugor, mungkin disebabkan ia merupakan kerusi BN menang menyebabkan mereka langsung tidak berubah dan kekal berada di takuk lama. Adakah PRU13 ini bakal menjadi 'turning point' kepada UMNO BN Tasek Gelugor? Sama-samalah kita lihat 5 Mei 2013 nanti.

Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Islam
PRU13
Pulau Pinang
Shahabudin Yahaya
Tasek Gelugor
UMNO
My brother suggested I may like this blog. He was once entirely
BalasPadamright. This post truly made my day. You cann't believe just how so much time I had spent for this information! Thank you!
my weblog ... galaxy s4