Benarkah calon Barisan Nasional P042 Parlimen Tasek Gelugor, Shahabudin Bin Yahaya telah disingkirkan dari jawatan Naib Yang Di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)?
Berdasarkan surat di atas, tidak dinafikan ia merupakan satu prosedur biasa bagi sesebuah organisasi menamatkan perkhidmatan pegawainya. Namun, beberapa perkara perlu turut dipertimbangkan sebelum menerima penamatan perkhidmatan ini sabagai satu perkara biasa.
1. Surat ini bukan melibatkan jawatan atau kedudukan biasa seperti kerani atau kakitangan bawahan tetapi ia membabitkan jawatan utama iaitu Naib YDP Yadim
2. Individu yang terlibat pula bukan kakitangan biasa tetapi seorang yang berprofil tinggi yang memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO, ADUN Permatang Berangan dan beberapa jawatan penting lain. Malah beliau juga memegang status sebagai seorang ustaz dan mantan YDP MAIPP.
3. Organisasi atau Yayasan yang terlibat pula merupakan sebuah yayasan yang cenderung ke arah usaha-usaha dakwah Islamiah.
Secara asasnya, sesebuah organisasi atau yayasan amat mengalu-alukan penglibatan terutama ahli lembaga pengarah dari kalangan yang berprofil tinggi, berkedudukan dalam politik dan kerajaan serta bercirikan kepimpinan yang hebat. Penglibatan golongan seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan keuntungan kepada yayasan, menaikkan nama yayasan, memudahkan urusan dan birokrasi melibatkan kerajaan dan banyak lagi.
Jika faktor di atas diambil kira, logiknya, kedudukan Shahabudin Yahaya di dalam Yadim terus kekalkan, bukan ditamatkan perkhidmatan. Melainkan ada perkara lain yang berlaku hingga memaksa pihak Yadim mengambil keputusan drsatik untuk menamatkan perkhidmatan Shahabudin Yahaya. Perlu diingat, ini bukan surat penerimaan perletakan jawatan sekiranya ada surat perletakan jawatan dari Shahabudin tetapi surat penamatan perkhidmatan atau kontrak tidak disambung.
Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan pihak Yadim tidak mahu lagi melanjutkan tempoh perkhidmatan dan memilih untuk menamatkannya. Antaranya mungkin :
Pilihan masih di tangan rakyat. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak. Percayalah, kita memenangkan Shahabudin Yahaya bermakna kita memenangkan juga orang di sekelilingnya. Bersediakah kita melihat penyangak sekelilingnya megah dengan kemenangan yang akhirnya menjadi penyebab jatuhnya Shahabudin dan runtuhnya perpaduan UMNO dan Melayu di Tasek Gelugor? Percayalah, harinya akan menjelma kerana hari ini pun kita sudah berada di ambang kehancuran...

- Perkhidmatan Shahabudin Yahaya memang sudah tidak diperlukan oleh Yadim lagi.
- Perkhidmatan Shahabudin Yahaya sudah tidak mendatangkan sebarang manfaat atau kebaikan kepada pihak Yadim.
- Ada usaha cuba membawa unsur politik di dalamYadim
- Ada usaha memperalatkan atau mempergunakan Yadim untuk kepentingan politik.
- Menggunakan saluran Yadim untuk mengukuhkan kuasa dan jawatan serta kedudukan.
- Wujud salahguna dalam bentuk dana atau kepentingan di dalamYadim
- dan beberapa faktor lain.
Pilihan masih di tangan rakyat. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak. Percayalah, kita memenangkan Shahabudin Yahaya bermakna kita memenangkan juga orang di sekelilingnya. Bersediakah kita melihat penyangak sekelilingnya megah dengan kemenangan yang akhirnya menjadi penyebab jatuhnya Shahabudin dan runtuhnya perpaduan UMNO dan Melayu di Tasek Gelugor? Percayalah, harinya akan menjelma kerana hari ini pun kita sudah berada di ambang kehancuran...
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Islam
PRU13
Pulau Pinang
Shahabudin Yahaya
Tasek Gelugor