Advertisement - Contact Us

Lim Guan Eng PENIPU !!! Bawa masuk pelaburan konon... Bawa masuk 'pelacur' adalah...

1.  Inilah yang dinamakan 'Lembu punya susu, Sapi yang dapat nama'. Orang lain yang bersusah payah buat kerja, tapi orang lain yang diangkat dan dipuji. Perkara seperti ini adalah satu perkara yang teramat memalukan apatah lagi ianya melibatkan sebuah kerajaan negeri yang selama ini mendakwa bahawa mereka mencontohi kepimpinan Khalifah Islam.


2.  Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP selama ini mencanang kononnya merekalah yang telah bekerja keras membawa masuk pelaburan ke negeri Pulau Pinang. Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kementerian Perdagangan Dan Industri hari ini telah mendedahkan tembelang penipuan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Lim Guan Eng ini.

3.  Bayangkan, menurut MITI, kira-kira 99% pelaburan yang dibawa masuk ke Pulau Pinang sebenarnya adalah hasil usaha dari kerajaan pusat melalui Kementerian Perdagangan Dan Industri. Ini bermaksud hanya 1 % sahaja pelaburan yang diusahakan oleh kerajaan Lim Guan Eng. Dan jika fakta ini benar, ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sebenarnya telah gagal membawa perubahan positif kepada negeri Pulau Pinang seperti mana yang pernah mereka janjikan sebelum ini.

4.  Umum mungkin sudah sedia maklum bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebenarnya lebih banyak dan tersangat sibuk berpolitik dan berusaha memperkukuhkan kedudukan. Pembangunan negeri, kebajikan rakyat dan tanggungjawab kepada Pulau Pinang menjadi perkara kedua, bukan matlamat utama.

5.  Tidak hairanlah perkara sebegini berlaku. Harus diingat siapa sebenarnya Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng bukanlah rakyat Pulau Pinang, tetapi telah diimport dari Melaka untuk menjadi pemimpin no 1 Pulau Pinang. Tidak ada sebab kenapa Guan Eng perlu bersusah payah untuk memajukan negeri Pulau Pinang yang bukan merupakan tanah tumpah darahnya.

"Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.

Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani.

Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar.

"Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri.

"Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti." - MalaysiaKini

1 Ulasan

  1. kawan itu pun pelaburan,satu orang taukey angkat masuk satu jam RM35,taukey angkat RM15 balance bagi itu orang ma.kalau 15 orang sudah berapa dapat ma, bukan pelaburan kah itu.jangan malah saja gurau.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama