Advertisement - Contact Us

KJ vs Shamsul : Terima dulu cabaran CheguBard sebelum berhajat nak menebus aib dengan KJ...

1.  Aduuhhhh.... Mengaibkan... Bak kata P. Ramlee "Kelepek... jatuh ke muka Director Ahmad Nisfu". Itulah gambaran yang mungkin boleh disamakan. Kenapa Shamsul Iskandar yang merupakan Ketua AMK PKR masih terhegeh-hegeh ingin cuba mencabar Ketua Pemuda UMNO, KJ untuk berdebat dengannya?

2.  Mungkin Shamsul terlupa bagaimana dia dimalukan sewaktu berdebat dengan KJ di dalam satu majlis yang berlangsung di UIA pada Majlis Perwakilan Pelajar, Julai tahun lalu. Majlis berbentuk dialog ini di mana antara ahli panelnya termasuklah KJ dan Shamsul sendiri turut diakui oleh pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa selaku tuan rumah.

3.  Dalam dialog tersebut, Shamsul cuba untuk menipu para hadirin dengan membentangkan fakta lapok dan gagal menyatakan fakta sebenarnya tentang kedudukan negara sebagai antara negara yang memberi persaingan tertinggi di dunia. Shamsul kononnya membentangkan laporan tahun 2010 bagi kedudukan dagangan dan pelaburan asing Malaysia dengan statistik lama tetapi menyembunyikan fakta di mana berdasarkan ranking IMD World Competitiveness Yearbook 2010 jelas menunjukkan kedudukan Malaysia di ranking ke-10 terbaik dunia.

4. Malah dalam dialog tersebut juga Shamsul terkedu apabila gagal menjawab persoalan yang dikemukakan oleh KJ berhubung isu rasuah pasir di selangor. SMB tidak bermaksud hendak memalukan Shamsul, tetapi sekadar ingin menasihatkan Shamsul supaya cerminkan diri sendiri sebelum ingin mencabar orang lain berdebat. Setidak-tidaknya Shamsul perlu mendalami ilmu ekonomi kerana berdasarkan debat di UIA tersebut jelas menujukkan kedangkalan Shamsul dalam hal-hal berkaitan ekonomi.

5.  Selain itu, sebelum Shamsul berhajat mahu mencabar KJ, adalah lebih baik untuk Shamsul menerima pelawaan CheguBard yang mahu berdebat dengannya. Shamsul boleh menilai diri sendiri melalui debatnya dengan CheguBard berhubung hala tuju AMK sebelum menyimpan hajat untuk mencabar KJ.

6.  Perlu diingat bahawa bukan sahaja Shamsul yang pernah sepentas dengan KJ malah KJ juga pernah berdebat berhubung pelbagai isu dengan beberapa lagi nama besar seperti YB Husam Musa, Khalid Samad, Tony Pua dan beberapa nama lagi. Jadi memang sudah tiba masanya untuk Anwar bersemuka dengan KJ, itupun jika Anwar benar-benar ikhlas ingin membentangkan isu pelan ekonominya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama