Pengumuman Presiden UMNO:
(1) Pemilihan jawatan UMNO semua peringkat thn depan ditangguh 18 bulan..perkara biasa yg dah dibuat beberapa kali sblm ini.
(Menjadi kebiasaan UMNO untuk menangguhkan Pemilihan Parti bagi memberi sepenuh tumpuan kepada PRU. Seluruh jentera dapat bersatu padu dan memberi sepenuh tumpuan terhadap proses Pilihanraya bagi memastikan kemenangan maksimum di pihak BN.)
(2) Program transformasi politik PTP diteruskan oleh UMNO & BN.
(Program transformasi juga akan diteruskan bagi mengukuhkan parti. Tumpuan akan diberikan kepada perhubungan parti negeri. Beberapa Pengerusi Perhubungan Negeri akan digantikan dengan anak tempatan seperti selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Terengganu da Kelantan.)
(3) Akan kursuskan 50 ribu ketua cwgn 4 peringkat mulai Jan 2011.
(Kursus dan taklimat akan dipergiatkan terutama kepada Ketua-ketua Cawangan. Ini sebagai persedian untuk menghadapi kempen PRU. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara jelas tentang peluang BN untuk menghadapi PRU.)
(4) Kemenangan BN di Galas & Batu Sapi kejayaan besar keyakinan rakyat.
(PM juga dilihat optimis dan berkeyakinan untuk menghadapi PRU13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Jika faktor Galas dan Batu Sapi diambil kira, jelas menunjukkan bahawa rakyat mula yakin dan menerima konsep dan pentadbiran yang dibawa oleh PM.)
(5) Konvensyen BN hujung minggu ini akan dapat perkukuhkan lagi BN.
(Konvensyen BN akan diadakan bagi mengumpulkan seluruh kepimpinan komponen-komponen BN. Mereka akan duduk semeja bagi membincangkan strategi dan peluang bagi menghadapi PRU13. Ini sebagai satu persediaan bagi memastikan mandat 2/3 dapat diperolehi di samping mencari jalan untuk merampas kembali negeri-negeri yang telah tewas pada PRU12.)
KLIK SINI...
Berdasarkan apa yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menunjukkan petanda bahawa PRU13 semakin hampir. Malah menurut sumber yang boleh dipercayai, PRU-13 mungkin akan diadakan dalam bulan March 2011. Namun kali ini, Pilihanraya peringkat Parlimen terlebih dahulu akan diadakan. Ia kemudiannya akan disusuli peringkat DUN.
Ini kerana memandangkan senario politik semasa yang dilihat semakin memihak kepada BN. Sehubungan itu, PM mahu mengambil kesempatan ke atas keyakinan rakyat untuk kembali menguasai 2/3 parlimen. Untuk makluman, kerajaan BN sekarang gagal mendapat mandat 2/3 dalam PRU12 yang lalu.
Setelah PM berjaya mendapatkan mandat tersebut barulah PRU peringkat DUN diadakan. Ini bagi memberi peluang kepada rakyat bagi menilai penerimaan terhadap BN bersandarkan keputusan peringkat parlimen. Dengan cara ini, BN mensasarkan untuk merampas kembali beberapa negeri yang sebelum ini terlepas ke tangan pembangkang.
Antara negeri yang menjadi sasaran BN dan memperlihatkan potensi untuk kembali ke tangan BN adalah
1. Selangor
2. Kedah.
3. Kuala Lumpur
Bagi negeri Perak, BN berkeyakinan dapat mengekalkan kuasa di sana jika dinilai tahap pentadbiran Dr. zambry yang semakiin meningkat.
Bagi negeri Kelantan dan Pulau Pinang, agak sukar untuk merampas kembali dari tangan DAP dan PAS. Namun begitu ianya adalah tidak mustahil jika pengukuhan parti komponen BN seperti Gerakan, MCA dan MIC dapat dilakukan segera.
Maklumat lanjut. KLIK SINI...