Advertisement - Contact Us

PRK DUN Galas : PAS mungkin akan menarik diri. Mungkinkah DAP bakal meletakkan calon???

1.  Tarikh pembukaan gelanggang PRK DUN Galas telah pun diumumkan oleh SPR hari. Tarikh bagi penamaan calon jatuh pada 26 Oktober ini. Manakala kemuncak hari pembuangan undi bagi DUN Galas jika ada pertandingan adalah pada 4 November. Sebagai rekod, PRK DUN Galas diadakan setelah kerusi tersebut kosong akibat kematian penyandangnya dari PAS.

2.  Wakil dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46 telah kembali ke Rakmatullah pada 27 September lalu. Beliau berjaya memenangi kerusi DUN Galas pada PRU yang lalu sekaligus merampas kerusi tersebut dari BN yang telah menawannya pada PRU tahun 2004.

3.  Sejak kerusi tersebut kosong, pelbagai spekulasi telah bertiup kencang baik dari kem Barisan Nasional mahupun dari Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Baru-baru ini, BN telah melantik Ahli Parlimen Gua Musang yang juga merupakan orang kuat UMNO dari Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Penyelaras Pilihanraya DUN Galas mewakili Barisan Nasional.

4.  Malah ada juga cadangan dari beberapa pihak yang mahu Ku Li bertanding di DUN Galas sebagai calon. Cadangan tersebut benar-benar membawa kerisauan terutama dari mursyidul Am PAS, Nik Aziz. Nik aziz mendakwa cadangan sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada Ku Li. Menurutnya, tidak sepatutnya seorang pemimpin yang penuh pengalaman malah pernah menganggotai barisan kabinet diletakkan untuk bertanding di kerusi DUN.

5.  Bagi SMB, Dakwaan yang dibuat oleh Nik aziz adalah sangat tidak berasas. Nik aziz dan PAS sebenar berasa amat tergugat dan takut jika benar Ku Li dipilih sebagai calon BN. Perlu diingat DUN Galas berada di dalam Parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Ku Li. Malah Gua Musang juga merupakan kubu kuat Ku Li yang telah memimpin kawasan tersebut dari dulu.

6.  Ku Li yang juga mempunyai pertalian darah Di Raja adalah seorang pemimpin yang amat berdedikasi dan bertanggungjawab serta sangat dihormati dan disayangi oleh penduduk Gua Musang. Walau pun satu ketika, PAS berjaya memonopoli hampir keseluruhan kerusi di Kelantan namun di Gua Musang, ia kekal milik Ku Li.

7.  Jadi tidak hairanlah kenapa PAS gusar jika ditakdirkan Ku Li diletakkan sebagai calon di DUN Galas. Malah tidak mustahil, PAS bakal menarik diri dan tidak akan meletakkan calon jika Ku Li bertanding kerana percaya mereka pasti tidak mampu menembusi pengaruh yang dimiliki oleh Ku Li.

8.  Soal penghinaan yang didakwa oleh PAS sebenarnya tidak timbul. UMNO tidak menurunkan taraf Ku Li jika bertanding di kerusi DUN memandangkan Ku Li juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang. Perlu diingat, ramai pemimpin dari Pakatan rakyat yang menyandang kerusi Parlimen turut menduduki kerusi DUN pada masa yang sama, contohnya seperti, Nizar Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin lain.

9.  Kehadiran Ku Li dalam Dewan Negeri Kelantan amat penting dan amat diperlukan. Ku Li sebagai seorang yang luas pengalamannya pasti amat memahami dan mengetahui masalah yang timbul oleh rakyat Kelantan. Suaranya di dewan Negeri setidak-tidaknya dapat membantu wakil Rakyat BN yang lain membela nasib rakyat demi pembangunan negeri di bawah pentadbiran kerajaan PAS. Malah Ku li boleh terus memberi idea, mengkritik, membela dan memberi cadangan positif secara terus kepada kepimpinan kerajaan negeri jika beliau turut berada di dalam Dewan Negeri.

10.  Seperkara lagi, dengan kehadiran PRK di DUN Galas, setidak-tidaknya ia memberi peluang kepada penduduk kawasan tersebut mencari pendapatan tambahan. Seperti yang pernah berlaku di PRK yang lalu, penduduk setempat pasti tidak akan melepaskan peluang uantuk berniaga memandangkan kawasan DUN Galas akan menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Malah menurut sumber, kadar sewa rumah di Galas juga meningkat mendadak. Jika sewa sebelum ini hanya sekitar RM200, kini ia meningkat hingga mencecah angka RM1000.00.

11.  Tidak kiralah siapa calon yang bakal bertanding merebut kerusi DUN Galas. Diharap PRK ini dapat berjalan dengan lancar dan aman tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Semua pihak perlu menjaga tatasusila dan adab ketika berkempen dan sentiasa menghormati pihak lawan. Sama-samalah kita nantikan calon yang bakal bertanding pada hari penamaan calon yakni pada 26 Oktober.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama