Sepatutnya tidak timbul soal melompat parti atau tidak berhubung isu berkaitan dengan Dr. Chua Soi Lek ini. Menurut kenyataan media, Dr. Chua berasa tertekan berhubung isu moral dan penyebaran VCD lucahnya hingga membuatkan beliau ingin menyertai pembangkang. Persoalannya sekarang, kenapa beliau hendak menyalahkan Barisan Nasional berhubung isu melibatkan kemelut peribadinya itu?
Dr. Chua perlu berfikiran lebih terbuka dan menilai sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan drastik apatah lagi ini melibatkan maruah dan kepentingan parti. Dr. Chua perlu menerima hakikat bahawa beliau mempunyai musuh tersendiri di dalam MCA. Apa yang penting sekarang adalah Dr. Chua perlu mencari dan mendedahkan musuh dalam partinya, bukannya terus mengambil keputusan untuk keluar dari parti. Perlukah untuk Dr Chua membakar seluruh kelambu hanya kerana marahkan seekor nyamuk?
Berhubung dengan peranan beliau yang disifatkannya sudah berkurangan baik dalam parti atau kerajaan, Dr. Chua perlu bersabar dan berusaha dengan lebih kuat untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan kepimpinan parti kepadanya. Tidak sepatutnya untuk beliau terus menyerah kalah atau give up terutama melibatkan perjuangan kerana setiap ahli politik harus sedar dan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan samada jatuh atau bangun dalam politik.
Pihak musuh atau dalam konteks politik negara, pembangkang pasti sentiasa mencari jalan dan peluang untuk mengambil kesempatan di atas setiap isu yang timbul. Apatah lagi dalam senario politik pembangkang yang kian meruncing ini, mereka benar-benar terdesak untuk meraih sokongan walau dengan apa cara sekalipun.

"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan melompat parti menyertai pembangkang.- B. Harian Online
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau ada berjumpa Dr Chua dua hari lalu dan perkara ini tidak timbul.
"Isu lompat parti ini diwar-warkan oleh pihak tertentu saja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja 2009 peringkat kebangsaan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini hari ini.
Najib berkata, beliau percaya Dr Chua adalah penyokong setia BN.
Semalam, Dr Chua tidak menolak kemungkinan akan melompat parti dan menyertai pembangkang kerana mendakwa semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata beliau dipujuk untuk melompat parti sejak dikaitkan dengan skandal cakera video digital (DVD) rakaman aksi seks dan kemudian berulang selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden sebelum pujukan itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini."