1. Mahkamah Rayuan hari ini telah bersetuju untuk menerima rayuan yang difailkan oleh MB Perak dari BN, Dr. Zambry untuk menangguhkan keputusan pengisytiharan Mohamad Nizar sebagai MB Perak yang sah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi semalam.
2. Jika semalam mahkamah dan institusi kehakiman dipuji melambung tinggi kerana memberi kemenangan kepada Nizar tetapi hari ini mahkamah kembali dicemuh oleh puak Pakatan Rakyat memandangkan keputusan yang diumumkan tidak memihak kepada mereka.
3. Antara tindakan awal yang diumumkan oleh Nizar pagi ini setelah semalam mahkamah mengesahkan kedudukannya sebagai MB adalah menggantung dua kakitangan kerajaan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim, dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Shahid.
4. Sedihnya, tindakan itu jelas bertentangan dengan Perkara 36(C) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Menurut Ketua Setiausaha Negara, berdasarkan undang-undang di atas, seorang MB tidak mempunyai kuasa untuk memecat atau menggantung mana-mana kakitangan kerajaan sewenang-wenangnya dan ia perlu dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
5. Sekali lagi Pakatan rakyat bertindak sesuka hati dan sesedap rasa hingga sanggup membelakangkan perlembagaan dan undang-undang hanya semata-mata untuk memenuhi matlamat dan nafsu politik mereka. MB sebenarnya berperanan sebagai perantara antara Sultan dan ADUN, tidak lebih dari itu. Setiap keputusan yang hendak diambil perlu mendapat perkenan Sultan dan usul yang dibawa perlu mendapat persetujuan majoriti ahli dewan sebelum boleh melaksanakan sesuatu.
6. Jika semalam Zambry dan barisan EXCOnya dengan rela hati menerima keputusan yang diumumkan oleh mahkamah tanpa perlu ada sebarang pertikaian melampau. Maka diharap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini juga dapat diterima dan dilaksanakan sebaik mungkin tanpa sebarang prejudis.
lihat le komen pas/ mahfuz. geli ana tengoknya. war-warkan dalam blog anda.http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020720&Itemid=85
BalasPadamPAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan
Irwan Muhammad Zain
Tue | May 12, 09 | 3:04:17 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN). Iklan
Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.
"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.
dia dah muladah. menang adil/ kalah tak adil.
BalasPadamDemi masa...
BalasPadamSesungguhnya akan sentiasa berada dalam Kerugian,Melainkan jika sentiasa bersabar, menghayati dan tegur menegur serta bertindak ke arah kebaikan.
Kalau Zambry "ada telur" dan "anak jantan", apa kata beliau dan Nizar berpakat mengadap Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Biar rakyat Perak yang tentukan siapa yang layak memerintah kerana rakyat Perak sedang menderita akan krisis ciptaan ini. Biar rakyat yang tentukan.. negara kita kan negara demokrasi?... Mengenai kos piilihanraya yang tinggi, rasanya kos rakyat menderita dari krisis ini adalah lagi tinggi... pelabur pun takut masuk ke Perak akibat ketidaktentuan ini.. yang dah ada di Perak pun boleh keluar ke Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah PR. Oleh itu, sudah seharusnya BN setuju kuasa dikembalikan kepada rakyat Perak kerana kalau tidak, BN dilihat sebagai GILA KUASA kerana terus mahu bergayut memerintah Perak tanpa pilihan rakyat dan tanpa mahu kembalikan kepada rakyat untuk memutuskan siapa yang layak membentuk kerajaan....
BalasPadamdah kemaruk sgt dah ni..
BalasPadamserupa bola dah jawatan MB ni