Advertisement - Contact Us

Najib : Selamat datang ke dunia Siber...

Selamat datang ke alam siber. Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bersama kepimpinan kerajaan perlu mengakui dan memberi tumpuan yang intensif ke atas pengaruh dunia blog pada masa kini dalam usaha menjamin kekuatan kerajaan. Pihak kerajaan boleh menggunakan media alterntif ini bagi memberi penerangan kepada rakyat akan segala dasar-dasar dan perancangan yang akan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sebagai salah seorang komuniti alam blogger ini, saya amat mengalu-alukan dan menyambut baik penglibatan Dato' Seri dengan dunia siber bersesuaian dengan perkembangan ICT dalam mengharungi arus globalisasi yang serba mencabar dan serba canggih. Pihak kerajaan juga perlu menggandakan usaha pemantauan agar dunia siber ini tidak disalahgunakan menjadi sebagai medan menyebar fitnah, hasutan yang melampau atau penyebaran maklumat yang tidak sepatutnya.

"KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri yang baru dilantik Datuk Seri Najib Tun Razak juga merupakan seorang penulis blog yang memberikan perkembangan terkini mengenai program harian beliau menerusi www.1malaysia.com.my, dengan berita terkini mengenai peristiwa bersejarah penyerahan tugas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Beliau telah memanfaatkan media baru itu dengan turut memuatkan berita dan mesej video di YouTube, portal perkongsian-video sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Laman blog Najib kini semakin popular berikutan beliau turut berkongsi pemikiran dan aspirasi beliau dengan orang ramai menerusi laman web itu."
- Utusan Online

Laman Blog Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak : http://www.1malaysia.com.my

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama