Advertisement - Contact Us

Kereta Mercedes bekas TKM 1 Pulau Pinang kena tarik???

Inilah masalahnya dengan pemimpin Pakatan Rakyat ni. Susah sangat nak serahkan harta benda kerajaan bila dah tak layak nak digunakan. Jika di Perak, Nizar mengambil masa beberapa hari untuk mengosongkan kediaman rasmi tatkala dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Dan sehingga kini kerata Camry rasmi yang dipinjamkan kepada Nizar oleh Kerajaan Negeri perak masih belum dipulangkan. Dah jadi macam harta benda sendiri.

Nampaknya perkara sama juga berlaku di Pulau Pinang. Fairus yang telah dinasihatkan supaya meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan sudah pun berkuatkuasa perletakan jawatannya pada 8 April tidak mahu menyerahkan kereta rasmi kerajaan negeri. Akhirnya, SUK kerajaan Pulau Pinang terpaksa bertindak menarik kereta Fairus dan dibawa ke gudang simpanan. Apa yang menyedihkan adalah sikap Fairus yang tidak menghargai harta benda yang telah dipinjamkan kepadanya. Kereta tersebut dibiarkan tersadai di hadapan kediamannya selama hampir sebulan tanpa ada pihak yang ambil peduli.

"BUKIT MERTAJAM 8 April - Kenderaan rasmi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang diletakkan di halaman rumahnya di Taman Guar Perahu, Penanti di sini diambil balik oleh kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang ini.

Kereta Mercedes Benz S320 berwarna hitam yang menggunakan nombor plat P1 itu diambil pada pukul 3.10 petang.

Pegawai Protokol di Pejabat SUK, Azizan Hassan berkata, tindakan tersebut bukan atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebaliknya menjadi tanggungjawab SUK untuk mengambil semula kereta tersebut apabila tidak digunakan lagi.

"Atas faktor keselamatan kereta tersebut, kita mengambilnya hari ini dan dibawa ke tempat simpanan kereta kerajaan negeri di Batu Gantung," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azizan menjelaskan, beliau telah menghubungi Fairus menerusi telefon bimbit untuk memaklumkan mengenai pengambilan semula kereta tersebut.

Menurutnya, kereta tersebut berada dalam keadaan baik walaupun tersadai di halaman rumah Fairus sejak sebulan lalu.

"Semua barang peribadi milik Fairus telah pun dikeluarkan. Yang ditinggalkan ialah kad mengisi petrol.

"Setiap kenderaan milik kerajaan negeri mempunyai dua set kunci dan salah satu daripadanya masih di tangan Fairus," katanya."
- Utusan Online.

Fairus...Fairus...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama