Advertisement - Contact Us

Veteran UMNO selar Cheng Hau. - Utusan Online


"SEREMBAN 28 Feb. - Veteran UMNO, Datuk Siti Rahmah Kassim kesal kerana banyak perkara berhubung kesepakatan kaum yang telah dipersetujui sebelum ini, ditimbulkan semula dan dijadikan isu bagi memecah belahkan perpaduan rakyat.

Katanya, kebiadaban sesetengah pemimpin yang mengungkit persepakatan lampau bukan sahaja memperlihatkan diri mereka tidak matang tetapi juga menunjukkan sesuatu yang sumbang.

''Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan hanya untuk orang Melayu tetapi semua kaum mendapat faedahnya. Saya hairan kenapa ini dibangkitkan sedangkan ia telah dipersetujui oleh semua kaum selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya di sini hari ini.

Siti Rahmah diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang berkata amalan 'bumiputeraisme' dalam membantu golongan bumiputera sama seperti dasar aparteid.

Menurutnya, rakyat tidak perlu ragu dengan DEB yang telah menyatupadukan semua mengambil kira kepentingan semua kaum.

Beliau berkata, kenyataan pemimpin DAP dari Johor itu sebagai dangkal, sumbang dan buta.

''Mana ada dasar aparteid di negara ini. Negara kini membangun dengan pesat hasil daripada perpaduan yang dikecapi selama ini.

''Melalui DEB rakyat dapat belajar, hidup selesa, berniaga dan kemewahan. Saya anggap kenyataan Cheng Hau sumbang dan terpesong.

''Suara seperti itu hanya akan menyebabkan ketidakstabilan negara selain bersifat perkauman yang akan memusnahkan perpaduan yang dikecapi,'' katanya.

Menurutnya, tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang buta mata dan hati kerana gagal melihat apa yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada DEB."
- Utusan Online

Kebelakangan ini kita melihat Pakatan Rakyat semakin berani untuk menafi, mengkritik dan menentang pelbagai isu termasuk berkaitan perlembagaan, sensitiviti dan hak rakyat di Malaysia. Sedangkan dalam banyak perkara, semua pihak tak kira kaum telah mempersetujui dan menerima pakai setiap dasar yang diperkenalkan. Kenapa sekarang terutama sejak Pakatan Rakyat memiliki sedikit kuasa, maka isu DEB, bumiputera, agama dan bahasa rasmi, kuota dan lain-lain mula timbul dan dipersoalkan.

Walhal jika diimbas kembali perkembangan dan kemajuan negara kebanyakannya bertitik tolak dari perlaksaan dasar-dasar tersebut. Mungkin inilah padahnya kerjaan terlalu mengamalkan prinsip keterbukaan yang melampau hingga ada pihak yang mengambil kesempatan mempersoalkan dasaryang telah dipersetujui bersama selama ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP Johor ini agak keterlaluan kerana ia dapat mencetuskan polemik perkauman terutama di kalangan orang Melayu kerana ia membabitkan hak dan ketuanan bangsa Melayu di Malaysia.

Hakikatnya semua pihak telah dapat merasai dan menikmati hasil dan kebaikan dari dasar-dasar yang telah diperkenalkan selama ini. Tidak ada kaum atau bangsa yang terpinggir dan terabai selama dasar ini diterima pakai. Apa yang menjadi matlamat perlaksanaan dasar terutama DEB adalah untuk menggalakkan penglinatan bumiputera dalam ekonomi bagi merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama