Advertisement - Contact Us

Tun Mahathir suntik semangat baru buat UMNO.

Terima kasih Tun Mahathir kerana sudi hadir ke Perhimpunan Agung UMNO. Kehadiran Tun M sebenarnya telah memberi satu impak yang besar kepada UMNO dan Barisan Nasional betapa transformasi dan perubahan yang sedang direncanakan dalam UMNO merupakan satu langkah terbaik dan juga merupakan satu usaha yang murni bagi memastikan parti UMNO dan BN kembali menjadi sebuah parti yang kuat dan kekal relevan kepada rakyat dan negara.

Ini juga membuktikan bahawa Tun M masih sayangkan UMNO dan BN dan ingin terus melihat segala usaha dan penat jerihnya selama beliau memegang tampuk pemerintahan negara baik sebagai Perdana Menteri Malaysia mahupun sebagai Presiden Parti keramat UMNO tidak menjadi satu usaha yang sia-sia. Tun M pastinya tidak rela untuk melihat UMNO terkubur sepertimana yang diingini oleh puak pembangkang. Tun M bertindak keluar dari UMNO bukan kerana beliau bencikan UMNO, tetapi kerana beliau mahu melihat UMNO berani melakukan perubahan dan kembali memuhasabah diri agar dapat kembali ke landasan perjuangan yang sebenar. Bukan mudah seseorang itu hendak membenci sesuatu perkara dalam masa yang singkat apatah lagi sesuatu perkara itu membawa makna dan pengertian yang cukup besar dalam diri.

Semoga dengan kehadiran Tun M ke Perhimpunan Agung UMNO menjadi satu permulaan yang baru kepada UMNO ditambah dengan barisan saf pemimpin yang baru dilantik yang mana masing-masing membawa tenaga baru dan kekuatan baru kepada UMNO. Dengan kesinambungan semua ini, maka UMNO akan kembali ke hati rakyat dan menjadi sebuah parti dan kerajaan yang bersatu, kuat dan perkasa dalam membawa agenda perjuangan sebenar demi agama, bangsa dan negara tercinta...Amin...

"KUALA LUMPUR 29 Mac - Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai UMNO boleh memberi lonjakan semangat baru kepada ahli-ahli parti itu.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, langkah Dr. Mahathir itu dilihat akan mengembalikan semula ahli-ahlinya yang telah 'lari' daripada UMNO sebelum ini.

"Ini kerana Dr. Mahathir adalah ikon kepada rakyat terutama generasi muda.

"Mereka yang merasa sinis dan ragu dengan UMNO setelah apa yang berlaku sebelum ini mungkin akan mengubah sikap itu dan mengikut jejak Mahathir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di dalam UMNO apabila bekas Perdana Menteri itu secara mengejut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59 semalam dan mengumumkan akan menyertai semula UMNO.

Mohamad Mustafa berkata, penyatuan antara dua bekas Presiden UMNO di pentas UMNO semalam juga merupakan permulaan baik buat parti keramat orang Melayu itu.

"Ini semua adalah respons positif yang akan membuka ruang kepada UMNO untuk kembali diyakini rakyat," katanya.

Mengulas mengenai perubahan yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohamad Mustafa berkata, langkah segera itu membuktikan UMNO sedar kelemahannya sebelum ini dan tidak sanggup menunggu lama untuk berubah."
- Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama