Advertisement - Contact Us

Sidang DUN Yang Paling Lucu Dan Bodoh Dalam Sejarah Negara.

"IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara." - Harakah Daily

Apa sudah jadi dengan negara Malaysia. Dan apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat. Pakatan rakyat benar-benar terlalu terdesak dan 'desperate' hendak menjadi kerajaan. Tindakan mengadakan sidang DUn di bawah pokok merupakan satu sejarah dalam pentadbiran negara. Dan ia juga merupakan satu tindakan yang paling bodoh pernah berlaku. Sudah lah tidak mendapat perkenan dan izin Sultan. Kemudian dengan degil dan keras kepalanya Pakatan Rakyat tetap mengadakan sidang tergempar ini semata-mata hendak mengumukakan usul tidak percaya kepada kerajaan baru dilantik.

Tanggal 3 Mac 2009 merupakan hari paling bersejarah bagi negeri Perak. Bukan disebabkan pembunuhan J.W.W Birch atau pengantungan Datuk Maharajalela, tetapi disebabkan kedegilan Pakatan Rakyat yang terlalu kepinginkan kuasa hingga sanggup mencemarkan dan mengenepikan kesucian Dewan Negeri Perak dengan mengadakan sidang di bawah pokok tanpa mendapat keizinan dan perkenan dari Sultan Perak.

Nizar bersama dengan wakil rakyat Pakatan rakyat yang lain sedang memilih dan menemuduga pokok yang terbaik untuk dijadikan 'port' mereka bersidang. Seharusnya kerajaan meletakkan batu asas atau tugu di pokok yang menjadi pilihan Nizar dan tercatat dalam sejarah.

Sivakumar selaku kepala dalam sidang sejarah ini memulakan ucapan dan merasmikan sidang. Upacara melepaskan belon tidak sempat dijalankan memandangkan belon tidak sempat dibeli.

Seorang ADUN dari Pakatan Rakyat(ADUN Canning kot) mengemukakan usul pertama.

Usul seterusnya dikemukaan oleh ADUN Teja(kalau tak salah la) dengan penuh kebanggaan dan tawadduk.

Semua wakil rakyat Pakatan Rakyat mengangkat tangan menyokong usul yang dikemukakan oelh geng mereka sendiri. Antara usul yang dikemukakan adalah usul percaya bahawa Nizar masih MB Perak yang sah, usul pembubaran DUN dan usul tidak percaya kepada Zambry selaku MB yang baru dilantik.

Maka dengan rasminya berakhirlah sidang DUN tergempar yang paling bodoh dan lucu yang pernah dicatatkan di nagara Malaysia.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama