Advertisement - Contact Us

Pendapatan MB Selangor RM43,222. - Utusan Online


"SHAH ALAM 14 Mac – Pendapatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meliputi gaji dan imbuhan tetap atau elaun berjumlah RM43,222 sebulan.

Maklumat itu diperoleh dari laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor www.selangor.gov.my yang boleh dilayari sejak pukul 11 pagi ini.

Berdasarkan paparan maklumat itu, Menteri Besar menerima gaji RM17,715 sebulan manakala dalam bentuk elaun pula RM35,507 menjadikan jumlahnya ialah RM43,222.

Abdul Khalid memberitahu, maklumat pengisytiharan harta beliau serta aset lain gagal dilayari semalam kerana masalah teknikal pada sistem portal tersebut.

Beliau tidak menolak masalah itu mungkin berpunca kerana terlalu banyak data berkaitan harta dan aset Exco-exco kerajaan negeri dimuat turunkan serentak menyebabkan sistem di portal itu terganggu.

Sejak pukul 6 petang semalam, orang ramai boleh mengetahui mengenai harta dan aset lain milik 10 barisan Exco negeri di laman web itu, kecuali Menteri Besar kerana masalah teknikal tersebut.

“Akan ada banyak maklumat terkini yang bakal ditambah sebab kita hendak tengok macam mana orang komen daripada paparan maklumat aset ini.

“Kita juga akan mengurangkan jumlah borang dipaparkan bagi memudahkan orang ramai memahami,” ujarnya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan rombongan yang menjayakan program Whistle Stop dan mini karnival rakyat di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini hari ini.

Kerajaan negeri memutuskan untuk memaparkan maklumat pengisytiharan harta itu sebagai menyahut saranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa lalu

Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas berhubung usaha memaparkan aset itu termasuk daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, ada sesetengah pihak mencadangkan agar menteri dan Ahli Parlimen melakukan tindakan yang sama tetapi bagi Selangor, kerajaan negeri hanya memberi tumpuan kepada Menteri Besar dan barisan Exco."
- Utusan Online

Fuuuyoooo.... Banyak betul pendapatan yang diperolehi oleh Menteri Besar Selangor ni. Itu baru dikira gaji dan elaun atau imbuhan tetap. Belum lagi dicampur dengan pendapatan luar yang diperolehi.

Jadi, tak hairanlah kenapa manusia sanggup berebut dan melakukan apa saja demi untuk memiliki kuasa dan kedudukan tinggi. Malah ada yang sanggup membelakangkan undang-undang perlembagaan, menderhaka kepada sultan dan negara, terlibat dengan rasuah dan politik wang bertujuan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan yang selesa dan macam-macam lagi. Sudahlah mendapat gaji dan imbuhan yang besar, malah peluang untuk mendapatkan lubang buat duit yang lebih besar adalah lebih cerah. Jika dibandingkan pendapatan sebulan MB dan para EXCOnya baik di Selangor atau di mana-mana negeri sekalipun mungkin melebihi pendapatan SETAHUN rakyat biasa apatah lagi golongan yang berpendapatan rendah atau miskin.

Tak kiralah berapa pun pendapatan mereka, apa yang menjadi harapan rakyat agar pendapatan yang mereka perolehi itu biar berpadanan dengan kerja dan tanggungjawab yang dipikul. Jangan sampai orang kata 'Makan gaji Buta' sudah lah...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama