Advertisement - Contact Us

Akim letak calon di Bukit Gantang, Bukit Selambau. - B. Harian Online

Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) terus cuba untuk mempertaruhkan nasib dengan meletakkan calonnya di 2 PRK iaitu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sebelum ini, AKIM telah turut sama bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh yang menyaksikan Dato' seri Anwar Ibrahim berjaya memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan 2 calon lain iaitu Arif Shah Omar Shah (BN) dan calon AKIM.

"TANAH MERAH: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bakal meletakkan calon pada dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Presidennya, Hanafi Mamat, berkata keputusan meletakkan calon itu

dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan Akim yang mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu.

Beliau berkata, kedua-dua calon itu adalah anak tempatan dan penduduk kawasan berkenaan.

"Akim yakin kedua-dua calon berkenaan mampu memberi persaingan sihat dalam suasana politik kini," katanya.

Akim yang ditubuhkan pada 1995 mempunyai hampir 10,000 ahli di seluruh Malaysia.
- B. Harian Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama