Advertisement - Contact Us

BERKEKALANKAH KETUANAN MELAYU DI BUMI MALAYSIA??

Diharap Tun yang sebenar yang membaca comment dari rakyat biasa yang tak berkuasa, bukan wakil atau kuli Tun yang mentadbir blog ini kerana jika benar perkara ini berlaku, ia benar-benar menyebabkan hilangnya kepercayaan dan rasa hormat saya pada Tun.

Melayu di bumi Malaysia...Tak mustahil Melayu bakal hilang ketuanan dan hak di bumi sendiri. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersiap-sedia untuk menghadapinya..Nak mengelak??Mana mungkin selagi Melayu masih terus layu dengan sikap bodoh sombong, tamak, gila kuasa, taksub dan macam-macam lagi yang sinonim dengan nama Melayu.

Saya ada hak nak berkata demikian kerana saya juga Melayu...

Lihatlah perpaduan Melayu sekarang. Penuh dengan pecah-belah. Yang mengaku setia pada Melayu, tetapi belot dengan tamak dan gelap mata pada kuasa, harta dan nama. Berebut dan bersaing dengan pelbagai cara walau dengan memijak dan menonggeng pada kaum sebangsa sendiri. Bagi mereka, inilah perjuangan Melayu, memijak sebelum disepak, membuang sebelum dihumban. Dengan sifat dengki dan iri hati yang menyelubungi sanubari orang Melayu, bongkak dan sombong tatkala baru boleh duduk sebelah YB, maka tak mustahil satu ketika nanti lenyap akan nama MELAYU.

Jika kaum lain ada pelbagai parti untuk berjuang. Namun, bila tiba saat bersatu, mereka boleh memilih satu yang terbaik untuk dipilih dan yang lain akan terus menyokong sebangsa mereka walau dalam senyap. Buktinya... Calon paling hampir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN berkuasa, boleh beralih angin, mencurah bakti, kerana bagi mereka DAP, Gerakan mahu pun MCA, semuanya sama, Milik Kaum Cina.

Lain halnya dengan Melayu. Setia, Taat. Mustahil UMNO bagi PAS dan mustahil PAS bagi UMNO. Sedangkan samada ke kira mahu pun ke kanan tetap sama sahaja...MELAYU... Itulah namanya setia tak bertempat. Di tambah kewujudan parti Dendam (Keadilan), maka bertambah lagi puak dan cabang Melayu. Maka berpunca pada perkara itu juga lah 3 dari 5 negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat hakikatnya berlatar belakangkan Kaum Cina iaitu DAP walau kepalanya Melayu.

Apapun, semuanya bergantung kepada pemimpin dan bakal pemimpin akan datang. Corak yang sebagaimana yang bakal dipilih.

Corak pilihan Pak Lah sudah pun kita lihat rupanya.

Corak pilihan Najib belum tentu lagi dapat dizahirkan di alam realiti.

Muhyiddin??? Entahlah....

Cuma yang perlu diberi gambaran pada ketika ini sebelum dihulur kertas canvas hanyalah corak impian Anwar Ibrahim.

PILIHLAH YANG TERBAIK DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama