Suara Melayu Baru (SMB) merupakan blog 'independent' yang berjuang memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Setiap karya dan tulisan yang terkandung di dalam blog ini semata-mata untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran selagi mana tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Setiap karya dan penulisan di dalam SMB adalah berdasarkan pandangan, pendapat dan idea peribadi penulis sendiri tanpa dipengaruhi atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak samada secara langsung atau tidak langsung.
SMB tidak tertakluk atau tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan mana-mana kumpulan, puak, set, team, unit, jawatankuasa bagi mana-mana pertubuhan, parti, ngo, persatuan, kelab dan seumpama dengannya. Tindakan untuk cuba mengaitkan SMB dengan mana-mana pihak adalah tidak tepat dan tidak bijak.
Namun begitu, SMB mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkongsi idea dengan SMB agar menyalurkan idea tersebut samada dengan cara email terus ke
meninggalkan idea di ruangan komen, melalui laman page facebook Suara Melayu Baru, laman twitter di @padiyappa atau dengan apa cara sekalipun yang difikirkan sesuai dan akan sampai ke tangan SMB.
Setiap idea dan pandangan yang disalurkan terlebih dahulu akan disaring agar tidak terkeluar dari landasan perjuangan SMB sebelum disiarkan.
SMB juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk meletakkan pautan (link) SMB di blog anda, menyenaraikan di dalam bloglist anda. SMB juga tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin mengambil artikel atau mana-mana bahagian artikel samada secara 'copy paste', 'screen capture' atau apa jua cara untuk berkongsi maklumat.
Namun begitu, ingin ditegaskan, setelah artikel atau mana-mana bahagian artikel disalin keluar dari SMB, maka SMB tidak lagi bertanggungjawab ke atasnya.
SMB juga mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada SMB termasuk sebagai 'followers', 'bloglist', 'link', melalui komen yang ditinggalkan, sharing, retweete dan sebagainya.
Untuk makluman, SMB akan memaklumkan sumber artikel yang diperolehi sekiranya SMB menyalin (copy paste) sepenuhnya satu-satu artikel. SMB berhak untuk tidak memaklumkan sumber sekiranya artikel tersebut diambil hanya sebahagian tertentu.
Berkenaan Penulis Suara Melayu Baru
Penulis merupakan anak kelahiran Bagan Ajam, Butterworth, P. Pinang. Dari keluarga sederhana, anak ketiga daripada 3 orang adik beradik, yang mana ayah merupakan pesara guru manakala ibu adalah suri rumahtangga sepenuh masa.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam sehingga Darjah 6. Penulis kemudiannya berpeluang mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah (Sains Kedah) sehingga tamat SPM sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor dalam jurusan Kejuruteraan Awam.
Dalam kerjaya, penulis bermula sebagai kakitangan teknikal dengan syarikat NadaMurni Enterprise di samping terlibat dalam bidang pembinaan sebagai kontraktor secara kecil-kecilan.
Disebabkan minat yang mendalam dalam bab politik negara dan kepartian, khususnya berkaitan parti UMNO, maka ia mendorong penulis untuk mula menulis, berkongsi pandangan dan cuba mengutarakan cadangan, maka lahirlah laman blog Suara Melayu Baru ini sebagai platformnya. Bermula sekitar 2008, ketika UMNO sedang berdepan krisis kepimpinannya ekoran kegagalan parti meneruskan kesinambungan kejayaan gemilang dalam pilihanraya tahun 2004, apabila menyaksikan UMNO BN hilang kuasa di 5 buah negeri termasuk negeri kelahiran penulis, P. Pinang dalam PRU tahun 2008.
Penulis juga pernah berpeluang berkhidmat sebagai Pegawai Khas Media Baru kepada Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia, Dato Lokman Noor Adam yang berpejabat di Tingkat 11, Bangunan Kem. Kewangan Malaysia di Putrajaya, sehinggalah UMNO BN tewas dalam pilihanraya umum 2018, sekaligus menyebabkan semua kakitangan kerajaan khususnya lantikan politik bertaraf kontrak telah hilang kerja dan jawatan masing2, menjadi penganggur terhormat sepenuh masa.
Alhamdulillah, hari ini penulis kembali menceburkan diri dalam perniagaan walaupun terpaksa bermula semula dari awal dan berazam untuk tidak lagi mengambil risiko mencampur adukkan antara karier dengan politik. Penulis terpaksa akui bahawa walau sebaik dan sehebat mana pun sesebuah kjaan itu mentadbir negara, walaupun sudah jelas kejayaan demi kejayaan mampu dibuktikan, walaupun kemakmuran dan kekayaan negara berjaya diagihkan dan dinikmati oleh seluruh rakyat di serata ceruk negara, namun ia tidak menjamin kedudukan sesebuah kjaan dan kepimpinan akan mampu dipertahankan. Nafsu tidak pernah puas dgn apa yg sudah ada di tangan, masih mengidam mahu menggapai hak yg ada dalam poket orang lain lagi, akhirnya rakyat jadi mabuk dgn kedudukan, tamak dengan kekayaan dan rakus dengan kuasa, hingga hilang pertimbangan akal yang waras dan sanggup mengambil risiko memperjudikan nasib dan masa depan diri sendiri, keluarga dgn meletakkan untung nasib negara Malaysia ini betul2 di tebing2 kehancuran.
Berbalik tentang latar belakang politik, penulis bermula sebagai ahli biasa dalam UMNO Cawangan Bagan Ajam sekitar awal 2000. Berpeluang memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bagan Ajam selama 2 penggal. Hanya mengambil alih jawatan selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Bagan Ajam bermula tahun 2018 hingga kini.
Pernah diberi kepercayaan sebagai Setiausaha UMNO Cawangan Bagan Ajam selama 1 penggal. Di peringkat UMNO Bahagian pula, penulis masih menyandang sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, P. Pinang hingga kini.
Akhir kalam, penulis ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika kehadiran blog SMB ini telah menyusahkan atau memberi kesan dalam kehidupan mana-mana pihak.
Kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berkongsi sebarang info dan maklumat, boleh hubungi SMB melalui :
Whatapps only : 0194797995
Semoga SMB akan terus istighomah dalam perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanahair.
Wassalam...
Yang benar,
AriffSMB
(Penulis SMB)