Advertisement - Contact Us

Cukuplah 1 Penggal Anak Muda Kita Dipaksa Bekerja Dengan Pendapatan Yang Tidak Berbaloi Walaupun Berpendidikan Tinggi...



TEKAD PEMUDA UMNO BN UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN NASIB DAN MASA DEPAN GENERASI BARU YANG BAKAL MEWARISI MASA DEPAN NEGARA...

Sayu hati melihat gambar ini. Seorang ibu yang terpaksa membawa anak OKU-nya ketika bekerja menghantar makanan. 

Hakikat yang kena akui, ini bukan satu-satunya kes di dalam negara. Sangat banyak aduan yang Pemuda UMNO terima dahulu berkenaan masalah pekerjaan dan kehidupan sosial yang tidak seimbang. Terutamanya ketika darurat dan PKP separuh masak yang merosakkan rezeki rakyat.

Inilah punca kenapa Pemuda dahulu lantang memperjuangkan pengeluaran KWSP RM10 ribu secara one-off. Bukan pengeluaran bertahap. Kerana jumlah secara one off itu akan dapat digunakan rakyat sama ada untuk membeli kenderaan, melunaskan hutang atau memulakan perniagaan.

Tak apalah ada orang kata kita ini anti kerajaan ketika itu. Yang penting adalah tanggungjawab kita Pemuda ini bagi memastikan rakyat terus dibela.



Namun gambar ini meruntun hati saya. Rupanya masih ramai yang terlepas daripada inisiatif kerajaan dan usaha Pemuda. Mungkin ini teguran Allah bahawa perjuangan kami belum benar-benar sempurna.

InshaAllah saya akan berusaha memperjuangkan isu ini selepas kerajaan baru terbentuk kelak. Antaranya termasuk cadangan agar inisiatif tadika transit bagi golongan memerlukan seperti ini diberikan secara percuma oleh kerajaan.

Serta memperkasakan juga insentif penjagaan anak OKU bagi keluarga tidak berkemampuan. 



Saya fikir inisiatif-inisiatif ini adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan. Tidak membebankan kewangan memandangkan kita juga sudah mempunyai banyak tadika milik kerajaan termasuk Tadika Permata.

Namun, ia adalah suatu perkara dasar dan tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan interim seperti hari ini. 

Tetapi siapa pun yang dipilih rakyat kelak, InshaAllah perjuangan kami tidak akan terhenti untuk rakyat.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama