Advertisement - Contact Us

Ini Sebabnya Kenapa DS Najib Sangat Mementingkan Hubungan Diplomatik Yang Baik Dengan Semua Pihak.

SELAGI MALAYSIA MENGAMALKAN SIKAP BODOH SOMBONG, BONGKAK TAK BERTEMPAT, KAKI GADUH, SELAMA ITULAH MALAYSIA AKAN TERUS TERTINGGAL DALAM SEMUA HAL...



Malaysia perlu bersedia untuk situasi di mana bekalan vaksin Covid akan jauh melebihi kapasiti negara-negara untuk memberi kepada penduduk masing-masing.


Keadaan ini besar kemungkinan akan berlaku sebab:

1. Lagi banyak jenis vaksin Covid akan diluluskan dan akan mula masuk fasa pembuatan.

2. Negara-negara barat tahu bahawa program vaksinasi adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan dan memulihkan ekonomi mereka dan ekonomi dunia. Tiada cara lain.

Sebab itu, dalam keadaan kegelisahan dan ketidaksabaran, kebanyakan negara-negara barat yang kaya telah terlebih tempah vaksin. Misalnya, negara-negara seperti Kanada USA, USA dan Perancis telah menempanh dua hingga tiga kali ganda jumlah vaksin yang diperlukan bagi penduduk mereka.

Mereka akan melepaskan tempahan mereka tidak lama lagi.

3. Sebanyak 73 negara dalam dunia sudah mula program vaksinasi mereka. Kadar memberi vaksin kepada penduduk bagi negara-negara ini akan mula menurun. 

Selagi ramai orang yang diberi vaksin, selagi susah bagi mereka untuk mencari penduduk yang rela menerima vaksin sebab masih ramai yang tidak percaya dengan vaksin. 

Negara-negara ini terutamanya bagi negara yang saiz dan penduduknya amat besar juga akan mengalami masalah logistik dan pengedaran bagi baki penduduk yang belum diberi vaksin.

Maka bekalan vaksin mereka akan melebihi permintaan. Vaksin tidak boleh disimpan atau mahal untuk disimpan lama dan akan rosak jika tidak diberi dalam tempoh yang dibenarkan.



Negara India sudah mula menghadapi masalah ini dan pengeluar terbesar vaksin negara itu terpaksa menghentikan pengeluaran vaksin buat sementara akibat lambakan sebanyak 55 juta dos vaksin jenis AstraZeneca yang direbut-rebut negara lain.

Pengeluar negara India tersebut adalah pengeluar vaksin terbesar dalam dunia dan mampu menghasilkan 100 juta dos sebulan.

Secara keseluruhan, negara India membekal sebanyak 60% keperluan semua jenis vaksin dunia. 

(Malaysia cuma perlu sekitar 55 juta dos untuk memastikan 80% daripada penduduk kita diberi vaksin dan mencapai  imuniti kelompok (herd immunity) di mana penularan tempatan dapat dihentikan. Maksudnya kilang India itu mampu mengeluarkan vaksin bagi keseluruhan keperluan Malaysia dalam masa 2 minggu sahaja. Dengan itu, kita patut mula berbincang dengan negara India tapi jangan hantar Mahathir untuk berunding. Nanti dia cari gaduh. )

Sebab itu, saya berpendapat bahawa keutamaan negara patut lebih fokus kepada kapasiti, kelajuan latihan dan kemampuan kakitangan serta infrastruktur negara untuk memberi vaksin dan juga pendidikan serta kempen kesedaran secara besar-besaran agar lebih ramai rakyat akan berasa selamat untuk menerima vaksin.



Jika kita rancang dengan baik, pemberian vaksin mampu dijalankan 24 jam sehari tanpa henti agar negara terkeluar daripada keadaan mimpi ngeri Covid ini secepat mungkin.

Kita tidak perlu dan tidak patut tunggu sehingga bulan Februari 2022 seperti rancangan kerajaan PN sekarang untuk 70% penduduk diberi vaksin.

Siapa yang sanggup untuk bertahan pandemik Covid ini selama satu tahun lagi? 

Untuk mencapai imuniti kelompok agar ekonomi negara dipulihkan, kita hanya selamat apabila semua orang selamat - termasuk pekerja asing.

Jika tidak, penularan Covid tempatan tidak dapat dihentikan. 

Jika vaksin diluluskan KKM dan saya disuruh kerajaan, saya rela untuk menerima vaksin secepat mungkin sebab saya percaya pada sains.

Setakat ini, hampir 124 juta orang dalam dunia sudah menerima vaksin termasuk pemimpin-pemimpin dunia seperti presiden dan naib presiden USA ratu bersama PM England, PM Singapura, presiden Indonesia, raja-raja negara-negara Arab dan hampir semua pemimpin tertinggi 73 negara yang sudah memulakan program vaksinasi mereka.

Sumber  :  Najib Razak


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama