PayHalal'Payment Gateway' Patuh SyariahDapatkan Di Sini!

Tiba-Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia. Dah Buang Tebiat Agaknya...



FITRAH MANUSIA, HANYA MAMPU TERKENANG DAN SESAL TATKALA IANYA SUDAH TIDAK LAGI BERADA DI HADAPAN KITA, DALAM GENGGAMAN KITA...

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan...


Nak masuk into the scene anak-anak belajar online, anak aku paling besar baru 4 tahun. Mengenangkan ustaz Ebit derma tab untuk yang memerlukan, aku teringat lah zaman adik bongsu aku sekolah menegah dalam 10 tahun lepas.

Masa tu keluarga kami kategori b40, mak pula kategori ibu tunggal, jadi adik aku yang sekolah tingkatan 4 masa tu dapatlah bantuan laptop 1Malaysia. 


 

Ha... gelaklah kau dengan brand 1Malaysia dan pengasasnya, tapi laptop inilah yang banyak bantu. Laptop ini bukan inisiatif rakyat jelata, tapi kerajaan yang bagi. PERCUMA. Dan aku percaya ramai lagi yang terima manfaat sama.

Ya aku mengaku laptop ini pun bukan jenis canggih nak mati. Lambat, lag. Tapi benda ni dah cukup untuk keperluan pelajar sekolah. Setakat assignment dan kerja-kerja menaip tu boleh. Bukan nak suruh edit gambar pakai photoshop.

Internet je takda. Tak silap yang ini kena langgan sendiri. Tapi okay dari tak ada laptop. Laptop ni tahan lama juga. Sampai adik aku sambung belajar ke UiTM pun masih guna.

 

Tapi itulah. Bila kerajaan dah bagi bantu macam bagi laptop ni, ada juga yang lekehkan. Laptop tak ada jenama pah, laptop tak canggih lah, laptop macam ini baik tak payah bagilah. Tapi bagi kami laptop macam ni kira okaaayyyyyy sangat dah.

Tag juga lah pemimpin banyak berjasa ni perdana menteri waktu tu Dato Seri Najib Razak Teima kasih Dato dengan inisiatif laptop ni suatu ketika dulu.


 

 
Tiba-Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia. Dah Buang Tebiat Agaknya... Tiba-Tiba Saja Rakyat Terkenangkan Kisah Notebook 1 Malaysia Dan Cermin Mata 1 Malaysia. Dah Buang Tebiat Agaknya... Reviewed by AriffSMB on 1:39:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Latest Update

Be The First

Jadi Yang Pertama Mendapat Informasi Dari Kami


Advertisement


Dikuasakan oleh Blogger.