Advertisement - Contact Us

12 Item Yang WAJIB Dibawa Jika Anda Merancang Aktiviti Perkhemahan.



Dah lama rasanya tak join aktiviti2 lasak, seperti berkhemah. Badan dah mula rasa lemah dan lemau, maklum sajalah, ditambah dalam suasana PKPB sekarang ni, pergerakan luar rumah pun dah jadi terhad. Ke hulu hilir cuma berlegar dalam rumah, paling tidak pun di depan halaman rumah.

Berkhemah ni memang satu aktiviti yang sangat menarik dan sentiasa menjanjikan pelbagai pengalaman baru. Tak kisah lah kat mana lokasi berkhemahnya, samada di hutan, pantai, tepi sungai, lereng bukit, waima di padang permainan kanak2 depan rumah pun, ia pasti tidak akan membosankan selagi mana kita bijak mengatur dan menjadikan aktiviti ini sentiasa dalam keadaan menarik.

Sebenarnya, dalam keadaan kita semua diminta ber'PKPB'ni, bagi aku, aktiviti berkhemah adalah satu cara yg baik untuk menghilangkan kebosanan, yang penting, lokasi yg dipilih mestilah jauh dari kesesakan orang ramai, dan tidak melibatkan terlalu ramai ahli dalam kumpulan.

Untuk hari ni, aku akan kongsikan 12 item yang nampak ringkas, tapi ia sangat penting untuk dibawa bersama setiap kali anda menjalankan aktiviti perkhemahan khususnya di hutan. Malah item2 ini juga sudah tentu akan banyak membantu anda meneruskan hidup seandainya anda tersesat keseorangan dalam hutan, setidak-tidaknya sehingga sempat bantuan tiba di lokasi anda.

1.  Pisau Poket Serbaguna

Pisau Poket Serbaguna


Pisau poket atau pisau lipat yang boleh berfungsi dengan pelbagai cara. Anda sudah tentu perlu memotong, membuka, mengupas atau mencantas sesuatu sepanjang anda berada dalam perkhemahan. Mungkin tak semua ahli kumpulan anda perlu membawa parang, tapi sekurang-kurangnya setiap ahli WAJIB mempunyai pisau poket masing2.

Pastikan pisau utamanya sentiasa tajam dan mudah dilipat untuk disimpan. Material untuk pisau ini juga mesti dari jenis yang tahan karat dan tahan lasak.




Wisel Keselamatan


Alat ini mungkin kelihatan seperti tidak penting dan jarang digunakan. Tapi tahukah anda, terdapat kes mangsa sesat di hutan yang sudah dalam keadaan terhidrasi hingga menyebabkan tubuhnya hilang tenaga dan keupayaan, sekalipun hanya untuk menjerit, walhal pasukan penyelamat sedang berlegar-legar berhampiran dengannya tetapi tidak sedar bahawa mangsa telah terjatuh ke dalam satu lubang di situ. Dalam keadaan ini, lebih mudah jika meniupkan wisel untuk memanggil pasukan penyelamat, daripada terpaksa menjerit yang tentu memerlukan lebih banyak tenaga.

Biasanya wisel yang bersaiz kecil ini, samada disimpan dalam bentuk keychain bersekali dengan kunci2 utama anda, atau, diikat pada lubang tali pinggang seluar anda.




Pemetik Api Keychain


Api adalah antara keperluan penting yg mesti ada ketika mengikuti aktiviti perkhemahan, sepertimana pentingnya sumber air. Sejak dari Zaman Batu lagi, manusia menggunakan pelbagai kaedah untuk menghasilkan percikan api yg kemudiannya menjadi unggun. Ada yg melagakan 2 ketul batu, mengeselkan kayu di atas kayu dan sebagainya.

Dalam zaman moden hari ini, kita tak perlu la bersusah payah memandangkan pelbagai alat atau gajet yg berfungsi untuk menghasilkan api telah dijual di pasaran. Cuma, jangan terlupa bawa je. Bayangkan anda dah berjalan jauh ke dalam hutan dan tiba masa anda memasang khemah untuk berehat dan memasak sebelum tidur. Ketika nak memasak, baru anda sedar yg anda dah tertinggal pemetik api di rumah. Mungkin anda boleh cuba menggunakan kaedah kuno untuk menghasilkan api, tapi tanpa pengalaman dan tidak tahu cara yg betul, barangkali usaha anda akan jadi sia2.




Barangan Asas First Aid Kit


Beg kecil First Aid Kit yg mengandungi barang2 asas yg penting bagi aku mesti ada dan dibawa setiap kali anda pergi melakukan aktiviti perkhemahan tak kira di mana pun lokasinya. Seperti pesan orang tua, malang tidak berbau. Apa juga kemungkinan boleh berlaku, sekalipun anda sudah mengambil semua langkah2 keselamatan seperti yang sepatutnya.

Kemalangan2 kecil yg boleh menyebabkan kecederaan ringan boleh saja berlaku. Sebagai contoh, terpijak atau tertusuk benda tajam, terjatuh, disengat haiwan berbisa dan sebagainya. Risiko2 seperti inilah yg akan menjadikan aktiviti anda semakin mencabar dan mengujakan. Namun anda juga perlu bersiap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan dalam keadaan bersedia.

Tapi perlu diingat, First Aid Kit ini hanyalah untuk kecederaan2 ringan luaran sahaja. Jika ada kecederaan yg serius, atau luka terbelah yg dalam, yg perlu dijahit, anda perlu segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. Barang yg dibawa dalam beg First Aid Kit hanya boleh membantu anda mengurangkan risiko kecederaan yg lebih parah, atau untuk melambatkan pengaliran darah yg keluar supaya anda sempat mendapatkan rawatan di klinik. Jangan berlengah dalam hal ini.

Antara barang yg perlu ada dalam beg First Aid Kit anda termasuklah :
  • 1 x Triangular bandage; 96 x 96 x 135cm
  • 1 x Silver emergency blanket; 130 x 210cm
  • 1 x Cooling patch; 5 x 11cm
  • 1 x Self-adhesive bandage; 2.5 x 4.5cm
  • 10 x Absorbent cotton swab; 8cm x 10
  • 2 x Dressing pad; 5 x 5cm x 2
  • 6 x Alcohol pads; 5 x 5cm x 6
  • 1 x Essential balm; 3ML
  • 1 x TPE tourniquet 2.5 x 45cm
  • 1 x Plastic whistle
  • 1 x Adhesive tape 1.25 x 5cm
  • 10 x Adhesive bandages
  • 10 x Safety pins
  • 1 x PBT elastic bandage; 4.5 x 5cm
  • 1 x Scissors; 9cm
  • 1 x Instructions




Set Alat Bertahan Hidup (Survival)


Kotak SOS adalah satu set peralatan asas yg penting, yg biasanya diperlukan ketika anda berada di hutan, khususnya kepada mereka yg gemar dengan aktiviti ala 'ikhtiar hidup'. Kebanyakan kita yg hanya mengikuti aktiviti perkhemahan yg biasa, di tapak perkhemahan yg memang sudah dikhususkan untuk aktiviti2 seperti ini, biasanya kotak SOS jarang digunakan memandangkan di tapak2 perkhemahan sudah tersedia keperluan serta susun atur khemahnya.

Tapi bagi mereka yg gemarkan aktiviti yg lebih ekstrem, seperti menjelajah ke dalam hutan tebal, 'jungle tracking', ikhtiar hidup dan seumpamanya, yg mana tapak untuk berkhemah perlu dipersiapkan, ditambah dgn keadaan bentuk muka bumi seperti kawasan lereng bukit, keadaan hutan yg tebal, maka alat2 seperti yg ada dalam kotak ini memang sangat membantu.

  • ▪ Can opener
  • ▪ Side knife
  • ▪ Straight screwdriver
  • ▪ Ruler
  • ▪ Bottle opener
  • ▪ Outside hexagonal wrench
  • ▪ Clyburn spanner
  • ▪ Saw
  • ▪ Direction identifier
  • ▪ Positioning spanner
  • ▪ Round hole



6.  Khemah

Khemah


Kalau dah nama pun aktiviti perkhemahan, sudah tentulah alat yg paling penting, yg mesti dibawa adalah KHEMAH itu sendiri, melainkan jika tempat yg anda akan tuju memang sudah menyediakan tapak beserta dengan khemah yg telah siap terpasang dalam 1 pakej harga.

Dah ada bermacam pattern khemah yg dijual di pasaran sekarang ni. Ada yg hanya 1 tiang, tiang berkembar, 4 tiang, malah sudah ada khemah tanpa tiang. Ada jenis khemah yg agak sukar nak dipasang, dan ada juga jenis khemah yg lebih fleksibel, hanya perlu buka seperti payung dan hanya perlu tarik tutup seperti juga payung ketika nak mengemas.

Yg penting, saranan aku, khemah tersebut mestilah kalis air, mempunyai pintu dan tingkap yg boleh ditutup dengan zip, mempunyai pancang yg boleh diikat dgn tali agar khemah anda tidak mudah diterbangkan oleh angin yg kuat.




Lampu LED 3 In 1


Aku cadang supaya anda memiliki lampu seperti ini, yg boleh digunakan dengan 3 cara mengikut kesesuaian. Jika dahulu, biasanya kita akan guna lampu gasolin, yg perlu dipam untuk menyalakannya. Tapi sesuai dengan peredaran zaman, lampu gasolin ini sudah diinovasikan kepada lampu yg menggunakan LED.

Lampu jenis ini boleh digunakan sebagai lampu suluh, atau boleh berfungsi seperti lampu gasolin atau pelita, dan boleh juga kedua-dua fungsi ini digunakan serentak. Ia menggunakan tenaga bateri, dan boleh dicas semula menggunakan kabel USB biasa. Dari mana nak dapat sumber kuasa elektrik untuk cas di dalam hutan? Sebab tu alat yg akan aku kongsikan selepas ini akan menjawab persoalan anda.



8.  Powerbank

Powerbank


Inilah alat yg akan menyimpan kuasa elektrik anda, dan yg akan cas bateri lampu anda apabila tenaganya berkurangan. Sebenarnya, sudah banyak alat2 elektronik pelbagai guna yg anda boleh bawa bersama dalam aktiviti perkhemahan anda. Dan kebanyakan alat2 tersebut memang sudah dicipta agar ia boleh digunakan secara terus menggunakan bekalan elektrik di rumah, atau menggunakan bateri 'built-in' yg boleh dicas semula.

Memandangkan tidak ada bekalan eletrik bilamana anda melakukan aktiviti perkhemahan di kawasan hutan, maka solusi alternatifnya sudah tentulah alat POWERBANK ini yg akan berfungsi seperti tabung menyimpan kuasa elektrik dan boleh digunakan bila2 masa, di mana saja dengan mudah.

Aku sarankan agar anda mempunyai powerbank yg mampu menyimpan lebih banyak tenaga elektrik di dalam. Semak dulu kapasiti tenaga elektrik yg mampu disimpan sebelum anda membeli sesebuah powerbank. Sbg contoh, powerbank yg aku kongsikan spt di gambar mampu menyimpan sehingga 50 000mhz. Mungkin harganya agak mahal berbanding powerbank biasa yg berlambak di pasaran, namun ianya pasti berbaloi jika dibandingkan kapasiti serta kemampuannya, dgn harga yg anda perlu bayar.

Oh ya, sebelum terlupa. Sebelum anda nak bertolak ke lokasi perkhemahan, pastikan powerbank yg anda bawa SUDAH DICAS SEPENUHNYA. Tak guna ada powerbank yg mahal, tapi bekalan kuasa yg ada adalah 0%, sebab anda terlupa cas.




Serbuk Belerang


Serbuk belerang yang berwarna kuning ada dijual di kedai2 runcit dan juga kedai2 menjual anak2 pokok. Ia mmg banyak digunakan dalam industri, malah dalam bidang pertanian, ia boleh membantu menyuburkan lagi tanah sebelum ditanam sesuatu pokok.

Apa kaitannya dgn perkhemahan? Sebenarnya, satu lagi kegunaan serbuk belerang ini adalah untuk mengusir haiwan2 berbisa daripada kawasan perkhemahan anda.

Selepas selesai anda memasang khemah, sebaik-baiknya serbuk belerang ini ditaburkan di sekeliling khemah anda. Maklum sajalah, apabila anda tidur dalam keadaan keletihan nanti, anda sendiri dah tak sedar perkara yg berlaku di sekitar anda. Dengan adanya serbuk belerang ini, ia boleh membantu menakutkan haiwan2 yg berbisa daripada menghampiri khemah anda ketika sedang nyenyak tidur.




Lilin Askar


Lilin askar??? Kenapa namanya lilin askar? Memang lilin ini banyak digunakan oleh anggota tentera ketika mereka terlibat dalam operasi di hutan. 

Agak penting, bagi mereka yang tidak pandai nak masak atau menghidupkan unggun api menggunakan kayu2 kering. Tapi, dengan lilin askar saja, tanpa ada sumber api, tetap tidak berguna.

Anda cuma perlu nyalakan api pada lilin ini sahaja, dan anda boleh gunakan ia untuk memasak nasi dengan hanya seketul lilin sahaja. Inilah keistimewaannya, dapat mengekalkan api untuk tempoh masa yg lama.



11.  Karabiner Dan 12.  Tali
Karabiner

Tali


Last but not least, karabiner dan tali. Anda perlu terlebih dulu mahir dalam membuat beberapa jenis ikatan yg asas. Antaranya jenis bukusila, simpul kasih, simpul mati dan beberapa nama lagi.

2 alat ini sangat diperlukan jika anda merancang untuk melakukan perjalanan mendaki bukit dan gunung.

Tapi, bagi mereka yg menjadikan aktiviti berkhemah sebagai satu riadah bersama keluarga, alat2 seperti ini jarang digunakan. Tali yang biasa digunakan cuma jenis tali rafia biasa, itupun untuk tujuan yg biasa.


Sekian 12 senarai item yang anda perlukan sebelum anda memulakan aktiviti perkhemahan. Anda boleh terus klik pada gambar yg tertera jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan alat2 seperti yg disenaraikan di atas.

Aku berharap anda akan mendapat manfaat daripada apa yg aku kongsikan ini. Mungkin ada kekurangan dan kelemahan, namun perkongsian ini hanya berdasarkan pengalaman aku yg tak seberapa.

Jika anda ada sebarang cadangan, atau mungkin ada item2 tertentu yg lebih penting tetapi tidak disenaraikan, aku mengalukan-alukan agar korang dapat kongsikan di ruangan pendapat, di bawah.

Semoga bermanfaat untuk semua...


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama