"APA KATA KITA BAGI CUBA 1 PENGGAL... 5 TAHUN JE, BUKAN LAMA PUN..."
Jangka masa 5 tahun sudah cukup untuk merubah segala-galanya... negara boleh musnah dalam tempoh tak sampai 5 tahun pun... dan tak mungkin negara dapat bangkit hingga mencapai kedudukan hari ini, hanya dalam tempoh 5 tahun...
Biar saya terangkan mengapa teori lima tahun ini tidak boleh pakai.
Di dalam tempuh lima tahun, pembangkang boleh buat macam2 termasuk:-
1. Menjual GLC2 kepada towkay2 dari dalam dan luar negara di atas alasan "Its not the Govt's business to be in business".
Pengurus-pengurus kanan Bumiputra di beri skim VSS dan kontrak2 pembekalan barangan & perkhidmatan berjumlah berbilion setiap tahun di agihkan kepada pembekal2 bukan Bumiputra.
2. Melantik bukan Bumiputra sebagai CEO2 KWSP, Bank Negara, Socso, Petronas, PNB dll dan pengurusan kanan Bumiputra di pecat di atas alasan "meritokrasi".
3. Boleh memecahkan Felda, Risda, Felcra, Mara, Teraju dll.
4. Boleh meletakkan orang mereka di dalam hieraki Angkatan Tentera.
5. Mengawal Special Branch dan Military Inteligence. Ini amatlah merbahaya sekali.
6. Melembabkan kadar perkembangan ekonomi Bumiputra untuk sekurang-kurangnya 4-5 tahun. Dahlah orang kita ketinggalan, di terencatkan pertumbuhan untuk tempuh itu. Jatuh lagi susah nak bangun kembali.
7. Mengalihkan dana dan meletakkan prioriti rendah kepada perkembangan agama Islam dan meletakkan dasar liberal di dalam pengurusan agama Islam, isu kalimah Allah seumpamanya atau di dalam pengendalian isu-isu LGBT di atas alasan menegakkan hak asasi manusia.
(IKLAN)
9. Ketua2 Jabatan, KSU2 dan agensi2 Kerajaan di ganti dengan penyokong DAP.
10. Pengerusi dan kakitangan SPRM di ganti dengan penyokong DAP.
11. Memberi geran dan tempuh pajak yang berlebihan (999 tahun) kepada penyokong mereka termasuk mengambil alih tanah rizab Melayu.
12. Membuka luas pemberian lesen casino dan perjudian dengan alasan untuk mengalak pelancungan.
(IKLAN)
13. Seperti yang telah di umumkan oleh Pembangkang, mengecilkan saiz perkhidmatan awam yang ada sekarang ini sebanyak 50% (dan mungkin setelah itu, mengantikan dengan sebilangan orang mereka pula).
14. Memansuhkan pemberian AP dan lesen & permit untuk kaum Bumiputra (terutamanya di dalam bidang oil & gas).
15. Pendakwah2 agama Kristian dll di benarkan membuka kolej dan NGO berleluasa untuk menyebarkan agama mereka. Kenapa gereja Katolik menyokong Bersih? Apakah sebab strategik mereka menyokong Bersih dan pembangkang?
Saya boleh tulis banyak lagi tapi jari penat nak taip.
Satu video yang aku ingin kongsikan... ucapan daripada Tun M ketika beliau masih bergelar PERDANA MENTERI...
Dan hari ini, segala yg diperkatakan itu memang benar2 beliau sendiri lakukan... Allah bukan saja izinkan umur yg panjang buat Tun M untuk dirinya melihat akibat dan kesan daripada dosa dan kerosakan yg pernah beliau lakukan, malah kehendak Allah juga menzahirkan kpd kita semua wahah sebenar manusia bernama Tun Mahathir...
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Edisi Dedah
Lim Kit Siang
Pribumi
Republik
Tun Mahathir