Advertisement - Contact Us

[POLITIK] 2 Kali Anwar Di'Batut' Ular... Kali Ini Lebih Dasyat... Dipatuk, Dibelit, Dijerut Dan Dibiar Lenyap KESEORANGAN... #SahabatSMB

MEMANG AKU IKHTIRAF, TUN MAHATHIR ADALAH JAGOAN POLITIK MALAYSIA... JANGAN MIMPI TUN M AKAN MENGALAH, SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN DAN SELAGI MUKHRIZ BELUM BERGELAR 'PERDANA MENTERI'...


Pertama, terlebih dulu aku ingin tegaskan, bahawasanya blog atau page Suara Melayu Baru ini tidak ada kena mengena, samada secara langsung atau tidak langsung dengan parti 'Melayu Baru Bersatu' yg baru diperkenalkan oleh Tun Mahathir dan konco-konconya...

Sejak diumumkan parti serpihan UMNO ini, maka pelbagai tafsiran, andaian dan spekulasi yg dibuat oleh pelbagai pihak termasuk penganalisis dan pemerhati politik... bagi mereka yg menyokong gerakan Tun M ini, sudah tentulah serba serbinya baik dan positif... begitu juga di pihak seteru Tun M, maka yg terlintas hanyalah spekulasi negatif semata-mata...

Bagaimana pula tafsiran bg mereka yg berada di tengah2, dan siapakah sebenarnya mereka? Apa yg mungkin dapat aku lihat, pihak yg berada di tengah sebenarnya adalah mereka yg sekarang dilihat sebagai sekutu tun M di dalam pakatan, iaitu khususnya DAP dan PKR... aku tidak anggap mereka ini penyokong gerakan Tun M, walaupun mereka tampil seolah-olah mereka utuh di belakang Tun M seperti DAP... dan aku juga tidak anggap mereka musuh Tun M sepertimana DSWA, Anwar dan sebahagian ahli PKR, walaupun tampak seperti mereka tidak mahu bersekongkol dgn Tun M...

Mereka ini sebenarnya tidak ubah spt ular yg memiliki lidah bercabang... adakala mereka boleh bermanja bak haiwan peliharaan, dan dalam sekelip mata juga mereka boleh mematuk tuan yg menjaga mereka... aku yakin, Tun M sebagai pemimpin yg cukup matang dalam politik akan sedar hal ini dan tidak terlalu galak bersorak tatkala dilambung tinggi ke udara...

Persoalannya... jika ikatan yg dibentuk bukan atas dasar saling mempercayai antara satu sama lain, jadi, apa sebenar matlamatnya? Satu soalan yg sangat menarik utk diperbincangkan...


Hari ini, sudah timbul cakap2 dari dlm UMNO sendiri yg mula menganggap kononnya segala tindakan Tun M hari ini mempunyai agenda tersembunyi yg sangat dinamik... mereka mula mengangkat Tun M sebagai hero, bukan kerana mereka ini pro Tun atau menolak kepimpinana Najib, tapi dari kaca mata mereka, Tun M seperti hampir berjaya memecahbelahkan team Pakatan Harapan...

Dari satu sudut, mungkin ada benar juga pandangan mereka... kehadiran Tun M telah menyerlahkan wajah sebenar puak pembangkang, terutama DAP yg selama ini berselindung di sebalik solidariti terhadap Anwar Ibrahim... kesediaan Lim Kit Siang bekerjasama dgn Tun M dlam Deklarasi Rakyat menjadi tanda tanya sejauh mana keikhlasan LKS dan DAP untuk bersama Anwar...

Tambahan pula, Anwar yg kini masih di Sg. Buloh sudah pun menolak sebarang kerjasama dgn Tun M, malah melalui surat yg ditulisnya, Anwar turut menyeru rakan2nya dlm pakatan agar berhati-hati dgn Tun M... dan yg terkini, DSWA mahupun Nurul Izzah langsung tidak menghadirkan diri ketika perjumpaan pemimpin pembangkan bersama Tun M di Yayasan Perdana...

Pada ketika Anwar dan DSWA menolak kerjasama dgn Tun M, tiba2 muncul Azmin yg merupakan timbalan Presiden PKR menghulurkan tangan... dari sini jelas menunjukkan sudah wujud 2 kem di dalam PKR, kem DSWA dan kem Azmin...


Berdasarkan senario ini, bukankah wujud perpecahan di kalangan kepimpinan pakatan akibat dari kehadiran Tun M, sepertimana andaian yg dibuat sebahagian ahli UMNO tadi... ye lah, mungkin ada logiknya, tapi bagi aku, alasan konon Tun M mempunyai matlamat memecahbelahkn blok pakatan tidak lebih hanya sekadar alasan penyedap hati agar reputasi Tun M tidak berakhir sebagai pengkhianat bangsa Melayu... maklum saja la, mmg sifat dan sikap orang melayu yg lembut hati, sensitif dan mudah tersentuh...

Kenapa? Sebelum kita nak menjustifikasi langkah Tun M hari ini, elok juga kita ambil kira dan berundur sedikit kebelakang, agar kita nampak apa matlamat sebenar Tun M... pembentukan parti Melayu Baru Bersatu yg kononnya berjaya memecahbelahkn kem pakatun datang kemudian... setelah gerakan PERTAMA Tun M dan konco-konconya yg mahu menekan Najib menggunakan isu 1MDB gagal...

Kemudian masuk fasa kedua, iaitu menggunakan Ghani Patail dan TSMY yg sepatutnya membawa usul undi tidak percaya di Parlimen sekitar bulan Ogos-September 2015 juga gagal... akibatnya TSMY dan Shafie digugur dari kabinet, manakala Ghani Patail ditamatkan kontrak perkhidmatan sbg Peguam Negara...

Tidak cukup setakat itu, masuk pula gelombang ketiga sekitar bulan Disember 2015, iaitu cuba menggunakan platform Perhimpunan Agong UMNO untuk membawa usul tergempar tidak percaya terhadap kepimpinan Presiden... sekali lagi mereka gagal... masuk tahun 2016, fasa ke 4 digerakkan iaitu cuba mempengaruhi mesyuarat2 Agong UMNO di peringkat cawangan untuk membawa usul menolak presiden... juga gagal, malah mengakibatkan Mukhriz hilang jawatan Menteri Besar Kedah setelah wujud desas desus konon Mukhriz menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi UMNO2 Cawangan di Kedah supaya melakukan sabotaj terhadap kepimpinan Presiden...


Tun M yg semakin buntu apabila sasarannya untuk melihat Najib tumbang sebelum masuk tahun 2016 tidak tercapai, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO... mungkin jangkaan Tun M, tindakannya itu mampu mengheret sama seramai mungkin ahli UMNO, spt yg beliau lakukan terhadap kepimpinan Pak Lah... lalu Tun M lancarkan gerakan gelombang ke-5 iaitu menggunakan platform Deklarasi Rakyat... silapnya, Tun M telah bersekongkol dgn pembangkang terutama dari DAP seperti Lim Kit Siang... besekongkol dgn DAP adalah sesuatu yg sangat sensitif bagi ahli UMNO, kerana DAP adalah musuh politik tradisi UMNO sejak dari dulu... bersekongkol dgn DAP bermakna satu penghinaan buat orang Melayu... akibatnya, sekali lagi gerakan Tun M gagal, malah lebih mengaibkan apabila Deklarasi Rakyat nya yg sepatutnya mendapatkan 1 juta tandatangan telah didapati menipu...

Dan, akibat yg lebih besar adalah apabila Majlis Tertinggi UMNO akhirnya terpaksa memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Mukhriz Mahathir... manakala DS Shafie Apdal kemudiannya telah mengumumkan untuk keluar UMNO walaupun peringkat awalnya beliau dihukum gantung keahlian...

Setelah rentetan gelombang gerakan Tun M ini, sebelum Tun M dikatakan sedang bermatlamat memecah belahkan Pakatan, terlebih dahulu Tun M dan konco-konconya cuba mengkucar kacirkan kepimpinan UMNO dan mahu Presiden berundur... objektifnya, sudah tentu mahu meletakkan barisan kepimpinan dari kem pilihannya, agar akhirnya, cita2 mahu melihat Mukhriz sebagai orang no 1 negara akan tercapai...

Namun, setelah gagal menggerakkan pelan strateginya dari dalam UMNO, maka Tun M tidak ada pilihan lain selain terpaksa melancarkan serangan dari luar, menggunakan aset jentera luar iaitu bersama dengan blok Pakatun... sudah tentu matlamat dan objektifnya tetap tidak berubah iaitu memastikan anak emasnya, Mukhriz Mahathir akhirnya bergelar Perdana Menteri...


Bagaimana pula halnya dengan blok Pakatan Harapan? Adakah kepimpinan DAP tidak sedar dan tidak nampak matlamat Tun M ini? Bagaimana pula halnya dengan Anwar? Dan bagaimana Tun M mahu menggunakan platform parti MELAYU BARU BERSATU untuk memastikan pemimpin pilihannya diangkat sbg PM seandainya pakatan mereka berjaya memenangu PRU14?

Semua ini akan menyusul dalam BAHAGIAN 2... Nantikan...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama