MUHYIDDIN URUT DADA DAN BOLEH MENARIK NAFAS LEGA, BUAT SEMENTARA WAKTU...
Seperti dijangka, mahkamah telah memutuskan untuk menangguhkan kes penceraian seorang peguam, Stanley Clement Augustin dgn isterinya, Nika Gee Siew Yee... sepatutnya tarikh pendengaran kes adalah pada 20 Jun 2016, iaitu 2 hari selepas PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar...
Kenapa kes ini menarik perhatian? Mungkin ramai yg sudah sedia maklum pendedahan yg dibuat oleh Raja Petra Kamaluddin berhubung penglibatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dgn kes ini... malah SMB juga pernah kongsikan pendedahan yg dibuat oleh RPK dalam blog ini...
Muhyiddin dikatakan menjadi punca kepada penceraian yg melibatkan peguam terkenal ini, yg juga pernah mewakili Khairuddin dan Mattias dalam kes baru2 ini... Muhyiddin menjalin hubungan sulit dgn isteri Stanley Clement, Dato' Nika Gee Siew Yee, malah dipercayai hubungan ini terjalin sejak Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian lagi...
Muhyiddin juga dikatakan pernah membantu Nika mendapatkan projek Komplek Sukan Kampung Pandan... suami Nika akhirnya dapat menghidu hubungan sulit isterinya dan memaksa beliau menfailkan kes penceraian ini di mahkamah... malah nama Muhyiddin juga turut tercatat sebagai punca yg menjadi orang ketiga yang menyebabkan penceraian ini...
Jangkaan awal Muhyiddin, Najib sepatutnya dapat ditumbangkan drpd kerusi no 1 negara sejak Julai 2015 lagi... bila itu berlaku, Muhyiddin selaku Timbalan PM akan mengambil alih jawatan tersebut, maka akan lenyaplah isu2 skandal peribadi spt ini... Tun M hanya mendiamkan hal ini apabila TSMY datang bertemunya bagi mendapatkan bantuan menjatuhkan Najib, seolah-olah Tun M tidak tahu langsung tentang hal skandal ini... ia sepatutnya menjadi alat misteri dari poket Doraemon yg hanya akan keluar apabila keadaan memerlukan...
Tun M yg ketika itu masih menaruh harapan untuk menjatuhkan Najib melalui petisyen Deklarasi Rakyat nya, bersetuju membantu TSMY kerana merasakan peranan TSMY masih diperlukan bg menjayakan Deklarasi Rakyat... maka rundingan dibuat dan sejumlah wang telah dipersetujui menjadi tukaran, iaitu RM20,000 sebulan, supaya Nika tidak mencabar tuduhan suaminya di mahkamah... manakala lagi RM5 juta dibayar di Singapura untuk mengelakkan suaminya menfailkan penceraian...
Itu ketika Tun M masih berkeyakinan dgn Deklarasi Rakyatnya... bagaimana pula dgn hari ini? Adakah Tun M akan terus bersetuju melindungi TSMY? Dalam keadaan petisyennya sedang berdepan dgn tuduhan penipuan tandatangan... Tun M sedang berusaha menggunakan pengaruhnya di dalam PDRM bg mengelakkan petisyennya menjadi kes... kerana apabila kredibiliti petisyen dicabar melalui siasatan polis maka sia-sialah usaha Deklarasi Rakyat nya itu...
Tun M mungkin masih bernasib baik kerana petisyennya itu belum sempat sampai ke tangan Agong... bermakna masih ada ruang untuk dilakukan sesuatu, termasuk menghapuskan dan melupakan tentang hal petisyen Deklarasi Rakyat... dan pada ketika ini, peranan TSMY sebenarnya sudah menjadi tidak berguna... TSMY seperti sudah menjadi liabiliti atau biawak hidup yg perlu Tun M tanggung... perlu ke?
TSMY sedar hal ini... tidak hairanlah kenapa TSMY nampak seperti sedang cuba menyembunyikan diri, tidak selantang ketika sedang beria-ia mahu menjatuhkan Najib... malah, menjelang PRK Sg. Besar dan Kuala Kangsar pun TSMY langsung tidak menunjukkan muka, baik bersama kem Tun M, jauh sekali sebagai jentera BN...
Rupa-rupanya, TSMY sedang bertungkus lumus memastikan kes penceraian Stanley Clement Augustin dgn Nika Gee Siew Yee tidak dapat dibacakan di mahkamah pada 20 Jun ini... dan, TSMY berjaya seketika bilamana mahkamah menangguhkannya... bagi meraikan kejayaannya itu, TSMY telah tampil kpd media menafikan tuduhan yg dibuat oleh RPK...
TAPI... SAMPAI BILA??? Kerana bangkai yg berbau busuk tak mungkin dapat disembunyikan untuk tempoh yg lama... satu hari, bau busuk itu akan tetap menerjah ke hidung org sekeliling...
Sumber : Raja Petra Kamaluddin
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
deklarasi rakyat
Edisi Dedah
maksiat
Muhyiddin Yassin
RPK
skandal
Tun Mahathir