MENJAWAB PERSOALAN BAGAIMANA PERKIRAAN HARGA PETROL PASARAN RUNCIT DITENTUKAN...
Baru-baru ini berbangkit semula isu berhubung peranan Petronas dalam menentukan hasil pendapatan negara dan kenapa harga pasaran petrol tidak banyak berubah sedangkan pasaran dunia menunjukkan penurunan mendadak... perkara pertama yg perlu kita tahu sebelum kita boleh membuat sebarang spekulasi adalah industri petroleum di Malaysia tetap bergantung kepada pasaran dunia, sekalipun kita merupakan pengeluar minyak mentah...
Baru-baru ini berbangkit semula isu berhubung peranan Petronas dalam menentukan hasil pendapatan negara dan kenapa harga pasaran petrol tidak banyak berubah sedangkan pasaran dunia menunjukkan penurunan mendadak... perkara pertama yg perlu kita tahu sebelum kita boleh membuat sebarang spekulasi adalah industri petroleum di Malaysia tetap bergantung kepada pasaran dunia, sekalipun kita merupakan pengeluar minyak mentah...
Walhal pada ketika itu, negara2 lain termasuk negara maju mahupun negara pengeluar minyak seperti Malaysia tidak mampu survive dan terpaksa menjual petrol pada harga lebih tinggi berbanding Malaysia... kita bertuah kerana hasil kebijaksanaan kepimpinan kita menguruskan aset2 negara, maka kita berupaya mengimbangi kenaikan harga petrol ketika itu dgn jumlah pendapatan hasil jualan minyak mentah Brent... atau dgn erti kata lainnya, kjaan tidak mengambil kesempatan ke atas rakyat Malaysia apabila masih mampu menjual petrol dgn harga yg rendah sedangkn pd ketika itu kjaan mempunyai alasan yg kukuh utk menetapkan harga yg lebih tinggi...
Senario sedikit berbeza bilamana harga pasaran dunia turun secara mendadak hingga mencecah bawah USD50 setong bg petrol... minyak mentah Brent yg dihasilkan oleh Petronas lebih rendah drpd itu iaitu sekitar USD44 setong... ini berlaku disebabkan permintaan global kpd hasil minyak telah berkurangan secara drastik, sedangkan dlm masa yg sama penghasilan minyak mentah dan hasil minyak berada pada paras statik... byk faktor yg menyumbang kpd pengurangan demand, antaranya termasuklah konflik yg melanda negara2 OPEC, disamping peranan spekulator yg mempengaruhi naik turun harga...
Di Malaysia, kejatuhan harga telah menjejaskan hasil jualan minyak mentah dan ini menyebabkan pendapatan Petronas dan negara berkurangan... kjaan tidak mungkin mengambil langkah menaikkan harga petrol secara mendadak kerana ini akan memberi persepsi yg negatif drpd rakyat... logiknya, apabila harga pasaran global jatuh maka harga pasaran petrol di Malaysia juga akan turun... tapi hakikatnya, harga petrol di Malaysia sebenarnya sudah pun rendah sejak sebelum drpd itu lagi...
Ada juga pihak yg mempertikai kenapa harga petrol masih tinggi sedangkan Petronas mempunyai akses hampir keseluruhan industri petroleum... mmg diakui Petronas juga turut terlibat dalam proses pemprosesan dan penapisan minyak mentah seperti di Terengganu dan Melaka... namun ia bukanlah bidang utama Petronas selain kebergantungan yg masih tinggi kepada Shell utk memproses minyak mentah... malah penghasilan daripada pemprosesan minyak mentah oleh Petronas masih belum cukup untuk menampung pengurangan hasil jualan minyak mentah global... untuk rekod Petronas hanya mampu memproses minyak mentah sekitar 700k tong, masih belum dapat memenuhi permintaan domestik sedangkan Arab Saudi berupaya memproses sebanyak 10 juta tong, bagi tempoh yang sama...
Diharap penjelasan ini sedikit sebanyak membantu rakyat utk memahami gambaran umum senario yg berlaku berkaitan dgn krisis pasaran minyak dunia yg tidak menentu... aku juga ingin kongsikan kaedah pengiraan yg betul, yg digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga pasaran minyak petrol di Malaysia...
KAEDAH PENGIRAAN DALAM MENENTUKAN HARGA RUNCIT PETROL DI MALAYSIA - OLEH YB KHAIRY JAMALUDDIN...
Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.
Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata “ini fakta…” Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. “Mesti Mamat ni betul.” “Logik juga dia tulis.”
Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan ‘fakta’ beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.
Baik.
Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.
Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).
Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:
– Kos operasi (9.58 sen/liter)
– Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
– Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
– ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)
Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.
Di sini ada pula yang nak menyampuk, “Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik.”
Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. “Kerajaan ale utoo” bagai.
Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.
Kita guna formula diatas.
Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.
_______________________________
Ikuti kami di :
Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks
http://suaramelayubaru.blogspot.com
http://www.twitter.com/padiyappa
KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun Youtube Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw
Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com
By MamuKarapoley