Advertisement - Contact Us

[ISU SEMASA] MESTI BACA!!! MARA Tak Bersalah... Tapi Penyangak Yang Pulun Dok 'Kaih' Masuk Poket... Siasat Dan SINGKIR Mereka... #SahabatSMB

Meluat sungguh aku bila nak menulih atau berbincang bab MARA ni... Pasaipa??? Pasai aku tau MARA sebagai sebuah entiti milik kerajaan yang telah dikorporatkan "TIDAK BERSALAH" dalam kemelut ini... Habis, siapa yang bersalah???


Sebelum aku nak panjang panjangkan cerita MARA ni, terlebih dulu aku nak kasi tabik spring, satu salute kepada Pengerusi MARA, TS Annuar Musa... kenapa? Ketepikan dulu sapa betul dan sapa salah... apa yg patut dipuji dan dihormati adalah kesediaan dan keberanian yg ditonjolkan oleh Pengerusi Mara ini untuk menyatakan kepada umum secara terbuka apa yg sedang dialami oleh Mara, walaupun setakat rekod yg dimiliki...

Dan penjelasan yang diberikan khususnya menerusi siaran RTM sangat memuaskan hati dan menjawab sebabahagian besar persoalan yg timbul... akan ada juga pihak yg tidak berpuas hati dengan penjelasan yg diberikan... itu adat... seperti mana 1MDB, selagi jawapan yg diberi tidak sama dengan kehendak mereka... mereka akan kekal tidak berpuas hati... jadi, lantak pi kat depa...


Seperti yg kita sedia maklum, TS Annuar telah menyerahkan segala dokumen berkaitan untuk disiasat oleh SPRM... malah beliau sendiri turut telah memberi kerjasama sepenuhnya sewaktu disoal oleh pihak SPRM Jumaat lalu...

Menerusi program bual bicara yg disiarkan RTM, TS Annuar turut menyatakan kesediaan untuk melantik external auditer walaupun audit dalaman masih lagi dalam proses mengaudit... GENTLE... Annuar yakin tidak ada cacat celanya dlm dokumentasi melibatkan urusniaga Mara khususnya melalui MARA Inc. yg berpengkalan di Australia...

Cuma mungkin yg menjadi persoalan dan perkara yg menjadi pertikaian adalah bagaimana sistem pengurusan dalaman dikendalikan base paper work documentation yg sudah lengkap... di sinilah yg selalu timbul masalah... seperti juga 1MDB, apabila berlaku keculasan dalam sistem pengurusan, inilah yg akhirnya akan merosakkan the whole process...


Baik... berbalik kita pada asal punca berlakunya kemelut ini... Sebuah media di Australia, The Age telah mendedahkan kononnya ada sekumpulan pegawai yang sangat kaya (menggunakan istilah Super Rich) didapati telah membeli sebuah hartanah iaitu sebuah bangunan untuk dijadikan asrama pelajar dengan harga $22.5m, kononnya melebihi harga pasaran ketika itu yang hanya pada sekitar $17.8m... urusniaga ini berlaku sekitar tahun 2013, di waktu byk pihak sedang mempersiapkan diri menghadapi PRU13...

Menurut The Age lagi, lebihan wang atau dengan istilah untung atas angin sebanyak kira2 $4.75m pada awalnya dikatakan akan digunakan untuk membeli 1 lagi hartanah Dudley House namun aset tersebut telah dibeli menggunakan dana dari British Virgin Island Shelf Company...

Inbois $4.75m tetap dikeluarkan kepada Dudley House, tetapi dana lain yg diambil untuk menjelaskan hartanah tersebut...

Maka persoalan yg ditimbulkan adalah kemana lebihan $4.75m itu pergi... dan di sini wujud spekulasi kononnya wang tersebut telah dibawa ke Malaysia untuk digunakan atas satu2 tujuan yg salah dan utk kepentingan peribadi dan kepentingan politik seseorang....


Apabila isu ini timbul maka seperti biasa akan ada pihak yg mempersalahkan dan dipersalahkan...Dan seperti biasa, bila mana masalah melibatkan GLC timbul maka Najib lah selaku Perdana Menteri Malaysia akan dipertanggungjawabkan... ada sajalah lengkok aturnya utk dijadikan sebab musabab nak salahkan Najib...

Najib selaku PM terpaksa mengambil langkah segara membuat kenyataan menafikan pembabitan beliau dalam urusniaga... menurut Najib, beliau pernah menolak cadangan kali pertama dari pihak Mara berhubung pembelian hartanah ini... 

TS Annuar akhirnya terpaksa menjelaskan kepada umum berhubung dakwaan pembabitan Najib dlm isu ini... tidak dinafikan memang pihak Mara ada mencadangkan kepada Pm untuk membeli hartanah ini dan Pm menolak cadangan tersebut... atas sebab pihak Mara berpendapat mereka perlu berusaha memiliki aset tersebut memandangkan kedudukannya yang baik dan memiliki prospek yg baik di masa hadapan, maka pihak Mara bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah memilih untuk menyediakan semula kertas cadangan yang lebih tersusun dan terperinci merangkumi nilaian aset yang detail dan daripada dana yang mana pihak Mara akan gunakan untuk membeli aset ini...

Dan di sini sedikit kemushkilan timbul... kenapa cadangan kali kedua ini tidak dibawa ke pengetahuan Najib terlebih dahulu sepertimana cadangan kali pertama tempoh hari... menurut TS Annuar, cadangan kali kedua telah dibentangkan kepada Majlis Ekonomi yang dianggotai oleh menteri menteri berkenaan dan beberpa pakar institusi kewangan...

Menurut TS Annuar lagi, berdasarkan kajian tersebut, nilai hartanah yang diumumkan oleh pihak penilai di Australia sebenarnya adalah sekitar $27m bukan $17.8m seperti yang digembar gemburkan... Mara beli hartanah tersebut dgn harga $22.5m... jadi berdasarkan penjelasan TS Annuar ini jelas menunjukkan pihak Mara telah membeli dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga nilaian semasa... ini berdasarkan dokumen cadangan yang telah diserahkan kepada pihak Sprm...

Seperkara lagi... TS Annuar turut menjawab salah anggap rakyat berhubung pembelian ini... salah satu kenapa Majlis Ekonomi bersetuju dgn cadangan ini adalah kerana ia tidak melibatkan dana Mara tetapi Mara akan membiayai melalui pinjaman pada bank antarabangsa berpengkalan di Australia...

Ini merupakan satu pelan perniagaan jangka panjang yg menguntungkan... Mara bakal memiliki aset yg mana nilainya akan sentiasa meningkat dan dalam masa yang sama dana Mara tidak terganggu...pinjaman yg dibuat oleh Mara dijelaskan menggunakan aliran tunai atau urusniaga semasa berdasarkan tempoh tertentu..

Menurut TS Annuar lagi, dari 2013 hingga sekarang Mara Inc telah berjaya mencatat lebihan atau keuntungan di atas aset di Melbourne... ada yg bertanya, mana lebihan tu? Seperti mana segelintir org bertanya di mana wang 42 bil dalam 1MDB...Perlu diingat setiap tahun syarikat perlu mengemukankan laporan kewangan menyeluruh... maka peningkatan harga nilai sesebuah aset yang masih lagi jadi hakmilik turut dikira sebagai lebihan di di dalam laporan kewangan... dan lebihan itu ada pada nilai aset tersebut... kena jual dulu pada harga semasa barulah kita boleh nampak tunai lebihan itu... berkenaan kedudukan aset itu yg turut dipertikaikan kononnya kenapa MARA perlu beli hartanah sampai ke Australia dan sebagainya? Perkara ini sebenarnya tidak timbul, walau di mana pun kedudukan sesebuah aset, selagi mana ia mampu menjana keuntungan dan memberi prospek yang baik dalam jangka masa panjang, ia tetap dikira sebagai sebuah pelaburan yang menguntungkan...



Berdasarkan apa yang telah aku jelaskan di atas, berpandukan laporan dokumen sepertimana yang dimaklumkan oleh TS Annuar, bagi aku umumnya tidak ada cacat selanya pada cadangan pembelian aset tersebut... sedikit sebanyak persoalan kecil seperti tidak dmaklumkan kepada PM perihal kertas cadangan kedua dan beberapa perkara lagi, ianya timbul setelah kemelut ini dibangkitkan... Apatah lagi pihak MARA perlu mengemukakan kertas cadangan lengkap dan BENAR kepada institusi Bank Antarabangsa untuk mendapatkan pinjaman... dengan nilai pinjaman yang besar, aku yakin pihak bank akan lebih alert dalam meneliti setiap helaian kertas cadangan beserta dokumen yang lengkap... dalam hal ini aku yakin pihak bank takkan buat sekuapang pat lima det nak luluskn pinjaman berjuta nilainya...

Tapi, masakan pokok bergoyang jika tidak ditiup angin... apabila sudah sampai ke peringkat pihak berkuasa Australia melakukan serbuan ke permis milik MARA dan merampas beberepa dokumen termasuk komputer dan CPU milik bos MARA Inc, maknanya ada sesuatu yang berlaku yang menimbulkan keraguan yang agak jelas hingga dapat dihidu oleh polis Australia... Inilah perkara yang cuba aku tekankan...

The Age menggunakan istilah "Super Rich Malaysian Official" bagi merujuk kepada beberapa bos besar MARA yang berada di Australia... Ini satu label yang berani yang diberikan oleh The Age... maknanya individu yang dirujuk mestilah betul-betul kaya sebelum layak dilabel dengan istilah ini... Media Autralia juga kemudiannya telah menamakan individu yang terlibat termasuk dari Malaysia secara terbuka... salah seorangnya adalah Erwan Azizi...


Bila disentuh hal seperti inilah menjadikan aku meluat nak tulis pasai MARA... Erwan merupakan salah seorang Director dalam Biosis  Group Berhad merupakan individu yang bertanggungjawab sebagai dealer dalam mendapatkan hartanah di Dudleys House... menariknya Biosis di pengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda, Saudara Azwan Bro... manakala bapaknya iaitu Datuk Azizi Yom merupakan pemaju yang terlibat secara langsung dengan projek Dudleys House... korang nilai la sendiri info yg aku nyatakan ni...

Jadi patut tak untuk aku rasa meluat... aku rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan MARA, sebuah entiti milik bumiputera yg aku rasakan tidak bersalah dan hanya dipergunakan oleh penyamun dan penyangak... dalam masa yang sama secara tak langsung aku seolah-olah turut membela penyangak2 ini yang tak mengaku menyamun harta milik MARA...

Dengan cara posing bergambar dengan Ferrari nya... dianggap seorang pencinta Porsche... besar mana sangat pengorbanan dan perjuangan mereka mengangkat nama UMNO dan membela nasib orang Melayu... sedangkan aku saban hari menghabiskan masa menulis tentang perjuangan UMNO, menangkis tohmahan kepada UMNO dari pelbagai sudut, menjawab pelbagai isu dan persoalan yang memburukkan UMNO... semuanya menggunakan duit poket sendiri dan masih menunggang motor kapcai cabuk...

Ada UMNO nak ambik peduli... dan aku pun tak mengharap peduli dari UMNO... malah dari 2008 hingga kini sejak mula2 aku menggunakan media blog sebagai landasan perjuangan aku, memang tidak pernah pun aku dapat apa2 dari UMNO, even sehelai t shirt(contoh)... semua aku buat kerana sayangnya aku kat UMNO...

Dan dalam masa yang sama, anak-anak haram yang dilakhnat umat ni terus-terusan merompak duit UMNO dan duit bangsa Melayu... Memang selayaknya untuk orang seperti ini direjam ke dalam neraka jahanam... MARAH??? Memang aku marah...


Seorang lagi bos dari Malaysia yang turut dikaitkan adalah Datuk Mohammad Lan Bin Allani... merupakan ADUN Sulabayan yang terletak dalam parlimen Semporna... parlimen bosnya dalam Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal... ini pun sorang lagi penyangak yang dilabel Super Rich...

Aku tak kisah sangat kalau bab kronisme asalkan selagi mana ianya orang Melayu dan beragama Islam... tapi malangya apabila, sudah la mendapat kedudukan hasil dari kronisme, bolot sampai penuh temoloq apa yang boleh, tak cukup dengan itu menipu dan meyamun pula harta rakyat... memang bangsat...

BUAT HILANG PAHALA PUASA AKU JERRR...



By Padiyappa..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama