Advertisement - Contact Us

[DEDAH] HOT!!! Mastermind Team Pro Ulama Didedah... Kenali Siapa Wira Tak Didendang Kesayangan TG Hadi Awang... #suaramelayubaru

Mungkin ramai yang tidak perasan siapa yang ligat bergerak di belakang tabir bagi memastikan team Pro Ulama berjaya menguasai hampir 98 percent dalam muktamar Pas baru-baru ini... Tanpa sumbangan dan kerja keras dari mereka, boleh dikatakan agak sukar untuk Team Pro Ulama memperoleh kejayaan memandangkan pengaruh daripada Team Pro PR yang semakin menular khususnya di peringkat akar umbi PAS...




Team Pro PR yang dikepalai oleh bekas Timbalan Presiden PAS yang kecundang, Abg Mat Sabu sememangnya sudah sedar akan gerakan yang dicetuskan oleh '6 Mastermind' ini... mereka ini sebenarnya dari awal lagi agak curiga dengan keikhlasan golongan Profesional PAS ini... namun disebabkan terpaksa mengikut arus perubahan yang cuba diserap masuk dalam PAS, apatah lagi ketika itu arus ini tampak seperti mendapat perkenan dari Presiden dan bekas Mursyidul Am, Allahyarham TGNA, mereka mendiamkan diri dan hanya bergerak secara underground...

Mereka boleh dianggap sebagai penasihat Presiden agar sentiasa berhati-hati umpama menarik rambut dalam tepung... mereka tidak mahu Presiden terlalu mengikut rentak golongan professional PAS yang terlalu kepingin untuk ke Putrajaya hingga sanggup menjadi hamba kepada rakan PR yang lain...

Gerakan mereka mulai terserlah setelah menyedari betapa golongan professional ini seolah-olah mempergunakan PAS demi mendapat kedudukan dan pengaruh dalam PR... banyak keputusan AJK tertinggi mahupun Dewan Ulama disanggah... berlaku pertentangan dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan... dan kemuncaknya apabila golongan professional dilihat tidak menyebelahi Presiden PAS tatkala Presiden dihentam dan diserang oleh rakan PR lain dari segenap penjuru...


Jom kita kenali '6 Mastermind' utama dalam Team Pro Ulama yang didedahkan  baru-baru ini...


YB Datuk Takiyuddin Hassan


Merupakan bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) berasal dari Kedah, tetapi telah dilantik sebagai majistret di Kelantan setelah tamat pengajian... Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu dan bekas ADUN Bunut Payung pada penggal yang lepas...


Beliau bakal dilantik sebagai Setiausaha Agong PAS menggantikan Mustafa Ali... beliau sepatutnya telah dilantik ke jawatan ini sebelum ini lagi namun cadangan ini ditentang oleh Team Pro PR yang mahu Mustafa dikekalkan manakala Takiyuddin dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agong PAS...


Sebagai PENOLONG SETIAUSAHA AGONG, beliau telah membuat 2 pengumuman penting, pertama, perlantikan Datuk Haron Din sebagai Mursyidul Am yang baru dan yang kedua, mengumumkan perlantikan dirinya sebagai SU Agong PAS yang baru, walaupun ia belum diputuskan secara rasmi...


Beliau juga merupakan individu penting yang bertanggungjawab membantu TGHA dalam menyediakan dan menguruskan pemfailan rang undang-undang persendirian untuk meminda akta 355 bagi membolehkan sebahagian hokum hudud dilaksanakan di Negara ini, walaupun ia belum dapat dibentangkan hingga hari ini...

YB Nasrudin Hassan

YB Nasrudin Hassan merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang sangat berpengaruhndi kalangan pemuda sebelum ianya diambil alih oleh Suhaizan Kaiat... Ahli Parlimen Temerloh ini berasal dari Besut, Terengganu sebelum dibesarkan sebagai anak FELDA di Pahang...

Bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Tartar di Mesir bakal dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat menggantikan Datuk Mahfuz Omar dan bakal berperanan sebagai jurucakap PAS yang berkesan...

Dalam satu forum 'Pasca Muktamar PAS' baru-baru ini, beliau mengungkapkan satu ungkapan menarik yang menjadi trending di kalangan perwakilan... kenyataan Nasrudin "kita masih ada siku dan lutut dalam jubbah" yang ditujukan kepada DAP telah diulang lebih 10 kali oleh perwakilan sewaktu perbahasan...


Mohd Zuhdi Marzuki

Beliau merupakan pensyarah kanan di UM dan juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP)... beliau dikatakan bakal dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Ekskutif (PPP) menggantikan Dr. Dzulkefly Ahmad...


Sebagai salah seorang AJK PAS Pusat sebelum ini, beliau mulanya sangat low profile dan tidak Nampak kecenderungannya... sehinggalah meletus isu penyebaran print screen aplikasi whatapps dari telefon bimbit beliau yang bocor...


Dalam Whatapps beliau yang tersebar, beliau dikatakan telah membuat justifikasi kenapa PAS perlu bekerjasama dengan UMNO... dan bermula daripada pendedahan ini, beliau mula menampakkan kecenderungan yang memihak team Pro Ulama dan menyerang rakan PAS golongan professional yang lain melalui penulisan beliau...


Beliau dianggap sebagai antara pakar strategi yang menyusun atur setiap gerakan samada menyerang atau bertahan dalam team Pro Ulama...



Zaharudin Mohamad

Zaharudin merupakan menantu Presiden PAS, TGHA dan juga anggota Majlis Dewan Ulama... menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad, sebuah syarikat senaraian awam di BSKL...


Mendapat didikan di Jordan dan Mesir serta pernah berkhidmat sebagai penasihat syariah kepada syarikat kewangan... Beliau dianggap antara yang bijak berbicara soal ekonomi dan kewangan dan akan mengambil alih peranan ini daripada Datuk Husam Musa dan Dr Dzulkefly Ahmad...


Seorang anak muda yang meminati motor besar dan memandu BMW, beliau bakal membawa perubahan terhadap penerimaan anak muda terhadap PAS yang lebih kontemporari...



Mokhtar Senik

Merupakan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan mengendalikan sebuah agama di Pahang iaitu Pondok An Nur di Kuantan... Beliau dianggap sebagai Jeneral utama Team Pro Ulama dan pakar dalam menyusun strategi sewaktu pertembungan dengan team Pro PR...


Malah, beliau juga dikatakan berperanan besar dalam memperkenalkan system 'Cai' yang diedarkan kepada para perwakilan sebelum pemilihan peringkat tertinggi bermula... Sistem inilah yang telah menumbangkan hampir keseluruhan calon dari team Pro PR...


Beliau juga agak aktif mengimplementasikan perjuangan melalui media social, dan turut dikaitkan dengan pengendali laman Facebook hantu, "Tuk Husin Ceroi" atau 'TUC' yang aktif menyerang dan membongkar tindak tanduk team Pro PR dalam PAS...


Pernah disiasat kononnya terlibat dengan Gerakan Al Maunah, beliau juga antara yang bertanggungjawab mengadakan demostrasi di depan Ibu Pejabat PAS menuntut kumpulan "Hawaii Five-0" yang diketuai oleh Dr. Hatta Ramli disiasat dan dikenakan tindakan... kumpulan ini dkatakan terlibat dalam satu komplot menjatuhkan TGHA...


Dalam muktamar baru-baru in, Mokhtar dikatakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan agar PAS memutuskan hubungan dengan DAP... dan isu itulah yang hingga hari ini membelenggu segala tindak tanduk susulan PAS...


Norazli Musa

Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan dewan Ulama PAS Perak... terkenal dengan gelaran Ustaz Taliban kerana menampilkan imej berjanggut panjang, persis kumpulan Taliban di Asia Barat...


Beliau bersama dengan rakan-rakan kuliahnya telah menubuhkan kumpulan yang dipanggil Geng Ustaz (GU) dan aktif mengadakan kuliah-kuliah agama di peringkat akar umbi...


Melalui kuliah-kuliah inilah, GU Berjaya menyebarkan pengaruh dan propaganda serta mensasarkan ahli peringkat bawahan agar terus setia di bawah pimpinan ulama dan menolak team perubahan Pro PR...


Terus terang aku katakan, tanpa mastermind yang bijak agak sukar untuk sesatu kumpulan bergerak bagi mencapai objektif yang disasarkan... dan Team Pro Ulama sangat bertuah kerana memiliki '6 Mastermind' yang bijak sekaligus menenggelamkan pengaruh Pro PR, walaupun mendapat sokongan kuat dari rakan Pakatan Rakyat khususnya DAP...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama