Melihat kepada perkembangan terkini berhubung isu kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang semakin dipertikai menjadikan senario politik negara sukar diramal. Dari satu sudut, kelihatan seolah-olah Najib menerima desakan hebat hingga tidak mampu lagi bertahan.
Tapi, dalam masa yang sama, semacam wujud satu per'padu'an yang kini sedang giat merapatkan barisan untuk mempertahankan Najib... mereka ini berada di belakang Najib tanpa dapat dilihat oleh pihak lain.
Jika semalam, Najib seperti menerima tali pengikat semangat apabila secara tak langsung menerima sokongan dari Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang... walaupun TGHA tidak menyatakan secara jelas, namun kenyataan yang mahu Najib diberi ruang dan mandat berasaskan proses demokrasi sudah cukup menunjukkan bahawa Tgha sendiri tidak bersetuju dengan gerakan yang mahu menjatuhkan Najib secara diktator...
Hari ini, seorang lagi pemimpin utama dalam Pas, yang juga boleh dianggap No. 1 dalam Dewan Ulama Pas iaitu Mursyidul Amnya yang baru menggantikan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din (Tghd) secara terbuka sependapat dengan Presidennya yang mahu nasib Najib ditentukan secara demokrasi.
Bayangkan, kedua-dua pemimpin utama dalam Pas, yang kedua-duanya boleh dikatakan org no 1 dalam Pas, dan kedua-duanya mewakili golongan ulama Pas, dengan berani dan lantang menyuarakan pandangan yang pro Najib yang mana pandangan tersebut jelas bertentangan dengan suara kebanyakan pemimpin dalam pembangkang yang lain. Walhal mereka boleh memilih untuk berdiam diri atau senada dengan rakan pembangkang lain, kerana itu lebih selamat jika diambil kira aspek mengekalkan kedudukan dalam parti.
Harus diingat, Pas bakal berdepan dengan pemilihan parti peringkat tertinggi... sebarang suara yang tidak popular boleh memberi kesan dalam pemilihan nanti... Namun, kedua-dua pemimpin ini tidak kisah seolah-olah mereka sudah yakin bahawa kumpulan ulama bakal memonopoli pemilihan nanti.
Dalam masa yang sama, kebanyakan pemimpin pembangkang lain, yang kini sedang ligat mengambil kesempatan ke atas isu-isu yang melanda Najib dan ke atas pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Tun M dan kalangan musuh Najib dari dalam Umno sendiri, sebenarnya sedang kepanasan melihat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Tgha dan Tghd. Harapan mereka untuk terus mempergunakan Pas nampaknya sudah sampai di penghujung.
Apatah lagi golongan Anwarinas, golongan liberalisme, puak Pasma dan kumpulan yang menolak hudud di dalam Pas termasuk Mat Sabu, Khalid, Husam dan beberapa nama lagi sememangnya sedang gusar dengan kedudukan dan masa depan mereka dalam Pas. Sudah lah matlamat sulit mereka mahu mengusai Pas sudah terbongkar, kini senario yang berlaku dalam Pas jelas sekali tidak lagi memihak mereka.
Pendekatan yang diambil oleh Najib sepanjang mentadbir negara sebenarnya lebih menjurus ke arah Islamik seperti yang dikehendaki oleh Tgha dan Tghd. Dengan menyerap masuk banyak komponen islam dalam sistem kerajaan, menaik taraf sistem syariah negara dan sistem perundangan Islam, memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia (ISM) bertujuan mengukur sejauh mana kaedah Islam sudah dipraktikkan di dalam kerajaan dan yang terkini, menyokong usul hudud yang dibentangkan memberi satu sinar yang baru kepada kepimpinan ulama dalam Pas.
Malah tidak keterlaluan jika Smb katakan, sistem yang mula diperkenalkan oleh Najib lebih ke arah membentuk negara Islam sepenuhnya berbanding apa yang dicanang oleh puak pembangkang selama ini. Jadi tidak hairanlah jika kedua-dua org no 1 Pas ini lebih yakin dengan kepimpinan Najib berbanding rakan sebantal lain dalam pembangkang.
Inilah yang merisaukan puak pembangkang. Kemenangan Wan Azizah di Permatang Pauh bukan perkara yang membanggakan mereka kerana Azizah kehilangan 7000 undi yang diyakini datang dari pengundi Pas yang pro ulama. Malah, pertambahan 2000 undi kepada Bn berkemungkinan besar disumbang oleh mereka juga. Begitu juga di Rompin, kekurangan majoriti Bn bukan disebabkan pengundi Rompin memilih Pas, tetapi lebih kepada silent protest terhadap dasar kerajaan yang memperkenalkan Gst. Mereka tidak keluar mengundi kerana yakin Bn akan tetap menang, cuma mahu kurangkan sedikit majoriti menunjukkan ada perkara yang tidak kena kepada dasar baru kerajaan.
Begitu juga halnya di dalam Umno. Memang tidak dinafikan ada gerakan 'underground' yang mahu mengambil alih pentadbiran Najib. Maklumlah... sudah ada di atas... tinggal satu dua langkah saja lagi... takkan tak teringin nak jadi no 1... walaupun sekali.
Kebetulan isu 1Mdb dan kelemahan dalam peribadi Najib (kak ros) sedang diangkat naik. Jadi bagi segelintir mereka, inilah masanya untuk menangguk di air yang keruh dan untuk mengambil kesempatan. Smb tidak berminat untuk bercakap hal ini kerana ia seperti membuka pekung sendiri.
Tapi siapa sangka, Najib menerima sokongan padu dari bukan juga calang-calang orang. Kepimpinan utama Pas nampaknya lebih cenderung menyebelahi Najib menyebabkan hasrat segelintir mereka ini sedikit terbantut. Mana tidaknya... yang menyokong adalah pemimpin yang berpengaruh dalam dunia islam di Malaysia.
Tapi apa pun, masih ada ruang dan peluang untuk mereka-mereka yang bercita-cita tinggi ini menangguhkan dulu hasrat mereka... sementara masih belum terbongkar... dan dalam masa yang sama, berharap juga agar tembelang mereka tidak lagi sampai ke telinga Najib... bukan apa... takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... kan menyesal...
Smb mendoakan segalanya berakhir dengan baik kerana perjalanan kita mahu memartabatkan agama, bangsa dan tanahair masih jauh...
Puak Pr sanggup juai nama Tgha hanya untuk kepentingan mereka... (Klik Sini)
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Haron Din
Muhyiddin Yassin
Najib Tun Razak
PAS
Perdana Menteri
TGHA
Lepas ni balaci utama DApig iaitu nijar berok akan serang Harun Din pulak...
BalasPadam