Advertisement - Contact Us

Lagi Isu Kerajaan Malaysia 'Terpaksa' Membayar Pampasan Akibat Membatalkan Projek Najib... SALAH SIAPA???

TAK KESAH JIKA PERLU BAYAR PAMPASAN RATUSAN JUTA SELEPAS USAHASAMA DENGAN SINGAPURA DALAM PROJEK HSR TERBATAL, KERANA YANG PENTING, KRONI MESTI DIUTAMAKAN...


Tarikh deadline untuk memuktamadkan keputusan berkenaan hala tuju perjanjian projek keretapi laju (HSR) Kuala Lumpur - Singapura telahpun berlalu. Dan ternyata, kerajaan Malaysia pimpinan TS Muhyiddin, samada telah gagal atau memang sengaja tidak mahu meneruskan perancangan asal untuk mengadakan usahasama dengan Singapura sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian, bagi memastikan projek HSR ini akan dapat menghubungkan antara 2 ibukota kedua-dua buah negara.

Maka dengan itu, projek HSR KL-Singapura telah terbatal dengan sendirinya dan Malaysia akan bayar gantirugi sekurang-kurangnya RM310 juta kepada Singapura.

Mengikut laporan media dan sumber dalaman, projek ini akan diganti dengan projek keretapi Kuala Lumpur-Johor Bahru dengan menggunakan teknologi ETS KL Sentral ke KLIA yang lebih perlahan berbanding keretapi 350km sejam untuk projek asal.

Kos HSR-JB juga dilaporkan antara RM63 bilion hingga RM65 bilion - iaitu tak jauh berbeza berbanding kos asal sebanyak RM60 bilion hingga RM68 billion untuk projek asal HSR KL ke Singapura.

Akibat penukaran ini, jumlah penumpang setahun juga dijangka turun dari 8.4 juta setahun ke 4.2 juta menjelang tahun 2031.

Ini akan memberi impak yang amat besar dari segi harga tiket (pengguna dari Singapura mampu membayar tambang lebih mahal) dan jumlah penumpang sehingga projek ini mengalami kerugian besar tahunan memanjang - bermakna kerajaan mungkin akan perlu membayar gantirugi setiap tahun atau bail-out operator HSR pada masa depan.


Jika ditukar ke JB sahaja dan menjadi lebih perlahan berbanding kelajuan asal sebanyak 350 km/sejam, projek ini tidak boleh bersaing lagi dengan sektor penerbangan KL ke Singapura.

Sektor penerbangan ini adalah paling sibuk dalam dunia dan HSR dijangka boleh menurunkan kos tiket, jumlah tempoh perjalanan dan juga pencemaran udara sebab tren elektrik adalah lebih efficient dan kurang mencemar.

Impian pergabungan antara dua ekonomi terbesar dan dua ibukota negara ASEAN juga tidak akan tercapai.

Projek HSR KL-JB ini hanya akan bersaing dengan projek Landasan Berkembar ETS KL-JB yang dijangka siap tahun ini. 

Akibatnya, manfaat ekonomi bagi Malaysia dari projek ini akan berkurang beberapa trillion Ringgit menjelang tahun 2050.

Tapi satu manfaat bagi kerajaan Malaysia ialah kerajaan boleh membuat segala keputusan perolehan untuk memberi kontrak kepada mana-mana pihak dengan sendirinya berbanding model JV dahulu di mana segala proses perolehan dan pemilihan vendor perlu ditimbang, dilaksanakan dan dipantau secara bersama oleh kedua-dua negara.

Alasan yang akan diberi kenapa batal dan tukar ke KL-JB dipercayai adalah Singapura tak benarkan HSR berhubung dengan KLIA. 

 

Ini tidak benar kerana rancangan asal ialah untuk HSR berakhir di Bandar Malaysia. Sebuah stesen ERL juga akan dibina di Bandar Malaysia sebab trak ERL KL Sentral-KLIA lalu berhampiran Bandar Malaysia.

Jika projek HSR tidak lagi berakhir di Bandar Malaysia seperti pada asalnya maka projek Bandar Malaysia juga tidak akan mencapai potensi pembangunannya sebanyak RM140 bilion juga.

Jika benar, keputusan kerajaan ini akan banyak merugikan negara sebanyak bertrilion-trilion Ringgit untuk tempoh 50 tahun akan datang sebab walaupun kos projek agak sama tetapi jumlah pendapatan HSR, daya penarikan pelaburan asing serta manfaat ekonomi (kerana tiada lagi cerita integrasi ASEAN) bagi Malaysia adalah jauh lebih rendah.

Jangan ambil kira pengganda ekonomi dan impak ekonomi dari projek pembinaan projek HSR.

Abaikan sahaja pelaburan asing dan pengganda ekonomi dari pelaburan asing baru ini yang tertarik dengan idea dan visi integrasi ASEAN yang menghubungkan antara dua ibukota terpenting ASEAN yang bakal menyumbang jutaan peluang pekerjaan baru bagi tahun-tahun mendatang.

(Kenapa perlu buat HQ ASEAN kat Singapura jika kos di Malaysia lebih rendah dan Singapura cuma 90 minit jauhnya dari KL?) 

Kos HSR KL-Singapura asal ialah RM60 bilion.

Kita perlu tahu bahawa projek HSR bakal mengurangkan masa perjalanan udara (termasuk masa menunggu dan masa transit dari Kuala Lumpur ke KLIA) KL-Singapura dari 3-4 jam ke 1 1/2 jam.

Dan kita perlu tahu bahawa pada separuh pertama tahun 2019 sahaja, pelancong dari Singapura telah berbelanja RM11.56 bilion di Malaysia atau anggaran RM25 bilion setahun.


Jika projek HSR mampu naikkan jumlah pelancong dari Singapura sebanyak 50% sahaja, jumlah perbelanjaan pelancong Singapura di Malaysia bakal naik RM12.5 bilion setiap tahun.

Jika 10 tahun, jumlah perbelanjaan tambahan sudah RM125 bilion.

Jika 50 tahun, tambahan RM625 bilion bakal masuk ke Malaysia.

Dengan menggantikan projek HSR KL-Singapura dengan projek HSR KL-Johor Bahru yang hampir sama kosnya, negara akan rugi manfaat bertrilion-trilion Ringgit bagi 20 tahun akan datang.

Sumber  :  FB Page Najib Razak

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama