PayHalal'Payment Gateway' Patuh SyariahDapatkan Di Sini!

Kalau Dah Muka Tak Bawa Rezeki, Jangankan Pelabur Baru, Yang Sedia Ada Pun Sudah Mulai Angkat Kaki.

MALAYSIA IBARAT NEGARA KERA SUMBANG YANG MENJADI BAHAN UMPATAN SELURUH DUNIA...



Hubungan diplomasi amat penting.

Jangan dipandang remeh.

Bukan setakat naik kapal terbang pergi oversea bersalaman dengan pemimpin luar.

Bukan atas nama sahaja macam pemimpin masa PH.

Hubungan diplomasi yang berkesan perlukan jalinan persahabatan yang mesra dan keakraban antara kedua-dua negara.

Hubungan yang baik dengan negara-negara luar membawa seribu manfaat kepada kita.

Terutamanya ketika kita menghadapi krisis ataupun masalah perdagangan misalnya.

Ingatkah lagi peristiwa MH17?

Cukuplah saya dan pasukan pengurusan krisis pada masa itu tahu.

Panggilan-panggilan yang saya buat kepada pemimpin dunia untuk membantu mengembalikan segera jenazah-jenazah rakyat Malaysia kepada keluarga tercinta, membawa pulang blackbox atau kotak hitam pesawat.


Ingatkah lagi pada masa harga sawit rendah dan kita mempunyai stok yang makin menimpal?

Saya cuba memastikan sekatan-sekatan terhadap minyak sawit kita diselesaikan dan meminta negara-negara besar seperti China membeli sawit kita.

Akhirnya, ratusan ribu pekebun-pekebun kecil kita yang menerima manfaat.

Sebagai negara membangun, Malaysia merupakan pembekal bahan mentah dan juga barangan perindustrian kepada banyak negara.

Perdagangan ini memerlukan persefahaman dan rundingan yang memelihara kepentingan negara-negara yang terlibat.

Ia bukan semudah kita login, klik-klik beli barang dari online.

Amat kompleks soal perdagangan. Tarif, cukai, sekatan-sekatan. Sudah tentu ada masalah-masalah perdagangan yang dihadapi kita.




Hanya dengan hubungan diplomasi baik maka sektor perdagangan ekonomi kita akan terus kukuh dan membangun.

Ingatkah lagi kepada keperluan kuota haji yang pada satu masa tidak mencukupi?

Atas hubungan baik dengan Raja Arab Saudi, kami berjaya mendapat puluhan ribu lagi tempat untuk jemaah haji Malaysia.

Bukan sahaja kuota tambahan, kita dapat juga kuota khas.

Kita kehilangan ini apabila PH mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Kekanda sampai hari ini masih bingung dan keliru. Tapi kita biarlah dia.

Jadi ada yang bertanya, bagaimana pula dalam Malaysia? Kebolehsaingan kita?



Lokasi strategik kita di Asia Tenggara sebenarnya amat menarik dan sentiasa diberi fokus oleh negara luar dan pelabur asing.

Mereka melihat kita sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan tinggi, berpotensi dan berkekemahiran.

Kita ini bagaikan gateway kepada Asia Tenggara dan pasaran besar Asia.

Saya percaya saudara-saudari masih ingat masa 2009-2018.

Banyak negara membangun terutamanya di rantau ini yang berlumba-lumba cuba mendapatkan pelaburan daripada syarikat-syarikat besar dunia.

Malaysia pada ketika itu di hadapan persaingan ini.

 

Saya menggunakan hubungan diplomasi sebaik-baiknya untuk mendapatkan pelaburan ini.

Saya bawa masuk pelaburan baru setiap tahun. Bagi pelabur sedia ada, saya cuba tingkatkan pelaburan mereka.

Pelaburan ini bukan jual syarikat macam PH tetapi benar-benar mereka beroperasi di Malaysia.

Pembinaan baru, pekerjaan baru, teknologi baru yang memanfaatkan rakyat Malaysia.

Alibaba, Toshiba, IBM, Schlumberger, Honeywell, dan sebagainya.

Sudah tentu, pelaburan ini bersifatkan dua hala.

Saya pastikan juga syarikat-syarikat GLC kita berpeluang besar melabur di negara luar juga untuk mendapatkan pulangan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia secara langsung.

Dalam kesusahan, Malaysia mendapat pertolongan.

Dalam kesenangan, Malaysia mendapat manfaat.

Sejak 2018, kesemua ini sudah tiada.

Menghadapi krisis, pertolongan kepada kita tidak lagi diutamakan.

Menghadapi pelabur, kita tidak lagi dipertimbangkan.

Rumah yang saya bina untuk Malaysia, kini dirobohkan.

Satu demi satu bata dan tiang rumah diturunkan.

Akhirnya, yang tinggal untuk kita, apa? 






Sumber  :  FB Page Najib Razak

 
Kalau Dah Muka Tak Bawa Rezeki, Jangankan Pelabur Baru, Yang Sedia Ada Pun Sudah Mulai Angkat Kaki. Kalau Dah Muka Tak Bawa Rezeki, Jangankan Pelabur Baru, Yang Sedia Ada Pun Sudah Mulai Angkat Kaki. Reviewed by AriffSMB on 10:39:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Latest Update

Be The First

Jadi Yang Pertama Mendapat Informasi Dari Kami


Advertisement


Dikuasakan oleh Blogger.