Advertisement - Contact Us

Kaji Dan Nilai Semula Semua Keputusan Parti Yang TS Annuar Musa Pernah Buat Selama Tempoh Menyandang Jawatan Setiausaha Agong BN.

MANA-MANA PEMIMPIN YANG KALAH DALAM PEMILIHAN TIDAK SEPATUTNYA DILANTIK SEMULA OLEH KETUA UNTUK PIKUL JAWATAN-JAWATAN EKSKLUSIF, SEPERTI SETIAUSAHA AGONG... BUKAN KERANA NAK MENUTUP PINTU PELUANG, TAPI NAK MENGELAK BERLAKU PERILAKU SABOTAJ ATAU TINDAKAN YANG MELEMAHKAN ORGANISASI...



Zahid Hamidi sepatutnya ketepikan Annuar Musa sejak dari awal lagi... cuma mungkin disebabkan Annuar Musa ini berjaya dijadikan subjek, yakni target yang paling mudah nak dipergunakan oleh Muhidin, dan barangkali oleh PAS juga, memberikan satu tekanan juga kepada Presiden UMNO untuk bertindak lebih awal...

Mungkin ramai yang tidak tahu, bagaimana Muhidin berjaya mengangkat kedudukan Annuar Musa, sehingga menjadi seolah pemimpin yang akan mewakili UMNO BN dalam apa jua rundingan yang diadakan sesama pemimpin di dalam PN mahupun rundingan2 dengan Muhidin sendiri atau wakil2 PPBM sehingga mampu membuat sesatu keputusan bagi pihak UMNO BN... sedangkan UMNO ada Presidennya yang juga merupakan Pengerusi BN...

Sejak hari pertama Muhidin jadi PM lagi, dia dah bertindak seolah mensabotaj Presiden UMNO... Zahid ketika itu telah mendapatkan penangguhan perbicaraan kes mahkamahnya untuk 1 hari, kerana beliau dimaklumkan telah dipanggil oleh Muhidin, dan dalam masa yang sama, sebagai Presiden parti, tentunya beliau tidak mahu ketinggalan dalam perbincangan atau rundingan bersama dengan Muhidin serta pimpinan PN yang lain khususnya untuk menyerahkan sendiri senarai nama MP2 dari BN yang boleh diangkat oleh Muhidin mengisi barisan kabinetnya...


Malangnya, dalam perjalanan Zahid bertemu PM, tiba2 beliau dihubungi oleh pejabat PMO menafikan ada pertemuan antara Muhidin dengan Zahid... tak semena-mena Zahid diserang kononnya cuba mengambil kesempatan untuk mengelak daripada perbicaraan kes mahkamah, dituduh cuba menipu mahkamah kerana memohon penangguhan dengan alasan perlu hadir dalam perbincangan dgn PM, sedangkan pada masa sama, PMO menafikan telah memanggil Zahid pada hari tersebut...

Apabila hal ini berlaku, maka Muhidin dan konco-konco PPBM nya menggunakan alasan masalah perbicaraan mahkamah yg Zahid sedang hadapi untuk menidakkan hak Presiden UMNO dan cuba mencari jalan untuk ketepikan Zahid dalam siri2 rundingan... mahu tidak mahu, Zahid terpaksa akur dan terpaksa mewakilkan dirinya dgn pemimpin UMNO yang lain...

Kebetulan, Annuar Musa adalah pemimpin dan juga ahli parlimen yg senior dan tidak ada masalah dengan mahkmah... ditambah dgn kedudukannya sebagai Setiausaha Agong UMNO (sehingga Mac 2020), Setiausaha Agong BN dan SU Agong MN, menjadikan dia sebagai orang yang paling layak untuk mewakili Presiden UMNO... walaupun ramai pemimpin yg tidak senang dgn hal tersebut, namun tak banyak yg boleh Zahid lakukan... mustahil Zahid boleh menyigkirkan Annuar ketika itu tanpa sebab, memandangkan ketika itu UMNO BN baru sahaja kembali menjadi kjaan semula dan baru sahaja berjaya menumbangkan kjaan DAP...

Dan inilah titik tolak pertama yang membawa kepada ketidakstabilan yang berlaku sehingga hari ini... 


Cuba kita dengar, apa yg Tok Mat Hasan dedahkan ketika menyampaikan ucapan dalam perasmian Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Rembau baru2 ini... menurut tok mat hasan, punca berlakunya pergolakan, rasa tidak puas hati di kalangan pimpinan dan ahli UMNO, sehingga membawa kepada satu bentuk pemberontakan politik yg berlaku hari ini, semuanya adalah kerana pemimpin UMNO sendiri, yang telah GAGAL berperanan seperti yang sepatutnya, dan terlalu lemah dalam setiap perundingan yg diadakan dengan Muhidin dan konco-konconya...

UMNO memilih untuk bersikap terlalu humble, rendah diri, dan hanya mahu menurut sahaja apa yg orang lain cadangkan... UMNO seperti tidak tahu nak menggunakan aset 43 kerusi yg BN ada, hanya tahu menyerahkan secara enblop, tetapi tidak tahu bagaimana nk menggunakan emblop tersebut... akhirnya, UMNO hanya dicampakkan kerusi2 kabinet bertaraf second class, malah nak cuba perjuang untuk dapatkan kerusi TPM pun UMNO tak mampu...

Kenapa boleh jadi macam ni? Adakah Zahid sebegitu lemah? Setahu aku, Zahid bukanlah calang2 pemimpin... Zahid ada ciri2 ketegasan ketika dalam rundingan, apatah lagi bilamana dibantu oleh rakan baiknya, DS Najib yg diketahui sebagai seorang yg bijaksana dan mempunyai kepakaran dalam berdiplomasi... makanya, kenapa masih boleh berlaku kelemahan dalam siri2 perundingan?

Sebenarnya, di sini Annuar Musa telah dipergunakan oleh Muhidin untuk melemahkan UMNO secara halus... samada dalam keadaan Annuar Musa sedar ataupun tidak, hakikatnya, pendekatan politik humble, politik yang terlalu merendah diri hingga seolah-olah tidak ada keyakinan diri, politik yg suka mengambil masa terlalu lama untuk bermuhasabah, semua pendekatan ini adalah sinonim dengan sikap dan ciri2 yg ada pada Annuar Musa...

Bayangkan seseorang yg membawa masuk bersama sikap dan pendekatan seperti yg aku sebut tadi, ke dalam rundingan2 dengan satu pihak yg semua sudah sedia maklum, tidak boleh dipercayai, khianat sudah menjadi makanan asasi, dan lebih malang lagi, mereka yg memang kita sudah ketahui, wujud hanya atas dasar nak menggantikan dan mengkuburkan UMNO ke dalam longkang yg paling dalam... apakah hasil rundingan yg ahli2 UMNO boleh expect? 


Dengan dipengaruhi sikap dan pendekatan seperti ini, Annuar Musa berkali-kali bertindak membuat keputusan2 drastik tanpa merujuk dengan Presiden UMNO dahulu... Muhidin dan hamzah Zainuddin berjaya mempergunakan Annuar Musa untuk over shadow hak dan kuasa Presiden UMNO, sehingga menyebabkan kelemahan2 tersebut meninggalkan kesan luka yg parah, bukan saja kepada Presiden UMNO, malah kpd parti UMNO keseluruhannya...

Kita boleh tengok bagaimana Muhidin dan segelintir pemimpin dalam PAS yang berjaya mengeksploitasi slogan2 penyatuan ummah, slogan memperkasakan Melayu Islam bagi menggambarkan seolah olah itulah yg sedang diperjuangkan oleh mereka... sehinggakan Annuar Musa boleh terpengaruh dan menghalalkan segala tindak tanduk mereka konon demi perpaduan Melayu Islam, sekalipun tindakan mereka itu terang2 berniat mahu melemahkan UMNO, dan mahu merentap turun kekuatan yg ada pada UMNO agar jatuh dan duduk setara dengan mereka...

Presiden UMNO, pimpinan UMNO lain yg tidak berjawatan dlm kjaan dan ahli2 UMNO majoritinya nampak dan sedar akan hal ini... tapi tidak ada jalan bagaimana nak membetulkannya memandangkan Annuar Musa yg sudah merasakan dirinya saja yg betul sudah dilihat berjaya meng'hijack' hak dan kuasa yg sepatutnya milik Presiden UMNO... itupun, Zahid Hamidi beberapa kali cuba memberi peluang kpd org2 seperti Annuar Musa ini agar kembali kenang asal usul diri... Zahid juga cuba menyuburkan semula komunikasi sesama kepimpinan UMNO termasuk mengadakan pertemuan serta mesyuarat yg lebih kerap di antara ahli2 MT UMNO dengam Ahli2 MP BN termasuk Annuar Musa... bukan itu saja, Zahid juga mengekalkan jawatan SU Agong BN kpd Annuar malah telah melantik seorang lg menteri dlm kjaan PN untuk menduduki jawatan Bendahari Agong BN... semua ini dilakukan dengan niat nak satukan semula seluruh kepimpinan UMNO BN dan nak memastikan tidak berlaku lagi misunderstanding sesama kepimpinan...

Namun, semua usaha ini telah gagal untuk menyedarkan semula pemimpin UMNO BN yg masih mengelamun diulit mimpi kuasa... sebab itu, presiden umno dan beberapa pimpinan UMNO lain kemudiannya telah bertindak menongkah arus termasuk dalam isu memberi sokongan kpd Anwar Ibrahim... 
 

Apabila Presiden UMNO mendapat maklumat, bahawa sudah wujud satu gerakan mahu mendominasi kuasa, melalui strategi nak melaksanakan darurat, malah turut mempergunakan menteri2 dari BN, maka ketika inilah baru kita lihat DS Zahid bersama Ds Najib memulakam gerakan bagi menghalang cita2 mereka...

Sebenarnya, apa yg dilakukan oleh DS Zahid dan DS najib hanyalah untuk mengimbangi kemaraan puak2 dari PPBM yg kini semakin ghairah dengan kuasa... DS Najib dan DS Zahid Hamidi tidaklah terlalu bodoh nak mengangkat DS Anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri secara membuta tuli, jauh sekali lah nak bersekongkol dengan DAP hanya kerana nak kembali menjadi kjaan...

Annuar Musa boleh saja melaung-laungkan slogan #NoAnwar dan #NoDAP seolah-olah parti keramat UMNO ini kemaruk sangat nak berkuasa dengan mereka... mungkin Annuar Musa tidak sedar, tidak faham, kenapa Muhidin dilihat sangat yakin dan begitu berani menidakkan dan tidak mempedulikan tekanan demi tekanan yg cuba diberikan oleh pimpinan BNBBC yg diketuai oleh DS Najib dan Ds Zahid... bg seorang yg tahu dirinya hari ini didokong hanya dengan kelebihan 1 atau 2 kerusi sebagai majoriti di parlimen, sudah tentu takut jika ditekan dan cuba akan penuhi permintaan2 terutama permintaan yg datang dari rakan2 sekutu, sebelum permintaan itu bertukar menjadi tekanan...


Tapi tidak bagi Muhidin... dia dilihat begitu yakin dan langsung tidak menunjukkan kekhuatiran malah ada ketika mengeluarkan kenyataan2 yg berbaur seperti 1 bentuk nak mencabar kepada mereka yg sedang memberi tekanan supaya menarik sokongan jika mereka benar2 berani...

Kenapa? Jawapannya mudah... kerana Muhidin sebenarnya sudah mendapat fix depositnya sendiri dan hanya menunggu masa sahaja untuk didedahkan... bukan 2 atau hanya 3, malah Muhidin juga nampaknya begitu yakin bahawa kerajaan nya tak kan boleh jatuh dan dirinya tak mungkin akan hilang kerusi PM sekalipun jika MP2 blok BNBBC diketuai Ds Najib dan zahid membuat kejutan dengan menarik semua sokongan mereka drpd kjaan PN dan muhidin...

Muhidin tidak hanya disokong secara sulit oleh blok Tun M, bUkan hanya Shafie Apdal, malah Muhidin juga dijangka akan mendapat sokongan back up dari blok DAP dan PAN...

Dan apabila hal ini berlaku, ketika itu, sekali lagi kita semua akan melihat aksi2 dan drama2 lompat melompat, tungging menungging, hisap menghisap... 

Dan juga yg pastinya, bilamana semua ini berlaku, yg akan terus kekal merana, dulu kini selamanya, adalah rakyat, yakni kita semua... nak salahkan sapa???

#NoMuhyiddin
#MuhyiddinOut 
#NoPPBM

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama