PayHalal'Payment Gateway' Patuh SyariahDapatkan Di Sini!

Cara KJ Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa UMNO BN Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu.

KJ PATUT TAHU BEZAKAN ANTARA MENYINDIR DAN MERENDAH-RENDAHKAN, WALAUPUN MUNGKIN BENDA TIDAK PERNAH DIAJAR DI UNIVERSITI OXFORD...



Jenis suka dok label, dok condemn, under estimated orang, memang cukup masalah... patut la selama ni, orang muda mudah skeptikal dan menganggap UMNO sebagai parti eksklusif...
Anak muda jadi tak seronok nak bersama dengan UMNO... mana tidaknya, mereka mula2 bersemangat nak join UMNO... Bukan semua mereka yg nak join itu kerana kepentingan diri, atau nak mengejar kedudukan... tetapi kebanyakan anak muda, memilih UMNO ketika itu kerana merasakan, UMNO yang masih berkuasa mampu menjadikan idea dan impian mereka sebagai realiti...
Tidak dinafikan, bukan semua idea dan impian anak muda itu boleh dilaksana dengan mudah, malah sebahagiannya tidak berpijak di bumi yang nyata, tetapi ia terhasil drpd cernaan minda anak muda yang bercita-cita besar dan mahu menyumbang kepada negara seupaya yang mungkin.



Dan seharusnya menjadi tanggungjawab UMNO khususnya sayap Pemuda mahupun Puteri untuk menyesuaikan diri, meraikan pandangan dan idea yang pelbagai dari anak muda ini dengan cara yang betul, dengan pendekatan yang berhemah...
Malangnya, ini semua tidak berlaku... anak2 muda yang ada pemikiran reform, di luar kotak dan mempunyai imaginasi yang melepasi batasan norma, biasanya samada mereka ini akan dipinggirkan dan langsung tidak diberi peluang, atau, bagi yg tampak berpotensi, mereka awal2 lagi akan dicantas...
Kalau dulu, aku agak kehairanan, kerana melihat pembawakan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO, dan sebelumnya Hishamuddin, kaya dengan pelbagai slogan mengiurkan, antaranya mahu 'menginklusifkan Pemuda UMNO', 'peremajaan parti' dan macam2 lagi... tapi semuanya GAGAL menarik minat penyertaan anak muda...
Waima, Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dicetuskan oleh DS Najib, sebuah idea yang hebat dan berpandangan jauh, sudah siap dirangka akan strategi gerak kerjanya, malah DS Najib juga awal2 lagi telah memberikan tanggungjawab untuk menjaya dan merealisasikan idea ini kepada KJ, kerana DS Najib yakin 2050 adalah era untuk generasi KJ dan ke bawah... tapi, ia masih gagal menarik minat anak muda, dan hanya digahkan oleh segelintir sahaja golongan muda yang barangkalinya sudahpun terpilih dan dipilih...

 

Tetapi, hari ini, faham lah aku... kenapa UMNO GAGAL... kenapa Pemuda UMNO GAGAL... fahamlah aku kenapa anak muda agak sinis apabila disebut Pemuda UMNO...
Terbukti... 'TALL, DARK & HANDSOME...' tak semestinya layak menjadi seorang pemimpin yang baik, hebat dan dihormati...

 
Cara KJ Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa UMNO BN Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu. Cara KJ Menghina Itulah Menjadi Punca Sebenar Kenapa UMNO BN Kian Ditolak Rakyat Ketika Sebelum Pru14 Lalu. Reviewed by AriffSMB on 3:40:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Latest Update

Be The First

Jadi Yang Pertama Mendapat Informasi Dari Kami


Advertisement


Advertisement



Save on your hotel - hotelscombined.com
Dikuasakan oleh Blogger.