Advertisement - Contact Us

TS Zetty Ibarat Pegar Yang Makan Padi, Dan Padi Yang Sama Kini Semakin Menghantui Dirinya...

DS NAJIB DAH SIAPKAN TEMPLATE BUAT TS ZETTY AKHTAR AZIZ KELUARKAN KENYATAAN BERHUBUNG ISU KELUARGANYA MENERIMA WANG 1MDB DARI JHO LOW...


Sangatlah memalukan dan mengaibkan bagi keluarga anak kepada Allahyarham Prof. DiRaja Ungku Aziz dan isterinya, Allahyarham Ungku Azah Aziz kerana mempunyai seorang anak perempuan, walaupun mungkin berjaya mencapai tahap tertinggi dari segi pencapaian akademik, namun mempunyai akhlak dan hati perut yang sangat busuk...

Zahir mungkin nampak baik dan lemah lembut, tapi hakikatnya, TS Zetty tetap tak ubah sama seperti lanun2 kolar putih yang lain. Bezanya cuma, keupayaan seseorang itu mampu melakukan kebobrokan, lagi tinggi kedudukan dan kuasa yang berada dalam tangannya, maka, lagi besarlah kerosakan yg akan ditinggalkan kesan dari manusia2 durjana ini, dan anda bayangkan dengan kedudukan yg ada selaku GABENOR BANK NEGARA MALAYSIA, bukan setahun, bukan 2 tahun, tapi hampir 20 tahun tempoh masanya...

Dari satu sudut, memang kebobrokan itu memang berlaku dan sudah dilakukan... tapi seperkara lagi, yg lebih sial dan lebih durjana, adalah apabila menyentuh tentang kebertanggungjawaban atas salah laku yg berlaku...
 

Hari ini telah terbongkar dokumen yg boleh mengaitkan keluarga TS Zetty, iaitu suami dan anak lelakinya yang didakwa telah menerima wang berjumlah ratusan juta dari seorang penjenayah paling dikehendaki, Jho Low, yg diyakini datang dari sumber yg berkait langsung dengan dana 1MDB... Bukan itu saja, perkara ini juga sudahpun menjadi 1 kes yang sedang didakwa di mahkamah Singapura...

Persoalan pertama yg harus ditanya, boleh kah kita meyakini bahawa TS Zetty yang ketika itu masih bergelar Gabenor BNM langsung tidak mengetahui dan langsung tidak terlibat dalam isu wang yg disalurkan dari dana 1MDB oleh Jho Low masuk ke akaun syarikat milik suami dan anak lelaki TS Zetty?

Kedua, kenapa TS Zetty di atas kapasitinya sebagai Gabenor BNM boleh mengaku yang dia langsung tidak tahu menahu perihal kemasukan dana dari kerabat Arab Saudi ke akaun milik DS Najib sedangkan wang yang sama juga, ketika mana ia dipulangkan semula oleh DS Najib ke akaun yg asal di Singapura, di atas nama sebuah syarikat yg ada kaitan dengan Jho Low, dan dari situ jugalah wang tersebut mula bertebaran ke pelbagai pihak, termasuklah sebahagiannya diterima oleh syarikat milik suami dan anak TS Zetty?


Dan ketiga, bagaimana TS Zetty yang selama ini dilihat sebagai seorang wanita hebat yg berintergriti tergamak mengeksploitasi kedudukannya, yg mana bukan saja ia telah menguntungkan TS Zetty dan keluarganya sendiri, malah dalam masa sama telah berperanan sehingga berjaya menjatuhkan sebuah kjaan yg sudah lebih 60 tahun memerintah dan juga menumbangkan hingga mengaibkan maruah seorang Perdana Menteri Malaysia... sehinggakan kita boleh lihat, dalam beberapa perkara, sesuatu yang pernah diarahkan oleh TS Zetty satu ketika dahulu, rupa-rupanya hari ini ia telah menjadi 'punch bag' yang boleh digunakan untuk menjahanamkan DS Najib...

Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa... kebenaran akan tetap muncul jua samada lambat atau ia disegerakan... mungkin kebenaran yang sudah semakin banyak terserlah hari ini berlaku agak terlewat, hanya selepas BN tumbang dan DS Najib tidak lagi berada di tampok kuasa... barangkali semua ini berlaku dengan asbab kifarah di atas dosa2 yg pernah dilakukan oleh BN satu masa dahulu ketika memerintah, dan jangan ditolak juga, yang mana semua ini berpunca daripada kifarah diri kita sendiri dan rakyat Malaysia keseluruhannya kerana tidak tahu erti bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan...

 

Dan dalam bab TS Zetty sendiri, harus diakui bahawa sepandai pandai tupai melompat, akhirnya tetap perlu memikul sendiri akibat daripada dosa yg pernah dilakukan...

DS Najib memang berhak untuk mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bagi mendesak TS Zetty supaya tidak hanya berdiam diri dengan masalah yg sedang terpalit dengan dirinya dan keluarga... DS Najib beberapa kali secara terang-terangan sudah mempersoalkan tindakan2 yang pernah diambil oleh TS Zetty, apatah lagi tindakan2 tersebut hari ini sedang digunakan oleh pihak2 tertentu dan musuh2 politik DS Najib untuk terus-terusan mahu berusaha untuk membunuh karier politiknya...


Maka, sudah tentu DS Najib berhak menuntut agar TS Zetty segera mengeluarkan kenyataan, tak kiralah samada ianya berbentuk pengakuan ataupun satu penafian, kerana sudah tentu, apa juga kenyataan yang datang dari TS Zetty akan digunakan sebaik mungkin oleh DS Najib, dalam usaha beliau untuk menyerlahkan kebenaran dan mendapatkan keadilan untuk dirinya, keluarganya dan ahli2 UMNO BN keseluruhannya...

Posting FB Page yang dibuat oleh DS Najib...

"Dah dua hari membisu. Satu Malaysia sudah tahu cerita ini.

Susah sangat ke nak keluarkan kenyataan pendek yang berbunyi:

"Najib, jangan jahat. Jangan fitnah kami akhir-akhir tahun ini. Kami sekeluarga tidak pernah menerima apa-apa dana dari Jho Low termasuk dana yang berasal dari 1MDB. Kami tidak terpalit dengan apa-apa kes jenayah di Singapura termasuk kes di bawah seksyen 370 Kanun Tatacara Jenayah Singapura berhubung dana 1MDB".

Draft saya dah buat. Copy & paste, letak nama kat bawah dan hantar kepada media sahaja..."



 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama