Advertisement - Contact Us

Selama Ni Kita Dah Merasa NIKMAT Menjadi Rakyat Dalam Negara GRED A, Lepas Ni Kita Pakat Rasa Pula AZAB Diturunkan Ke GRED B.

MALAYSIA TELAH DI'SECOND GRED'KAN, ATAU DITURUNKAN DARI RATING A, KEPADA B OLEH 'FITCH RATING'...


Malaysia bukan lagi negara dengan penarafan A setelah negara kita diturunkan penarafan oleh syarikat penarafan kredit antarabangsa hari ini.

Secara rasmi, kita taraf "B" sekarang.

Antara sebab utama ialah:

1. Krisis Covid tidak dapat dibendung akibat jumlah kes yang tinggi setiap hari sejak gelombang ketiga melanda pada bulan Oktober.

2. Kebergantungan negara kepada hasil petroliam yang dinaikkan oleh PH dulu serta pemansuhan GST pada tahun 2018 telah melemahkan daya tahan kewangan kerajaan untuk melawan krisis ekonomi Covid.

3. Kenaikan semula nisbah hutang negara kepada KDNK sejak PRU14 (setelah diturunkan BN ke 48.7% pada suku 1 2018) juga telah menjejaskan kekukuhan fiskal negara.

4. Ketidaktentuan politik negara akibat kerajaan dengan majoriti tipis.


Jangan Ikut Cara Menteri Kewayangan dan Perdana Menteri Yang Lama, Yang Suka Memilih Menyalahkan Orang Lain Daripada Nak Mengakui Kelemahan Diri Sendiri.

Ia tidak membantu bagi kerajaan membuat kenyataan bahawa ianya tidak adil atau kecewa sebab Fitch telah turunkan penarafan negara dari gred A ke B.

Dulupun, Menteri Kewayangan PH pun membuat kenyataan kecewa yang sama apabila syarikat Moody's turunkan penarafan Petronas buat kali pertama dalam sejarah apabile Gagalkrasi PH mula menjarah Petronas dan menaikkan semula kebergantungan negara pada hasil minyak.


Moody's tak kisah pun kerajaan buat kenyataan umum bahawa kita kecewa dan Petronas tetap diturunkan penarafan.
 

Penurunan gred penarafan Malaysia buat kali pertama sejak krisis ekonomi tahun 1997-1998 bawah PM4 (kita pulihkan semula kepada gred A pada tahun 2004 selepas PM4 henti jadi PM) mempunyai impak yang agak besar dari segi psikologi sebab ada bezanya antara gred A dengan gred B.

Malaysia juga antara negara pertama dalam rantau ASEAN yang diturunkan gred penarafan - bukan sekadar diturunkan unjuran sahaja seperti beberapa negara lain.

Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada pelaburan kepada negara dan menaikkan kos faedah hutang kerajaan yang akhirnya merugikan negara berpuluh bilion atau sampai ratusan bilion Ringgit jika ianya tidak diperbetulkan secepat mungkin sebab ramai pelabur atau tabung-tabung pelaburan asing dilarang oleh undang-undang mereka untuk melabur dalam negara yang bukan gred A.

Terdapat 3 syarikat penarafan antarabangsa utama dalam dunia - Moody's, Standard & Poor's dan Fitch.


Mujur bagi kita ialah Fitch bukan syarikat penarafan yang paling penting atau paling berpengaruh.

Jauh lebih berpengaruh adalah syarikat Moody's dan Standard & Poor's dan ianya jauh lagi parah bagi mereka jika satu dari kedua syarikat ini turut menurunkan gred penarafan kita juga.

Dari pengalaman saya, benda boleh bawa bincang dengan kedua-dua syarikat ini sebelum mereka keluarkan penarafan terbaru bagi kita. Mereka boleh dipujuk jika kita ada asas dan kita jelaskan rancangan dan keadaan sebenar negara pada mereka.

Jadi, kerajaan patut mula berbincang dengan Moody's dan Standard & Poor's jika kita percaya kita ada asas yang kukuh kenapa ianya tidak adil bagi penarafan kita diturunkan seperti tertulis dalam kenyataan Menteri Kewangan PN semalam.


Rundinglah secepat mungkin juga dengan syarikat Fitch agar mereka dipujuk untuk menaikkan semula penarafan bagi kita secepat mungkin.

Dua isu yang disebut dalam kenyataan Menteri Kewangan PN semalam sebagai sebab utama kenapa gred penarafan kita diturunkan ialah faktor Covid dan kestabilan politik.


Selain menyatakan kes Covid sudah tidak terkawal sejak bulan Oktober, laporan Fitch semalam juga sebut bahawa rancangan Malaysia ialah hanya 30% daripada Rakyat Malaysia akan diberi Vaksin pada akhir tahun 2021.

Jadi, kerajaan PN patut menjelaskan bahawa walaupun jumlah kes baru hari masih cecah lebih 1,000 kes (dan kita dijangka melebihi jumlah kes di China dalam masa 2 atau 3 minggu lagi) tapi trend ini agak stabil dan jumlah kes aktif Covid Malaysia sebenarnya sudah menunjuk sedikit trend menurun sejak dua minggu lepas.

Kita juga patut menjelaskan kepada mereka bahawa kita sedang berusaha dan berunding dengan banyak lagi syarikat vaksin agar 100% Rakyat Malaysia akan menerima vaksin pada tahun depan dan bukan hanya 30% sahaja.




Ianya bukan mustahil untuk dilakukan sebab saya percaya kapasiti pengeluaran vaksin dan jumlah syarikat yang ada vaksin akan melonjak naik pada suku pertama tahun depan.

PM8 dan media kerajaan juga patut berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis keyakinan pelabur seperti berikut:


Dari segi politik pula, saya perhatikan bahawa media-media asing mempunyai persepsi bahawa kerajaan PN hari ini adalah sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak stabil. 

Ini mungkin disebabkan oleh propaganda PH yang agak berjaya dan juga budaya orang barat yang lebih mengutamakan demokrasi.

Jadi, kerajaan juga patut umumkan satu tarikh atau tempoh yang tetap di mana pilihanraya umum akan diadakan agar mandat dikembalikan kepada rakyat dan satu kerajaan yang lebih stabil dapat dibentuk melalui demokrasi seperti hasrat yang dinyatakan PM8 minggu lepas.


"Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi negara berakhir."


Kebimbangan dan kritikan pelabur asing mampu diredakan apabila satu tarikh atau tempoh yang tetap diumumkan.

Sementara Kita Nak 'KALIH BALIK, BAGI KAT BN BALIK' Selepas Kita Ambil Risiko Menyerahkan Negara Ke Tangan SI TOLOL PAKATAN HARAPAN, Nampaknya Masih Banyak KEHANCURAN Yang Terpaksa Kita Telan...


Saya perhatikan rata-rata pemimpin PH sedang mengambil kesempatan penurunan penarafan Malaysia dari gred A ke B oleh Fitch untuk mengkritik kerajaan PN dan Bajet 2021.

Ianya tak salah untuk depa kritik sebab itu tugas mereka sebagai pembangkang. 

Tapi korang perlu ingat:

Selain gelombang ketiga Covid dan ketidakstabilan politik, faktor-faktor utama yang disebut Fitch semalam untuk turunkan penarafan kita termasuk defisit kerajaan yang telah meningkat semula sejak tahun 2018, nisbah hutang kerajaan kepada KDNK yang juga meningkat, kenaikan semula kebergantungan kepada hasil minyak dan pemansuhan GST.


Sebab itu, saya mahu pemimpin-pemimpin PH ingat dalam akal semasa mereka mengkritik kerajaan PN bahawa:

1. PH yang naikkan semula defisit kerajaan yang kerajaan BN masa saya PM turunkan untuk 8 tahun berturut-turut.

2. PH yang naikkan semula nisbah hutang kepada KDNK dari 48.7% pada suku-1 tahun 2018 ke 54.4% masa kerajaan PH tumbang (dan dinaikkan lagi oleh PN ke 60.7%).

3. PH yang naikkan semula kebergantungan negara kepada hasil minyak sehingga Petronas telah diturun penarafan dua kali masa PH.

4. PH juga yang mansuh GST dan menyebabkan daya kewangan kerajaan untuk melawan Covid dan membantu rakyat menjadi lemah. 


Akibatnya, ekonomi gelap yang nilainya RM300 bilion setahun terlepas dari cukai.

PH perlu ingat ini. 

Ada hati untuk bertahun-tahun lamanya tuduh Najib menjahanamkan negara dan membankrapkan negara?

Pada masa saya PM dan Menteri Kewangan, tidak pernah negara hilang penarafan gred A kita walaupun tempoh itu termasuk masa negara berdepan dengan krisis ekonomi global tahun 2008-2009 dan juga krisis harga minyak dunia tahun 2014-2016.

Ingat itu, PH.

Sumber  :  FB Page Najib Razak

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama