Advertisement - Contact Us

Sekali Saja Kita Berubah, Dengan Indonesia Pun Kita Dah Rebah, Demam Tak Kebah...

DS NAJIB TERIMA TEKANAN KETIKA BERGELAR PM JAUH LEBIH DASYAT BERBANDING SEKARANG, TAPI SATU DUNIA TIDAK MENGENDAHKANNYA DAN TERUS MENGIKHTIRAF DS NAJIB, CUMA RAKYAT MALAYSIA SAJA KETIKA ITU YANG BERJAYA DIPERBODOHKAN SEPERTI KELDAI OLEH PH...


Tesla akan ke Indonesia.

Amazon akan ke Indonesia.

Google akan ke Indonesia.

Apa yang sudah berlaku?

Kita ada banyak agensi pelaburan.


MITI ada, MIDA ada, InvestKL ada, MDEC ada.

Dahulunya saya sendiri memimpin misi perdagangan dan pelaburan.

Jumpa pemimpin luar negara dan ketua-ketua industri.

Kira-kira 80 syarikat antarabangsa dijemput ke Malaysia pada masa saya.
 

Sekaligus membuka peluang pekerjaan dan memastikan pekerja berkemahiran tinggi Malaysia sama ada kekal di sini atau yang berada di luar negara, kembali berkhidmat di tanah air kita.

Sejak 2018, kita sudah tidak dengar lagi apa-apa usaha membawa pelaburan masuk.

Yilleekkkk... Tak ada.


Yang ada hanya penghinaan kata rakyat malas.

Yang kita lihat hanya ketidakstabilan politik.

Yang dirasai hanya kelemahan dasar-dasar kerajaan dengan kesan besar terhadap ekonomi dan rakyat.

 

Pengurusan negara dan ekonomi perlukan kepimpinan.

Sayang sekali. Malaysia yang dahulunya ketika BN memimpin dilihat sebagai berpotensi dengan pertumbuhan tinggi di rantau Asia dan Asia Tenggara, kini tidak lagi dalam pertimbangan pelaburan. 


Tidak lagi dipandang.

Sayang sekali. Sayang sekali.

Oh Malaysia, ke mana kita?

Sumber asal  :  FB Page Najib Razak

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama