Advertisement - Contact Us

Akhirnya DS Najib DEDAH Rahsia Hubungan Diri Dan Keluarganya Dengan Jho Low...

JAHAT DAN JAHIL MENJADI PUNCA UTAMA KENAPA BUMI MALAYSIA AKHIRNYA JATUH KE TANGAN 'GOLONGAN RUWAIBITHOH'...


[Daripada FB Page Najib Razak.]

Semalam, ada Raykat yang tanya kenapa saya tak muat naik gambar saya dengan Jho Low di atas kapal.

Okay saya upload sekarang tapi nak tanya:

Jika Raja Arab Saudi baru beritahu kamu dia nak buat Joint-Venture antara Arab Saudi dengan Malaysia melalui syarikat milik anak dia dan anak dia jemput kamu untuk naik kapal untuk bincang, adakah kamu akan sambut jemputan itu?

Sebenarnya peristiwa ini sudah diberitahu dalam mahkamah dan juga tertulis dalam buku "billion dollar whale".

Ramai raykat yang fikir meeting atas kapal ini adalah untuk rancang bagaimana nak rompak 1MDB: Salah!

Ramai Raykat yang juga fikir gambar ini diambil diatas kapal Equanimity milik Jho Low: Salah!

(Sebelum media melapor, saya tak pernah tahu wujudnya kapa Equanimity dan tak penah naik kapal itu)


Saya pun pelik kenapa ramai percaya gambar Ogos 2009 itu adalah atas kapal Equanimity sedangkan kapal itu masa belum mula dibina dan hanya siap dan dilancar pada akhir tahun 2013:


Ramai Raykat juga hanya nampak saya dengan Jho Low dalam gambar ini tapi entah kenapa pernah nampak individu di antara kita dan tak pernah tanya siapa dia.

Individu itu adalah Putera ke-7 Raja Arab Saudi, Raja Abdullah. 

Dia putera yang paling disayang Raja Abdullah masa itu.

Putera Turki juga adalah timbalan gabenor dan seterusnya, gabenor wilayah Riyadh - iaitu wilayah terbesar Arab Saudi. 

Jika Raja Abdullah tak sayang Putera Turki, dia tak lantik Putera Turki jadi gabenor wilayah terbesar Arab Saudi yang mengandungi ibu kota Arab Saudi.


Pada bulan Julai 2009 selepas saya jadi PM, saya dijemput untuk bertemu dengan Raja Abdullah di Arab Saudi.

Di sana, meeting kita yang sepatutnya 30 minit telah dilanjutkan ke 75 minit oleh Raja Abdullah.


Baginda luahkan hasrat dia untuk memperluaskan kerjasama antara negara Arab Saudi dengan Malaysia termasuk untuk melahirkan syarikat joint-venture dalam pelbagai bidang.


Lalu Putera Turki melalui Jho Low jemput saya naik kapal pada bulan Ogos 2009 untuk bincang hasrat ayahanda dia.


Putera kesayangan Raja Saudi yang jemput.  Bukan saya cadang, jemput atau minta. 

Kapal itu bernama "Alfa Nero". Ini bukan kapal Equanimity yang disalah sangka ramai.

Di atas kapal tersebut, kita bincang tentang kerjasama ekonomi antara kedua negara kita termasuk kerjasama antara syarikat petroleum milik dia PetroSaudi dengan 1MDB.

Seminggu selepas kita bertemu, Putera Turki tulis surat rasmi di atas letterhead Diraja Arab Saudi kepada saya untuk teruskan hasrat tersebut.

Lalu, saya hantar surat tersebut kepada syarikat 1MDB untuk mereka kaji.

 

Itulah ceritanya.

Ramai tak tahu cerita sebenar ini sebab perbicaraan mahkamah kes saya tidak dilapor dengan betul oleh media perdana dan tidak dibuat siaran langsung secara live semasa PH bermaharajalela.



NOTA: Kita tak rugi wang dalam kerjasama 1MDB dengan PetroSaudi sebab segala pelaburan kita itu telah dibeli dan dijamin oleh syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi beberapa tahun kemudian.

Itu adalah jaminan rasmi bertulis tetapi selepas PRU14, kerajaan PH tak teruskan untuk tuntut jaminan tersebut dari kerajaan Abu Dhabi.


Sumber  :  FB Page Najib Razak

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama