8 Tonggak Yang Telah Berjaya DIJAHANAMKAN Oleh Pakatan Harapan, Tapi Ini Semua TIDAK PENTING...

KERANA YANG PALING PENTING DAN WAJIB DIPERBAHASKAN DALAM PARLIMEN ADALAH MASALAH TUNJUK ISYARAT LUCAH...


Pada tahun 2006, kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN.

1. Singapura : 17%
2. Malaysia : 28%
3. Vietnam : 28%
4. Thailand : 30%
5. Indonesia : 30%

Kadar cukai korporat USA lagi tinggi, iaitu 35%.

Tahun 2020 ini, kadar cukai korporat Malaysia menjadi paling tinggi. Malah, USA menjadi lebih rendah berbanding kita.

1. Singapura : 17%
2. Vietnam : 20%
3. Thailand : 20%
4. USA (bukan ASEAN) 
5. Indonesia : 22%
6. Malaysia : 24%

Apabila pelabur pilih negara untuk melabur, mereka akan pertimbangkan:

1) saiz pasaran domestik
2) kos tenaga kerja mahir yang murah
3) halatuju negara
4) infrastruktur negara
5) kestabilan politik negara 
6) Sistem perundangan yang adil dan telus
7) kadar cukai korporat.
8) 😎 Kecekapan pentadbiran
 

Akibat PRU14, PH telah menjahanamkan [3) halatuju negara] apabila menggantikan Pelan Transformasi Negara yang begitu teratur dan komprehensif kepada pelan Wawasan Kekayaan Bersama 2030 (WBK2030) yang entah siapa tahu apa bendanya.

PH telah bantutkan [4) infrastruktur negara] apabila mereka batalkan atau perlambatkan rata-rata projek infrastruktur seperti projek saluran petroleum,  LRT3, HSR, MRT2, MRT3, RTS, ECRL, Melaka Gateway, dan Pan Borneo Highway.

Akibat hasutan berdasar kebencian terhadap peribadi dan perkauman, janji-janji manifesto bukan kitab suci, fitnah dan sebagainya PH juga telah hancurkan [5) kestabilan politik negara] hari ini.


PH telah menjahanamkan [6) Sistem perundangan] yang adil dan telus apabila mereka ganti hampir kesemua jawatan-jawatan penting institusi negara seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Pendakwaraya, ketua SPRM dengan orang-orang mereka supaya sistem perundangan negara digunakan untuk menyeksa dan mengenakan lawan politik mereka.

PH telah menghalang rancangan kerajaan BN dahulu untuk terus mengurangkan [7) kadar cukai korporat] Malaysia kepada 20% supaya kita masih kompetitif dengan negara-negara jiran apabila PH mansuhkan GST dan naikkan semula kebergantungan negara kepada hasil petroleum pada ketika harga minyak dunia turun.
 

"GST adalah lebih saksama dan progresif. Semakin banyak yang anda gunakan, semakin banyak yang anda bayar. Kerana GST, kami dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi," kata Perdana Menteri.


Akhirnya, PH rosakkan [8)kecekapan pentadbiran] dengan melantik para-para akauntan gagal, mat tak lepas kursus kulinari, pelawak yang tidur tepi jalan, mereka yang tipu sijil, pemfitnah yang terus menipu rakyat untuk menjadi menteri-menteri manakala PM pula adalah seorang yang kaki cari gaduh merata dunia dengan idea yang ketinggalan zaman 20 tahun.


Hatta, masa depan negara kita agak malar pada masa kini jika kesemua ini tidak diperbetulkan sebab faktor [1) saiz pasaran domestik] adalah di luar kawalan kerajaan.

Untuk faktor [2) Kos tenaga kerja mahir] yang rendah, adakah Rakyat Malaysia sanggup terus ikat perut untuk menerima gaji yang rendah dan jangan iri hati orang kaya seperti sering disaran Tun Mahathir?

Antara 8 faktor utama untuk tarik pelaburan, PH sudah hancurkan 6.

(Kadar cukai korporat dan faktor-faktor pelaburan yang saya sebut di atas adalah antara sebab saya kurang sokong cukai durian runtuh bagi sektor sarung tangan. Saya akan jelaskan secara lebih mendalam dalam posting nanti).


Sumber  :  FB Page Najib Razak

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama