MUSA AMAN SEBENARNYA PROKSI PPBM YANG NAK MELENYAPKAN UMNO DI SABAH...
Nak lagi ke UMNO ni, nak kerjasama apatah lagi nak terima PPBM sebagai rakan kolaborasi dalam kita nak menuju ke arah Pilihanraya Umum ke 15??? UMNO dimainkan betul2 atas dahi oleh PPBM...
Apa yang berlaku di Sabah sepatutnya menjadi ikhtibar penting kepada kepimpinan UMNO... dan benda yg sama tentunya boleh berlaku di Semenanjung jika UMNO masih mahu bermain-main, mengacah-acah di muka pintu sarang bewak...
Apabila meletup isu konon akan berlaku peralihan kuasa di Sabah, maka seluruh mata tertumpu ke sana... nama Musa Aman dijaja sebagai calon Ketua Menteri Sabah selepas beliau mengakui sudah mempunyai cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan bagi menggantikan DS Shafie Apdal dan kjaan Warisan menerusi satu sidang media...
Daripada berita tersebut, apakah first impression rakyat? Tentunyalah rakyat akan menuduh bahawa UMNO lah yang sedang ligat mencatur politik untuk merampas kuasa di Sabah... sebabnya, nama Musa Aman itu sendiri yg telah ditonjolkan sebagai calon KM begitu sinonim dengan UMNO dan masih menyandang jawatan sebagai ADUN Sungai Sibuga mewakili UMNO BN...
Namun ramai yang tidak tahu, Musa Aman yg dinamakan sebagai calon KM itu sebenarnya mewakili SATU-SATUNYA KERUSI MILIK UMNO yang masih tinggal di Sabah... manakala lain2 ADUN yg menang atas tiket BN dari UMNO dalam PRU14 yang lalu, semuanya sudah lari meninggalkan UMNO dan Musa Aman... mungkin disebabkan Musa Aman berdepan banyak pertuduhan di mahkamah telah mengekang kakinya daripada turut melompat keluar meninggalkan UMNO...
Untuk rekod, dalam PRU14, UMNO menang 29 kerusi DUN di Sabah... majoriti mudah dalam DUN Sabah adalah sebanyak 30 + 1 kerusi... Musa boleh mengangkat sumpah sbg KM pada awalnya selepas mendapat sokongan 2 kerusi dari STAR menjadikannya mendapat majoriti 31 kerusi... namun, selepas drpd itu, 6 ADUN UMNO telah melompat keluar dan memberikan sokongan kpd Warisan, sekaligus menyebabkan kjaan Musa Aman runtuh dan membolehkan Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yg baru...
Beberapa lagi ADUN UMNO selepas itu telah menyusul keluar dari UMNO dan menyertai Warisan...
Kemudian berlaku gelombang kedua keluarnya ADUN2 dan pimpinan dari UMNO, tetapi memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas... mereka TIDAK menyertai Warisan, tetapi telah memujuk Tun M supaya membenarkan parti PPBM bertapak di Sabah... akhirnya Tun M bersetuju dan kumpulan ini telah menubuhkan bahagian2 PPBM di seluruh Sabah...
Kumpulan kedua ini rata-ratanya merupakan orang2 Musa Aman, termasuklah anak Musa Aman sendiri yg merupakan ahli parlimen di Sabah... maka tinggal lah Musa Aman seorang diri yg menjadi wakil tunggal UMNO dalam DUN Sabah...
Apabila berlaku peralihan kuasa di peringkat persekutuan, PPBM telah keluar daripada PH dan bekerjasama dengan UMNO, PAS, GPS dll bagi membentuk kjaan persekutuan atas nama Perikatan Nasional... di Sabah, kumpulan katak kedua yg berada dalam PPBM telah menuruti politik di peringkat persekutuan dan memilih untuk kembali bekerjasama dengan boss lama mereka, Musa Aman...
Adakah Hamzah atau TSMY tidak tahu yg Musa Aman masih lagi ADUN dari UMNO??? Kenapa usaha mereka ini tidak langsung melibatkan pimpinan UMNO Sabah yang lain, khususnya DS Bung Mokhtar Raden selaku Pengerusi UMNO Sabah?
Dan apabila usaha mereka GAGAL, TYT memilih untuk terima permintaan DS Shafie Apdal agar Dewan DUN dibubarkan, tidakkah semua ini telah memberi imej yg buruk kepada UMNO?
Adakah mereka ini memang berhajat nak membunuh sepenuhnya politik UMNO di Sabah, supaya semua ahli di sana mengikut mereka menyertai PPBM???
#AriffSMB
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Dr. Asyraf Wajdi
DS Husni Hanazlah
DS Mat Hassan
Musa Aman
Pimpinan
PPBM
Sabah
Shafie Apdal
UMNO