Advertisement - Contact Us

Tiada Kompromi Kepada Penghina Teras Negara... INI BUKAN ERA PAKATAN HAPRAK!!!

MENGHINA JATA NEGARA: TIADA MAAF BAGIMU!


1. Kami membaca kenyataan *Pengarah dan Pengasas Syarikat Penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin* yang dilaporkan Malaysiakini pagi ini bahawa pihaknya tiada niat untuk menghina lambang negara Jata Negara. Kata beliau, *_“walaupun kami tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf”._*

2. Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ini bukan soal *_“sesiapa rasa kurang senang”._* Malah tidak semudah itu lafaz maaf boleh diterima setelah penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara diperlakukan sebegitu rupa.


3. Harus dingat martabat dan maruah negara tidak sesekali boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya. Bahkan undang-undang jelas memperuntukkan *Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2016*, yang mengenakan hukuman penjara sehingga *tiga tahun* dan denda sehingga *RM 20,000*  bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

4. Prinsip Undang-undang ada menyebut *_‘Ignorantia Juris Non Excusat’ (Ignorance of the Law is No Excuse)_* bermaksud kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan.


5. Justeru, Pemuda UMNO Malaysia tetap berpendirian bahawa *tindakan tegas* harus diambil kepada pihak yang didapati bersalah melakukan penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara termasuklah Jata Negara!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_

30 Jun 2020

*Catatan asal*

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama