Advertisement - Contact Us

[DEDAH] PANAS!!! DS Najib Jawab Tuduhan Kononnya Kegagalan Malaysia Meneruskan Projek Jambatan Bengkok Kerana Kita Takut Kepada Singapura... #SahabatSMB

Tuduhan mengenai ‘Jambatan bengkok’ – Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan di atas tanah kita sendiri tanpa kelulusan daripada Singapura



  • Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesahihan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC telah menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB.
  • Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan itu tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani. Mana-mana jambatan sedemikian, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran nyata daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa.


  • Kita telah meningkatkan hubungan dengan negara jiran selatan itu ke satu tahap di mana kami kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara. Untuk meningkatkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kami kini membina keretapi berkelajuan tinggi dan malah, mencetuskan idea jambatan persahabatan yang tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa dan melihat kami membina sebuah jambatan yang dimahukan oleh kedua-dua negara.

Sumber  : NajibRazakdotcom

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama