[BONGKAR] PANAS!!! Tun M Boleh Beri Status Kewarganegaraan Kepada Pendatang Asing, Jika Mahu Kurangkan Segera Jumlah Buruh Asing... Alaaa, Macam 'PROJEK IC' Ciptaan Tun M Dulu Tu... #SahabatSMB

BERI KEWARGANEGARAAN KEPADA BURUH ASING, SATU CARA PALING MUDAH JIKA TUN M MAHU KURANGKAN 5 JUTA BURUH ASING.


Haa... ini baru nak citer auta... auta Tun Mahathir... kalau ikut auta Tun M, dia nak kurangkan kebergantungan buruh asing daripada 7 juta sekarang ni, kepada hanya 2 juta [1]...

Cita2 yang mulia... sembang budak tumbuh gigi atas dulu...

Sembang Tun M memang ada logiknya... dan mmg boleh dilaksana... cuma, kalau mahu pelaksanaannya tanpa menjejaskan ekonomi negara secara ketara, ia perlu dilaksana secara berperingkat, tidak boleh pengurangan dilakukan secara sekaligus... dan untuk makluman Tun M, kerajaan pimpinan DS Najib memang sudah ke arah pengurangan kebergantungan tenaga buruh asing...


Tapi, kalau maksud Tun M, ia mesti dilakukan secara drastik, bermakna, ia hanya boleh dilaksana dengan 3 cara, serta 3 implikasi yang berbeza, iaitu :

1) Menamatkan kontrak buruh asing dan menggantikan kekosongan tersebut dengan pekerja tempatan... logik nampak seperti satu cadangan yg bernas, namun realitinya? 

Tun M mahu kurangkan sebanyak 5 juta buruh asing, sedangkan jumlah tenaga tempatan yg termasuk dalam kategori penganggur hanya sekitar 515, 000 orang... bermakna 4.5 juta kekosongan yg tidak dapat diisi oleh tenaga tempatan... dengan kekosongan yg sebegitu besar, tidakkah ia akan memberi kesan kepada sektor2 dan industri2 yg terlibat?

Itu belum lagi mengambil kira kesanggupan tenaga tempatan mengambil tempat buruh asing yg mana kebanyakannya terlibat dalam bidang tugas 3D (Dirty, Dangerous, Dificult) [2]...


2) Atau sepertimana yg disebut oleh Tun M sendiri yakni untuk menghentikan/meminimakan kebergantungan kerajaan kepada hasil pendapatan daripada sumber2 yg datang dari sektor atau industri yg menggunakan buruh asing yg ramai... antara sektor yg menggunakan buruh asing termasuklah perladangan, perkilangan, pertanian, sektor perkhidmatan dan lain2 [4]...

Sebenarnya, segala yg Tun M sebutkan ini sudahpun berada dalam perancangan kerajaan, malah ia sudah dilaksanakan secara berperingkat dan sistematik... antara pendekatan kjaan adalah melalui pemodenan sektor2 tertentu... contohnya dalam pertanian yang kini sedang mengorak langkah ke arah pertanian moden, menggunakan pelbagai kaedah dan teknologi moden yang mana ia akan dapat meminimakan kos termasuk penggunaan tenaga buruh, dan pada masa sama dapat memaksimakan hasil yg akan diperolehi... begitu juga dalam sektor perladangan mahupun pengilangan/pembuatan.... namun ini semua memerlukan masa agar objektif dapat dicapai tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara...


3) Atau cara yg ketiga, juga ada disebut oleh Tun M ketika menyampaikan ucapan dasar Mesyuarat Agung PPBM Kali Pertama, iaitu memberikan kewarganegaraan... ya, ini memang cara yang mudah dan cepat untuk kurangkan jumlah 5 juta buruh asing, tanpa perlu menjejaskan mana2 industri dan ekonomi negara juga akan kekal tumbuh seperti yang disasarkan... 

5 juta buruh asing yg sekarang sedang bekerja di dalam pelbagai sektor seluruh negara akan diberikan status kewrganegaraan oleh Tun M... maka mereka tidak lagi akan dikira sebagai buruh asing kerana sudah menjadi sebahagian daripada warganegara Malaysia [5]...

Dan anda sebagai rakyat Malaysia yg sah, adakah anda bersetuju dengan cara ini? Bersediakah anda untuk menerima lambakan warga asing, menjadi sebahagian warganegara Malaysia, sekaligus menikmati pelbagai kelebihan sepertimana yang anda nikmati sekarang?

Tidak perlu marah atau terkejut, kerana hal seperti ini bukanlah sesuatu yg janggal bagi Tun Mahathir... 'Projek IC' yg pernah berlaku di Sabah mungkin boleh dijadikan panduan bagi Tun M, jika benar Tun M mahu laksana perkara yang sama di semenanjung pula [3]...

Rujukan...






#SahabatSMB

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama