Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Isu RM2.6 Bil Belum Cukup Kuat Tumbangkan Najib... Serangan Persepsi Dianggap GAGAL Jika Menelan Masa Terlalu Lama... #SahabatSMB

POLITIK SABOTAJ MELALUI MANIPULASI FAKTA BERKENAAN ARAH ALIRAN WANG DARI ENTITI BERKAITAN 1MDB


Entiti Pertama: Tanore Finance Corporation

■ Tanore Finance Corporation merupakan syarikat yang menyalurkan wang derma, sumbangan anak arwah Raja Abdullah Raja Arab Saudi kepada DS Najib menerusi Falcon Bank di Singapura ke akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala Lumpur. Sejumlah AS$681 juta wang dimasukkan ke  akaun DS Najib pada awal Mac 2013.

■ Portal Sarawak Report yang memetik laporan akhbar WSJ sekali lagi mendakwa AS$650 juta (RM2 bilion) dipindahkan dari akaun peribadi DS Najib di AmPrivate Bank Kuala Lumpur ke akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Bank Singapura pada hari akaun di AmPrivate Bank ditutup 30 Ogos 2013.


■ Provokasi terhadap DS Najib tercetus apabila siaran akhbar WSJ pada 2hb Julai 2015 mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

■ Ekoran dari laporan WSJ itu, pada 5hb Julai 2015 DS Najib mengumumkan akan memfailkan saman FITNAH terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan WSJ yang mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion.

■ DS Najib menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

■ Peguam DS Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun telah menulis kepada Peguam Kanan WSJ iaitu Philip Jeyaretnam, untuk bertanya sama ada akhbar yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) itu akan menggunakan SPEECH ACT jika pihak DS Najib mengeluarkan saman terhadap WSJ.


■ Kerana Akta SPEECH akan melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah dari pihak luar negara itu.


■ Telahan dan sangkaan pihak peguam DS Najib adalah tepat, di mana pihak peguam WSJ akan tetap menggunakan AKTA SPEECH jika DS Najib menyaman akhbar mereka.

■ AKTA SPEECH telah diluluskan oleh, bekas Presiden AS Barrack Obama pada kongres 2010 bagi melindungi penulis, ahli akademik, dan wartawan negara AS dari dikenakan tindakan undang2 daripada negara lain.

(IKLAN)

  agoda.com INT

■ Akta SPEECH (Ikatan Perlindungan terhadap Warisan Perlembagaan Kukuh dan Berpanjangan) di Amerika menyatakan sabitan memfitnah yang dikeluarkan dari negara lain
tidak boleh dikuatkuasakan di Amerika Syarikat, kecuali jika ia konsisten dengan undang2 Amerika Syarikat.

'Speech Act was signed into law by Ex-President Barack Obama on August 10, 2010 at the 111th United States Congress 
Speech Act ( Securing the Protection of our Enduring and Established Constitutional Heritage Act) 
The Act amends Part VI of title 28, United States Code, by adding a new section 181 titled "Foreign Judgments". 
The legislation as signed contains findings that overseas libel claims have a chilling effect on free speech, matters of "serious public interest", and investigative journalism, and that internationally, little has been done about this. 
The laws implemented are that: 
Article no. 1 - no. 6 '


■ Rentetan daripada tuduhan dan dakwaan siaran berita akhbar WSJ berkenaan wang RM2.6 bilion yang dijadikan isu oleh pihak parti pembangkang terutama dari YB  Rafizi Ramli, YB Tony Pua dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, telah memaksa satu siri siasatan secara menyeluruh dijalankan bagi melihat kebenaran fakta kes wang RM2.6 bilion ini.

■ Di sebalik arahan siasatan menyeluruh itu, rupa-rupanya sudah wujud satu pasukan task force secara 'underground' yang dianggotai oleh beberapa individu yang berprofail tinggi serta pegawai2 terpilih dari beberapa agensi. sudah ada usaha dari pihak tertentu untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat dengan tujuan untuk menyerang kredibiliti kerajaan.



■ Kewujudan pasukan task force underground ini benar2 mengancam kerajaan. Lebih berbahaya kerana mereka dianggotai oleh individu2 penting yang sentiasa berada dalam ruang circle kerajaan. Langkah mereka juga sudah hampir ke kemuncak, tinggal lagi, mereka tidak mendapat izin Allah, menyebabkan akhirnya seorang demi seorang daripada mereka tersungkur.

■ Bermula dengan tindakan ke atas Tan Sri Ghani Patail yang ditamatkan kontrak perkhidmatan sebagai Peguam Negara bilamana niat jahat beliau mahu mendakwa PM sedangkan ketika itu siasatan masih lagi dijalankan. Ini terbukti setelah draf pendakwaan milik Ghani ke atas Perdana Menteri, didedahkan.



■ Diikuti dengan beberapa tindakan susulan lain termasuk pengguguran jawatan Timbalan PM dan Menteri yg dikenakan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Kewujudan pasukan task force underground ini pernah diakui sendiri oleh Datuk Abd Rahman Dahlan yang merupakan Pengarah Strategik BN.



■ Beberapa siri serbuan juga kemudiannya telah dilakukan oleh pasukan petugas khas yang dibentuk dari gabungan pihak SPRM, PDRM dan BNM, setelah mendapat mandat dari parlimen. Berbeza dengan pasukan task force underground yg wujud tanpa pengetahuan pihak berwajib.

■ Pada 3hb Ogos 2015 SPRM telah mengumumkan kepada media, bahawa hasil siasatan SPRM mendapati dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu.


■ Dalam dokumen itu ada dijelaskan SUMBANGAN RM2.6 bilion adalah sebagai DERMA. Sumbangan derma RM2.6 billion itu TIADA KAITAN langsung dengan 1MDB.




■ Sidang media yang diadakan pada 26hb Januari 2016 di Putrajaya, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada apa2 kesalahan jenayah dilakukan DS Najib berkaitan siasatan kes dana RM2.6 bilion yang didakwa didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.

■ Dalam siri siasatan pihak SPRM, mereka telah bertemu dan merakam percakapan saksi2 termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada PM secara peribadi.

■ Amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat DiRaja Arab Saudi pada 2013. Daripada jumlah itu sebanyak RM2.03 bilion telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama. Tiada syarat dikenakan oleh penderma kepada DS Najib, ia dibuat atas dasar kepercayaan dan kepimpinan DS Najib berhubung isu2 utama.


■ Ketiga2 kertas siasatan berhubung 2 kes berkenaan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.


■ Pada 13hb Mac 2016, Setiausaha Akhbar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia DS Tengku Sariffudin melaporkan, buat pertama kalinya, Wall Street Journal (WSJ) terpaksa mengakui bahawa dana yang disalurkan kepada DS Najib adalah dari Arab Saudi.


■ Hampir setahun WSJ menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Arab Saudi. Permainan persepsi dan prejudis dari akhbar WSJ menyebabkan DS Najib, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia menjadi mangsa keadaan.

■ Namun, hasil kerja keras semua pihak termasuklah peguam negara TS Apandi Ali yang terpaksa melakukan penyiasatan menyeluruh ke atas bukti2 termasuklah bukti pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga DiRaja Arab Saudi akhirnya memihak kepada Y.A.B Perdana Menteri, bahawa dana tersebut adalah bersumberkan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.




■ Terdapat juga akhbar2 dari beberapa negara melaporkan yang wang RM2.6 bilion tersebut adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah bukannya wang dari 1MDB. Di antara akhbar2 tersebut adalah;

(IKLAN)



1. 21hb Januari 2016 British Broadcasting Corporation telah mengesahkan duit itu adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Saudi.

"The secretive donation to Mr Najib was allegedly paid over in several wire transfers between late March 2013 and early April 2013, just ahead of the election on 5 May. 
The well-placed Saudi source, who has asked not to be named, told the BBC the payment was authorised from the very top - from Saudi Arabia's late King Abdullah - with funds coming from both his personal finances and state funds".


2. 29hb Mac 2016 ABC Four Corners telah pun sahkan duit RM2.6b adalah derma dari Keluarga DiRaja Arab Saudi.


3. State media - Channel NewsAsia.

"Saudi minister says donation to Malaysia's Najib was genuine".



Sumber  : Rozmi Mokhtar

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama