MOHON PIHAK POLIS AMBIL PERHATIAN DENGAN DAKWAAN2 SEPERTI INI...
Samada nak tunjuk terer, atau sebenarnya nak tunjuk sengal... banyak lagi cara kalau nak cari publisiti murahan atau nak mendapat perhatian umum secara pantas... tapi jangan lah terlalu kemaruk sampai sanggup mengambil tindakan yg boleh menyusahkan diri sendiri dan ahli keluarga...
Seeloknya kita tahu batas apabila berkomunikasi di dalam laman sosial, perlu tahu etika dan adab sebelum melontarkan sesuatu pendapat, dan yg paling penting, mesti juga tahu risiko yg mungkin terpaksa kita hadapi akibat daripada kenyataan yg kita keluarkan... jangan main bedal je, dan jangan ingat orang lain tidak sensitif dgn kenyataan yg datang drpd kita...
Tindakan anak muda yg menggunakan akaun FB Fakhrulradzi bagi aku boleh dianggap satu tindakan bodoh yg datang dari seorang yg mempunyai pemikiran yg tidak matang... bebas bersuara tidak bermakna bebas menuduh, dan tidak juga bebas menfitnah... tambahan pula, dakwaan yg dikeluarkan oleh FakhrulRadzi ini melibatkan pemimpin no. 1 negara, yg juga Perdana Menteri Malaysia...
(IKLAN)
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan anak muda ini, termasuklah tentang hubungannya, yg kononnya merupakan rakan kepada anak Sirul... malah jika benar anak Sirul turut terlibat dalam penyebaran maklumat tidak betul, maka pihak berkuasa perlu memandang serius hal seperti ini...
Selain itu, anak muda ini turut mengaku kononnya mengetahui perkara sebenar yg berlaku dalam kejadian pembunuhan kontroversi model Myanmar, Altantunya Sharibou... pengakuannya seolah-olah menggambarkan bahawa ada perkara yg telah diceritakan kpd dirinya oleh anak suspek utama kes, Koperal Sirul Azhar...
Anak muda ini mungkin tidak tahu tentang sistem perundangan Malaysia... sidang media bukanlah saluran yg tepat untuk menyalurkan maklumat tentang sesatu kes, apatah lagi jika ia melibatkan kes yg berprofail tinggi... Fakhrulradzi sepatutnya menghubungi pihak berkuasa polis, buat laporan secara rasmi dan serahkan semua bukti jika ada... malah Fakhrulradzi juga berhak hadir ke balai polis bersama dengan teman mahupun peguam yg dilantik...
Tapi apakan daya... kerana pulut santan binasa, kerana mulut mungkin badan pun boleh binasa... aku yakin pihak MalaysiaKini juga tentunya sudah menghubungi anak muda ini untuk mendapatkan pengesahan lanjut... dan sekiranya ada asas dakwaan, sewajarnya pihak polis juga boleh membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seperti ini...