SEDANGKAN LIM GUAN ENG PUN MEMPERSOAL KERJASAMA AMBIGA-TUN M... MEMANG SAH, 'BARISAN RAKYAT' IDAMAN MUKHRIZ HANYA RETORIK YANG MUSTAHIL BOLEH DILAKSANA...
Tun M dan LKS boleh duduk sebaris baru2 ini... seolah-olah seperti tidak pernah ada apa2 krisis di antara mereka berdua... tetapi rupa-rupanya di sebalik hubingan yg nampak seperti baik itu, tetap timbul rasa curiga yg sangat menebal di dalam hati pemimpin pembangkang... bukan saja curiga, tetapi dendam yg tidak mungkin akan padam terhadap Tun M di atas kezaliman dan penganiyà an yg pernah beliau lakukan sepanjang hayat beliau...
'Guan Eng Persoal Kerjasama Ambiga Dan Mahathir'
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa aktivis sosial itu bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Anda bekerja dengan Mahathir. Kenapa awak melakukannya? Adakah anda mengampuni beliau di atas apa yang telah dilakukannya (terhadap negara ini)?" soal Guan Eng dalam satu sesi pada Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2016 di sini, Khamis.
Dalam satu langkah yang dianggap sebagai "pernah berlaku sebelum ini" oleh Ambiga memandangkan beliau merupakan moderator sesi berkenaan, beliau menjawab dengan mengatakan bahawa malah bapa Guan Eng iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedia untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir.
"Isu kemaafan tidak pernah timbul. Saya melihatnya sebagai satu keperluan, kita sedang menghadapi pilihan yang sukar'," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
Ambiga berkata, kolaborasi dengan Dr Mahathir merupakan satu keperluan, sambil menambah bahawa tiada perbincangan mengenai penyusunan semula dibangkitkan kerana "seorang tidak dapat mengubah cara bagaimana seorang lelaki berumur 91 tahun bertindak".
"Bagi saya ia mudah. Inilah realiti politik. Negara perlu diutamakan," jawab Ambiga.
Sumber : Suara Anak Kenyalang
Jawapan yg diberi oleh Ambiga mungkin masuk akal... inilah yg dinamakan dengan politik... tidak ada yg pasti, tidak ada yg tetap... segalanya berkemungkinan untuk berlaku... yg penting, menguntungkan dan memberi manfaat kpd kepentingan yg diperjuangkan...
Itu Ambiga... mungkin Ambiga tidak merasai secara direct apa yg dikatakan kezaliman manusia yg pernah digelar 'MAHAFIRAUN'... Ambiga mungkin tidak sempat merasa 'disimpan' tanpa sebab dalam tahanan di Kamunting... tidak tahu apa kesalahan yg telah dilakukan, tidak tahu akan ditahan sampai bila... Lim Guan Eng pernah merasai ini semua, begitu juga sebahagian besar pemimpin PKR yg lain...
Itu belum dikira penderitaan yg telah terpaksa ditanggung oleh keluarga Anwar Ibrahim... bukan sahaja Datin Seri Wan Azizah, sebagai seorang isteri dan ibu, oleh anak2 beliau yg terpaksa membesar tanpa belaian kasih sayang seorang ayah, oleh seluruh ahli keluarga dan saudara mara yg turut terpalit bilamana Anwar dipecat dan kemudian dipenjarakan... tidak ketinggalan rakan2 dan para penyokong setia Anwar sewaktu era reformasi, ada yg turut diISAkan, ada yg hilang mata pencarian, ada yg gulung tikar dan bermacam lg penderitaan yg telah mereka tanggung...
Bullshit... kepada mereka yg mahu ketepikan sejarah kezaliman Tun M yg lampau... seperti Ambiga, anda tidak pernah merasa... tak perlu cakap pandai tentang sejarah, samada patut dikenang atau tidak...
Sebab itu, seperti yg pernah aku katakan, apabila LKS tiba2 bersetuju untuk bersekongkol dgn Tun M, bermakna memang ada udang di sebalik batu... Tun M mungkin menganggap dirinya sudah cukup bijak untul diperdaya oleh LKS... tapi bagi aku, diperdaya atau tidak, yg pasti, Tun M telah dipimpin masuk ke dalam rahang buaya oleh LKS... Tun M mungkin sudah dan sedang bersedia kalau2 LKS akan menolaknya masuk jauh ke dalam dan menjadi mangsa baham buaya... walhal, LKS tidak perlu pun menolak Tun M, kerana akan tiba masanya Tun M sendiri yg akan tergelincir dan tersadung hingga jatuh tersungkur menyembah bumi, bergolek-golek, dan terus ke kerongkong buaya...
Tags:
Annuar Musa
Anwar
Anwar Ibrahim
Azmin Ali
Edisi Bongkar
Lim Guan Eng
Lim Kit Siang
Tun Mahathir