Advertisement - Contact Us

[BONGKAR] PANAS!!! Koh Tsu Koon Vs Lim Guan Eng : Umpama Membuang Emas 916, Hanya Kerana Terpesona Dengan Keindahan Emas Putih... MESTI BACA!!! #SahabatSMB

DAN KINI BARU RAKYAT P. PINANG TERSEDAR BETAPA TIDAK BERNILAINYA EMAS PUTIH...  WALAU HARGANYA MAHAL, TAPI LANGSUNG TIDAK MEMBANTU WAKTU TERDESAK...


8 tahun sudah berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 12 yakni pada tahun 2008... dan selama 8 tahun ini jugalah Lim Guan Eng terus diangkat dan dipuja oleh sebahagian rakyat P. Pinang, khususnya masyarakat Cina... mereka menjadikan LGE seolah seorang pemimpin yg sangat hebat dan contoh yg terbaik... segala yg LGE lakukan selama tempoh 8 tahun ini adalah betul dan bermanfaat, manakala semua yg telah dan pernah dilaksanakan oleh Koh Tsu Koon selaku mantan Ketua Menteri P. Pinang sebelum LGE selama lebih kurang 18 tahun pentadbirannya adalah semata-mata salah belaka... malah mereka turut menggelar Tsu Koon sebagai Koh "Bo Hood", satu gelaran yg menghina pemimpin yg byk berjasa kpd negeri P. Pinang...

Walaupun LGE melakukan kesalahan, tak kiralah sebesar manapun, kebanyakan masyarakat Cina P. Pinang akan tetap membela dan mempertahankannya dgn menyalahkan kembali pemimpin dari BN kononnya mereka juga turut melakukan kesalahan yg sama ketika memerintah dahulu... pendek kata, pemimpin BN akan tetap digelar korupsi walau hanya mengambil RM1.00, sedangkan tidak bg LGE walaupun RM1 juta yg dikebasnya...

Adakah benar, tidak ada satu pun kebaikan yg dibawa oleh Koh Tsu Koon selama memerintah 18 tahun? Benarkah Tsu Koon seorang yg tidak layak menjadi pemimpin dan hanya membawa kerosakan dan nasib malang buat negeri P. Pinang? Adakah rakyat P. Pinang telah hidup dalam kesengsaraan selama 18 tahun tempoh pentadbiran Tsu Koon?

Dan, adakah benar LGE seorang yg hebat, bijak serta sentiasa mengutamakan rakyat? Adakah LGE tidak pernah melakukan apa2 kesalahan termasuk kpd masyarakat Cina P. Pinang selama 8 tahun mentadbir?

Jadi, kali ini, aku cuba untuk buat beberapa perbandingan, antara 18 tahun pentadbiran Koh Tsu Koon dan 8 tahun pemerintahan Lim Guan Eng... memang benar, sejarah yg sudah berlalu tidak patut dikenang, tetapi ia juga tidak boleh dilupakan terus... kerana sejarah lalu lah yg telah mencorak kehidupan hari ini... dan penilaian perlu dibuat supaya apa jua kesilapan yg pernah berlaku tidak akan berulang bagi menjamin kehidupan yg lebih baik untuk generasi akan datang...

PERSONALITI :
Koh Tsu Koon (KTK)
  • Beliau memang dikenali sebagai seorang yg lemah lembut dan bersopan.
  • Mudah tersenyum, mudah mesra dan seorang yg bertolak ansur dalam banyak perkara.
  • Namun, secara zahirnya, beliau nampak spt seorang yg kurang tegas.
Lim Guan Eng (LGE)

  • Nampak terserlah seorang yg sombong dan angkuh.
  • Juga mudah tersenyum, tetapi kebanyakan senyuman sindiran seperti yg sering wartawan kena.
  • Sangat mementingkan status dan kuasa.
  • Ciri2 seorang diktator memang ada pada LGE, yg mana org di bawah tak mungkin dibenar mempertikai apa jua keputusannya.

ISTERI :

KTK

  • Mendiang isteri beliau, Chui Kah Peng merupakan seorang yg simple dan low profile.
  • Tidak banyak terlibat dalam aktiviti politik atau berpersatuan, mungkin disebabkan kesihatan yg kurang mengizinkan.
  • Beliau meninggal sekitar 2010 setelah menderita sakit barah.

LGE

  • Betty Chew Gek Cheng, siapa yg tidak kenal. Merupakan antara pemimpin yg memegang jawatan penting dalam DAP. Malah pernah bertanding dlm PRU serta pernah menjadi wakil rakyat di Melaka.
  • Seorang yg gilakan publisiti dan amat mementingkan penampilan.
  • Beliau pernah membotakkan kepala, mengenakan barangan kemas yg bernilai jutaan ringgit, memiliki bag tangan berjenama malah kerap menonjol di majlis2 kelas atasan.
  • Beliau juga merupakan antara ahli komiti Penang Chambers Of Commerce, sebuah Dewan Perniagaan yg paling berpengaruh di P. Pinang.

ANAK :

KTK

  • Kesemua anak Koh Tsu Koon dihantar bersekolah di seolah aliran Cina (SJKC).

LGE

  • Seorang anak Guan Eng telah ditukarkan ke sekolah persendirian apabila Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Heng Ee tidak membenarkan anaknya menyimpan rambut panjang ke sekolah.

PEGAWAI DAN KAKITANGAN :

KTK

  • Koh Tsu Koon memiliki tidak lebih daripada 10 kakitangan di pejabat Ketua Menterinya. 
  • Beliau juga mempunyai setiausaha akhbar dan pembantu yg sentiasa mementingkan hubungan baik dengan pihak media.

LGE

  • Pejabat Ketua Menteri di bawah pentadbiran Lim Guan Eng mempunyai tidak kurang dari 412 orang kakitangan.
  • Setiausaha akhbarnya juga hanya memilih bulu dan tidak ada hubungan yg baik dgn pihak media, khususnya media nasional yg dianggap pro kerajaan BN.


KENDERAAN RASMI :

KTK

  • Koh Tsu Koon telah menggunakan kereta rasminya yg sama selama tempoh 18 tahun mentadbir.



LGE

  • Telah menukar kpd kenderaan baru walaupun ia baru digunakan tidak lebih dari 2 bulan.

KEDIAMAN PERIBADI :

KTK

  • Tinggal dan memiliki rumah yg sama selama 18 tahun bergelar Ketua Menteri.

LGE

  • Lim Guan Eng mampu memiliki sebuah banglo yg bernilai RM4.2 juta, walaupun baru 7 tahun memegang jawatan Ketua Menteri.

MEMBAWA MASUK PELABURAN ASING KE P. PINANG :

KTK

  • Dengan kerjasama kerajaan persekutuan, Tsu Koon telah berjaya membawa masuk berbilion pelaburan asing ke P. Pinang, untuk manfaat rakyat P. Pinang.
  • Menjadikan Pelabuhan Seagate sebagai antara yg tersibuk dan berjaya menarik minat pelabur asing melalui zon dagangan bebas seperti di Bayan Lepas dan Mak Mandin.

LGE

  • Tidak banyak yg berjaya dibawa masuk oleh LGE. Lebih malang apabila semakin banyak pula pelabur asing yg mula hilang minat untuk meneruskan pelaburan mereka di P. Pinang.
  • Ekonomi negeri tentunya lebih teruk jika kerajaan persekutuan tidak membantu membawa masuk pelabur asing, walaupun kemudiannya kerajaan negeri yg akan mendapat nama.
  • LGE boleh berbangga dgn jumlah pendapatan negeri yg kononnya saban tahun mencatatkan bajet lebihan... walhal sebahagian besar pendapatan negeri datang dari hasil jualan aset tanah milik negeri kpd syarikat asing...
  • 3 negara yg LGE gemar lawati ialah :

  1. Australia - untuk melawat anak perempuannya yg sedang menyambung pengajian di sana.
  2. Singapura - untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana untuk mentadbir negeri daripada mentornya yg berada di sana dari PAP.
  3. Hong Kong - untuk melepaskan rindu memandu Mercedes yg dihadiahkan kpdnya. Dan kemudian melawat idolanya, Cheah Cheng Hye yg juga dikenali sbg 'GOLDFINGER' dan mendapatkan nasihat bagaimana untuk buat duit beranak lebih banyak.



HUBUNGAN DENGAN PERSATUAN2 ORANG CINA :


KTK

  • Tsu Koon sentiasa cuba berusaha untuk menjaga hubungan yg baik antara kerajaan negeri pimpinannya dgn persatuan2 yg mewakili masyarakat cina.
  • Beliau juga telah byk menyumbang dalam setiap aktiviti2 yg mereka anjurkan.
  • Namun begitu, malang bg Tsu Koon... disebabkan org cina tiba2 menjadi semakin tamak, mungkin disebabkan hasutan dan fitnah yg dilakukan oleh puak DAP, ditambah dgn faktor Anwarisme, menyebabkan Tsu Koon turut menjadi mangsa ditolak kepimpinannya oleh persatuan2 ini hingga akhirnya kjaan BN tumbang di tangan DAP.

LGE

  • LGE gemar menggunakan strategi kotor untuk kepentingan politiknya.
  • Banyak program2 yg asalnya dianjurkan oleh persatuan2 tertentu tanpa melibatkan politik, kemudian telah di'hijack' oleh LGE.
  • Seperti kelazimannya, persatuan2 ini akan memohon bantuan pembiayaan dana dari pihak kjaan negeri untuk mengadakan sesuatu program. Sebagai syarat untuk meluluskan dana, persatuan tersebut mesti melibatkan sama atau membawa bersama nama DAP di dalam program tersebut, walaupun ia bukanlah program berciri politik, seperti kebudayaan, pelancongan dan lain2.
  • Antara program yg telah di'hijack' termasuklah :
  1. Lantern Festival Celebration anjuran Penang Chinese Town Hall.
  2. God Worshipping Ceremony anjuran Clan Jetty.
  3. Chinese New Year Celebration anjuran Clan Association Youth Committee Penang.

MEROBOHKAN RUMAH IBADAT :

KTK 

  • Pentadbiran kerajaan negeri di bawah Koh Tsu Koon tidak pernah merobohkan walau sebuah rumah ibadat selama tempoh 18 tahun.

LGE

  • Bukan 1, malah banyak tokong dan rumah ibadat yg telah dirobohkan sepanjang tempoh 8 tahun ini.
  • Antaranya ialah :
  1. Butterworth Kampong Simpah Kim Sua Pek Kong.
  2. Tanjung Bungah Pearl Hill Tua Pek Kong.
  3. The Gate of Kuan Yin Temple yg terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling.


HUBUNGAN DENGAN MEDIA :

KTK

  • Tsu Koon menjalin hubungan yg baik dgn pihak media. Dan mudah berurusan dengannya.
  • Beliau sangat mementingkan ketepatan masa. Ini membuatkan rata2 pengamal media menghormati beliau.

LGE

  • Pengamal media memang kenal sangat dgn perwatakan buruk LGE.
  • Sudah beberapa kali pengamal media disaman oleh LGE, terutama media berbahasa Melayu dan English, hanya disebabkan hal2 remeh. Memang beliau gemar menunjuk-nunjuk kuasa.
  • Beberapa kali juga LGE bersikap biadap dgn media, termasuk menengking dan memarahi secara terbuka di khalayak umum. Lebih tinggi suaranya memarahi jika dia tahu dihadapannya merupakan pegawai yg berjawatan dalam kalangan pengamal media, tentunya dengan tujuan untuk menjatuhkan air muka.

PENYIARAN AKHBAR MINGGUAN MILIK KERAJAAN NEGERI :

KTK

  • Koh Tsu Koon seorang yg agak cermat berbelanja. Beliau hanya membenarkan sebanyak 30,000 keping dicetak setiap keluaran bagi akhbar Wawasan.

LGE

  • Tidak kurang 200,000 cetakan bagi setiap keluaran Buletin Mutiara.

HUBUNGAN DENGAN UMNO :

KTK

  • Walaupun Tsu Koon sering dituduh sebagai pengikut setia telunjuk UMNO dan dianggap seorang yg takut kpd kuasa UMNO, namun beliau tidak pernah sekalipun memeluk pemimpin UMNO.

LGE

  • Sentiasa mengeluarkan kata2 kesat kpd UMNO, menghina dan mencaci parti UMNO, seolah-olah seperti UMNO telah membunuh kaum kerabat ahli keluarganya, begitu bencinya LGE kpd UMNO... namun, setiap kali berpeluang bertemu dgn Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, LGE tidak akan melepaskan peluang mencari jalan untuk memeluk, mengampu PM dan TPM. seperti mereka kawan karib yg sudah lama mengenali antara satu sama lain.
  • Malah LGE juga pernah membantu mengoyak-ngoyak roti canai sebelum dihidangkan kpd DS Mustapha Mohamad.
  • LGE memang seorang pelakon wayang opera Cina yg berbakat.

BAGAIMANA MENANGANI MASALAH DALAM KERAJAAN :

KTK

  • Tsu Koon pernah berdepan tentangan dr rakan komponen BN sendiri, terutama MCA.
  • Ketika dalam undian sewaktu Sidang DUN bagi meluluskan sesatu usul, 2 ADUN MCA, Tan Cheng Liang dan Lim Boon Chang enggan menyokong usul yg dibawa kjaan negeri, dan memilih untuk memihak side pembangkang.
  • Tsu Koon tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mereka, dan hanya menyerahkan kpd keputusan pihak parti MCA.
  • Mereka hanya digantung tidak sampai 1 tahun, dan Tsu Koon tidak pernah menyimpan dendam terhadap mereka.

LGE 

  • Hanya disebabkan memilih untuk berkecuali dalam undian ketika membentangkan usul DUN, 2 ADUN dari PKR telah ditamatkan kontrak mereka drpd jawatan sebagai Pengarah di dalam GLC negeri.

KEPUTUSAN TAARIF AIR :

KTK

  • Hanya sekali taarif dinaikkan oleh Tsu Koon sepanjang tempoh 18 tahun.

LGE

  • Dalam tempoh hanya 8 tahun, LGE sudah naikkan taarif air sebanyak 3 kali.

SKANDAL :

KTK

  • Tsu Koon tidak pernah dikaitkan dengan sebarang skandal.

LGE

  • Dikatakan mempunyai skandal dgn seorang wanita dari Cina, Xiao Hong.
  • Turut dikaitkan dengan Phang Li Koon.

KATA-KATA KESAT :

KTK

  • Tsu Koon seorang yg bersopan, tidak pernah mengeluarkan perkataan2 kesat, jauh sekali memaki hamun.

LGE

  • Pernah memaki hamun BN dan Gerakan menggunakan perkataan "Hao Siao".
  • Memaki seorang ahli kaunsel dgn perkataan "Lut" (fuck dalam bahasa Hokkien).

TANGGUNGJAWAB MENJAGA ALAM SEKITAR :

KTK

  • Sebelum PRU12, 'TAIKO' penting dalam kalangan masyarakat Cina P. Pinang, Tan Kok Pin telah menjalin satu kerjasama dgn Raja Judi Malaysia, Vincent Tan, serta telah mengemukakan satu proposal pembangunan kpd Koh Tsu Koon. Proposal tersebut melibatkan perancangan untuk membangunkan kawasan Penang Hill. Sebahagian besar Penang Hill masih tertakluk di bawah perlindungan alam sekitar dan hutan semulajadi.
  • Koh Tsu Koon telah menolak cadangan proposal tersebut kerana ia bakal menjejaskan ekosistem alam semulajadi di P. Pinang.
  • Ini telah menaikkan kemarahan Tan Kok Pin. Kok Pin sememangnya seorang yg sangat berpengaruh terutama di dalam komuniti perniagaan melalui PCCC. Sebagai tanda protes, Kok Pin telah bertindak belot dan memberi sokongannya kpd DAP.
  • Malah, beliau turut mempengaruhi Dewan Perniagaan Cina P. Pinang agar menyokong dan membantu kempen DAP. Mereka juga dikatakan menggunakan khidmat gangster untuk memastikan undi masyarakat Cina ketika itu hanya kpd DAP.

LGE

  • Sebagai tanda terima kasih kerana berjaya menaikkan dirinya sbg Ketua Menteri, LGE bersetuju untuk menyerahkan Bukit Relau kpd Tan Kok Pin sebagai permulaan, yg mana kini sudah berubah wajah menjadi Bukit Botak.

PENYUMBANG DANA POLITIK DI SEBALIK TABIR :

KTK

  • Tsu Koon dikatakan seorang yg tidak mesra developer. Ditambah pula dgn beberapa dasar yg kjaan negeri kuatkuasakan telah memjadi penghalang kpd mereka.
  • Ini bukan bermakna kjaan negeri ketika itu anti pembangunan, cuma, banyak perkara perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum pembangunan dibenarkan bermula.
  • Masalah kekurangan penempatan, jumlah rumah setinggan yg meningkat, sosio ekonomi masyarakat yg belum stabil, semua masalah ini majoritinya melibatkan orang Melayu dan ia perlu ditangani dgn segera sebaik mungkin.
  • Sbb itu, kjaan terpaksa menghadkan pembangunan terutama apabila melibatkan kawasan setinggan yg perlu diratakan, iaitu dgn mengenakan syarat yg ketat kpd developer, walaupun mereka merupakan pemilik sah tanah tersebut...
  • Mereka cuba 'membeli' Koh Tsu Koon agar syarat2 tersebut dilonggarkan sekaligus memberi peluang kpd mereka untuk membuat untung. Tetapi Tsu Koon bukan mudah untuk dibeli menyebabkan beliau tidak disukai dalam kalangan konglomerat opotunis yg pro kapitalisme.

LGE

  • Tak perlu rasanya untuk kita ceritakan atau senaraikan penyumbang2 dana dalam politik LGE dan DAP.
  • Daripada apa yg sedang berlaku di P. Pinang hari ini, kita boleh lihat dgn jelas betapa wang adalah segala-galanya bagi Guan Eng.

Sebenarnya banyak lagi perkara yg boleh kita buat perbandingan di antara Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng... dan ianya takkan habis... korang boleh kata bahawa perbandingan yg aku buat ini berat sebelah dan hanya memihak kpd Tsu Koon... tapi, jika korang hayati dan berfikir secara jujur dgn hati yg terbuka, aku yakin, korang takkan mampu menafikan walau satupun point yg telah aku berikan... kerana ia adalah hakikat, yg benar2 berlaku di depan mata kepala kita sendiri...

TINGGAL LAGI... SAMADA ANDA MAHU MENERIMANYA, ATAU PUN TIDAK...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama