USTAZ HAFIZ NORDIN BERDEPAN SAMAN ERIC PAULSEN... SOKONGAN SELURUH UMAT ISLAM BUAT USTAZ HAFIZ DEMI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN SYIAR ISLAM...
Ayuh sama-sama kita turun memberi sokongan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang disaman oleh Eric Paulsen.
Eric Paulsen telah memuatnaik “tweet” yang menghina institusi Islam. Eric Paulsen telah mengatakan bahawa JAKIM mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat = setiap kali khutbah Jumaat (?).
Persoalan?
- Kenapa Eric Paulsen begitu berani dan lantang menghina institusi Islam
- Bagaimana tajuk khutbah pada 9hb Januari 2015 yang bertajuk “Menjana Masyarakat Prihatin” dituduh Eric Paulsen sebagai mempromosi ekstremisme?
- Mengapakah EP mengatakan SETIAP Jumaat JAKIM mempromosi ekstremisme? Setiap hari Jumaat?
- Kenapa kerajaan Amerka Syarikat dilihat bersungguh membela Eric Paulsen dalam kes ini?
Jom kita bersama di Mahkamah Tinggi NCVC 9 Tingkat 4 Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur, mulai 1hb hingga 3hb Ogos 2016.
Bersama kita bela Institusi Islam yang dihina. (KLIK SINI)
SIAPAKAH SI IBLIS ERIC PAULSEN???
Apabila ada suara-suara jahat yang sengaja membuat provokasi di Tanah Air kita, yang sebelum ini aman penuh toleransi hinggakan kaum pendatang boleh hidup kaya raya, kita tercari-cari punca dan kenapa mereka semakin berani. Apakah masing-masing mereka berseorangan atau mereka semua itu bergerak dengan langkah tersusun diokestrakan oleh perancang (atau para perancang) yang sememangnya memusuhi kita.
Allah S.W.T. sudah pun memberi peringatan kepada kita, dalam ayat 120 surah Al Baqarah, tentang musuh yang nyata dan mereka akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita sehingga kiamat. Apakah kita tidak ingat? Atau apakah kita merasakan mereka ini sudah berbaik dengan kita dan boleh menjadi sahabat? Hingga ada yang mengatakan Orang Nasrani Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam
Kenyataan yang dibuat oleh Eric Paulsen, Lawyers for Liberty (LfL) dan kemudian disambut oleh Ambiga yang menuduh JAKIM sebagai mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat (dalam khutbah) adalah suatu yang boleh diduga dan dibuat dengan tujuan tertentu.
Ambiga seolah-olah sudah pun menantikan tindakan kerajaan sambil berbangga mengatakan jika Eric didakwa, ianya memberi peluang untuk mereka “merobek-robekkan” teks khutbah di mahkamah nanti. Apa maksud dan kesinambungan provokasi demi provokasi ini?
Eric mengaku bahawa beliau adalah pengasas LfL dan menjadi Pengarah Eksekutifnya. Untuk mengerakkan sesuatu badan sedemikian, bagaimana dan dari mana beliau mendapat dana? Mungkin ada yang zahir dan mungkin banyak lagi sumber dana yang diterima secara senyap-senyap.
BUKTI?
Yang terzahirnya ialah agensi beliau, LfL dibiayai sebanyak lebih RM150,000 setahun. Dia dibayar oleh sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat sebanyak USD45,000 setahun. (45,000 x 3.5 = 157,500). Ini yang dapat diakses oleh semua orang apabila membaca laporan tahun National Endowment for Democracy (NED).
NED adalah sebuah badan yang ditubuh oleh kerajaan Amerika Syarikat pada zaman Presiden Reagan lagi. NED ditubuhkan selepas persepsi negatif terhadap CIA di akhir-akhir tahun 70an (akibat kerja-kerja jahat menjatuhkan kerajaan sah di beberapa buah negara dunia ketiga) dan kerana terbongkarnya krisis CIA Iran-Contra. NED bergerak secara terangan berbanding dengan CIA secara sulit. Namun gerak kerja dan misi utama mereka ialah untuk menjadi Amerika Syarikat satu “super-power” yang setiap negara akan tunduk dengan gerakan “demokrasi” ala mereka.
Dan itulah sebenarnya yang sedang mereka lakukan di Tanah Air kita. NED terlibat dari awal penubuhan “BERSIH”. Mereka telah melatihkan aktivis 2-3 tahun sebelum orang ramai tahu adanya BERSIH dan orang-orang Melayu diperbodohkan diajar dan dilatih untuk menghina pemimpin mereka sendiri. Kursus pertama yang dianjur NED untuk BERSIH ialah pada Februari 2005. BERSIH pertama berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara pada November 2007 (perancangan yang mengambil masa hampir 3 tahun!).
Ini apa yang disebut oleh William Blum tentang gerak kerja NED:
"The idea was that the NED would do somewhat overtly what the CIA had been doing covertly for decades, and thus, hopefully, eliminate the stigma associated with CIA covert activities"
Professor Allen Weinstein, seorang pengerak awal yang utama untuk NED, berkata pada 1991 dalam tembual di Washington Post:
"… a lot of what we do today was done covertly 25 years ago by the CIA …"
JELAS bahawa matlamat dan tujuan penubuhan NED ialah mengantikan peranan CIA dan dilakukan secara “lebih terbuka”.
Senarai dana yang diterima Eric Paulsen dan LfL di atas hanyalah sebahagian – yakni sebahagian dari apa yang disiarkan dalam laporan tahunan NED. Yang disorok – entah berkali ganda lagi.
Maka, orang-orang yang mempunyai agenda JAHAT yang cuba merosakkan kedamaian yang telah kita kecapi di Tanah Air ini hanya melaksanakan kerja mereka kerana diupah. Perancangan JAHAT mereka MESTI disiasat oleh pihak berkuasa. Tangkap dan penjarakan pengkhianat negara yang sengaja mahu melakukan kucar-kacir bagi tujuan untuk memudahkan campur-tangan asing nanti.
Sumber : A. Karim Omar