Advertisement - Contact Us

[ANALISIS ISU] Penamat Buat Tan Sri Muhyiddin Yassin... Berjuang Puluhan Tahun, Berakhir Sebagai Pengkhianat... #SahabatSMB

Maka, selesai lah sudah Perhimpunan Agong UMNO Berhaluan Songsang Bil 1 Dan Yg Terakhir... berbondong-bondonglah para hadirin yg terdiri drpd rakyat marhain yg hidup kian sengsara di bawah kepimpinan Najib Tun Razak, pulang, sambil terpinga-pinga dan tercengang-cengang mencari "Dimanakah aku park kereta BMW 5 Series aku tadi? Rasanya sebelah keta Toyota Alphard hitam ni..." mungkin inilah ciri2 rakyat marhain, yg Muhyiddin dan Tun M maksudkan...



Lantaklah... cuma, sikit rasa terkilan dari aku... aku jangkakan himpunan mega ini akan diadakan di tengah padang Kelab Sultan Sulaiman... ye la, kata kan nak ambil semula roh semangat perjuangan org Melayu hingga tertubuhnya UMNO di lokasi ini dulu... jadi, tak salah la expectation aku bahawa ia akan diadakan di tengah padang...

Rupa-rupanya lokasi himpunan adalah di dalam dewan... bukan apa, maklum saja la, himpunan dalam dewan... sumbat 500 orang, plus kerusi2 yg bersepah, dah nampak padat, serupa 5000 orang yang hadir... di luar pulak, walaupun disediakan khemah dan skrin besar, namun mana sama dengan duduk secara berdepan dgn pemimpin dambaan hati... skrin luar ni hanya sesuai utk mereka2 yg hadir sekadar bermain cak cilut, yg mana mereka ini teringin nk dengar apa TSMY dan Tun M cakap, tapi terpaksa sembunyi muka, takut2 kang hilang pula jawatan yg disandang...

Maklum la, esok dah nak mula Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2015, dimulakan dgn persidangan peringkat sayap parti... jadi, malam ni kelazimannya KL dah dipenuhi dgn para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara... itu belum kira lagi rombongan2 Cik Kiah... memandangkan malam ni masih lg free, jd mmg ramailah yg amik kesempatan untuk hadir bertemu dgn kumpulan pemimpin berhaluan songsang... bila lagi, ntah2 inilah kali terakhir utk kalangan pemimpin ini berucap, sebagai ahli UMNO, walaupun haluannya sudah terpesong...




Secara jujurnya... bagi aku, inilah noktah kpd perjuangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal dan beberapa nama besar lain di dalam UMNO... melainkan, mereka membuat u-turn (walaupun agak mustahil)... itupun bergantung kpd penerimaan Najib dan ahli2 UMNO lain yg merangkumi 3 juta orang... kalaupun Najib memberi peluang ke-2, pasti tidak akan sama seperti sebelumnya...

Segala yg disampaikan oleh TSMY dan Tun M dlam ucapan masing2, hanyalah ulangan kpd skrip2 yg sudah mereka laungkan sebelum ini... segalanya bersandarkan kpd andaian dan spekulasi semata-mata, seperti yg telah Tun M akui sendiri sebelum ini... malah kebanyakannya sudah pun dijawab dan diperjelaskan samada oleh Najib sendiri, mahupun oleh pihak kerajaan dan pihak pengurusan 1MDB... Tidak ada satu pun kenyataan baru yg lebih utuh dan kukuh, jauh sekali bukti untuk menyokong setiap dakwaan yg dilemparkan terhadap Najib dan kjaan Msia...



Sebab itu, pendirian aku, sebaik melangkah keluar dari himpunan caca merba tersebut adalah, kepercayaan dan keyakinan aku bahawa sesungguhnya Najib mmg berada di atas landasan kebenaran mencapai tahap 200%... keyakinan bahawa segala serangan dan tuduhan yg dilemparkan terhadap Najib sememangnya berniat jahat dan semata-mata fitnah, bertujuan utk merosakkan imej, menjejaskn reputasi dan kemudiannya menjatuhkn Najib drpd kedudukan sbg Perdana Menteri dan Presiden UMNO, mmg tidak boleh disangkal lagi... dan, keputusanku utk terus istoqhomah berjuang mempertahankn Presiden dan parti UMNO, bukanlah satu pilihan yg salah...



_______________________________

Ikuti kami di :
Group FB Suara Melayu Baru:
https://m.facebook.com/groups/1613630075581464?ref=bookmarks

http://suaramelayubaru.blogspot.com

http://www.twitter.com/padiyappa

KLIK LINK DI BAWAH dan langgan (subscribe) akaun
Mamu Karapoley SMB :
https://m.youtube.com/channel/UCFaJI81_gyfHSXFi7PtZOHw

Sebarang info boleh dikongsi di :
Talian Whatapps : +60194797995
Email : suaramelayubaru@gmail.com


By Padiyappa

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama